Tuesday 15 November 2016

lonely planet - she were there - part two



1991 - 1992 - lonely planet - part two - percintaan
terpaksa aku buat part two sebab kisah roman picisan ni menjangkau tahun ke tahhun ikut perkembangan watak nya. dari budak perempuan hingus meleleh darjah 6..meningkat jadi gadis remaja bawah 14 tahun dan akhirnya remaja yang tahu tentang perasaan sayang dan mengenali erti cinta...chewaaahhh...

memang terlalu muda Maznah nak mengenali cinta. tapi itulah yang aku tawarkan pada dia. bila aku lihat Maznah sudah ready untuk mengenali dan mengalami perasaan sedemkian. masa tu dia baru je habis SRP. aku rasa orang perempuan ni cepat matang walau diorang masih dikuasai emosi. aku percaya Maznah boleh handle dah pasal perasaan cinta ni. sebab tahun yang sebelumnya tahun 1991  Maznah macam happy aje walaupun masa tu Yati dah kahwin. tinggal dia sorang dengan kakaknya menguruskan rumah kakaknya. mengambil dan menghantar anak saudaranya ke sekolah. belajar mengaji quran dengan mak aku. masa tu lah aku selalu jumpa Maznah. sebab dia pun masa tu tak tahu aku minat dia. aku cover lah perasaan aku. aku akan bagitahu dia bila masa dah sesuai. aku macam biasa macamlaang layang tanpa arah masa tu. kejap kerja kejapberhenti dan balik kampung menganggur. berulang aje macam tu. aku rasa sesuatu harus di lakukan aku memang kena continue study.

so masuk aje tahun baru. aku pun rasa nak continue study tapi aku  tak tahu macam mana. lastnya Nazri yang lepak KL tahun lepas cakap dia ada problem kat KL. dia nak continue study kat Ipoh. dekat dengan kampung katanya dan dia ajak aku sekali continue study ambik STPM. aku adalah duit setakat nak ambik SPM tu. tapi nak duduk Ipoh tu kena kerja sambil belajar. so, aku pu setuju ikut Nazri duduk Ipoh sebagai warga Ipoh.so aku ada misi tahun tu nak ambik STPM dan kalau ada rezeki nak sambung kat Universiti atau mana mana . janji ada sijil atau kelulusan sebab kerja aku tak tetap dan asyik bertukar kerja aje...

masa aku tinggal kat Ipoh first yang aku buat ialah jatuh cnta kat adik angkat kat Ipoh yang menguruskan acomodition kitorang kat Ipoh nama dia Puti Norasikin. dia kenalan Rozi yang kebetulan yang mnegeai aku melalui seorang kawan cina yang aku pen pal dari majalah Galaxy. entah macam mana cerita tu terbalik sebab ada affair antara Nazr dan Puti dan aku tak tahu. lastnya mereka bagi tahu dan aku pun kecewa bila Puti pilih Nazri.

so, untuk mengubat jiwa yang lara tu aku pun selalu balik kampung. bila aku selalu balik kampung aku selalu jumpa Maznah. Maznah yang masa tu belajar menaji dengan mak aku memang selalu sangatlah aku jumpa. tiba tiba dengan keramahan Maznah yang selama ini pendiam. dia dah ramah dengan aku dan dia memang tak pemalu dah dengan aku. dia macm anggap aku abng dia kot. sampai boleh bertepuk tampar bila dia mintak tolong jolokkan buah kelapa yang dia nak untuk buat kuih bakar atau kuih bangkit.mas tu kakak dia memang ambik order buat kuih tu walaupun bukan musim hari raya.

bila Maznah dah ramah dengan aku dan mak aku dia jadikan rumah tu macam rumah kedua dia. dia suka tolong mak aku masak kalau dia free tak buat apa. aku punya hati dah berbunga bunga dah masa tu. sampai aku pernah terdengar ayah aku cakap cantik Maznah tu kalau buat menantu. padahal masa tu Maznah baru 16 tahun.aku dengar aje semua tu dan aku rasa aku harus buat sesuatu agar aku tak terlepas peluang memiliki Maznah. tak kisahlah dia umur 16 tahun tapi aku rasa dia dah mengerti perasaan cinta ni...

so, pada tanggal 14 Februari 1992 hari Sabtu pukul 10 pagi. aku yang dah plann awal awal dari Ipoh lagi nak bagi satu bukti aku ada perasaan kat Maznah. selepas Maznah mengaji tu aku panggil dia dan aku bagi kad Valentine kat dia. kad Valentine kad kekasih lah masa tu benda ni biasa. masih belum di haramkan lagi. so aku bagi tahu yang aku cinta kat Maznah dengan cara tu. Maznah pun terima kad tu dan dia suka. aku rasa aku tak bertepuk sebelah tangan sebab selepas itu dia memang bertambah mesra dengan aku . kitorang nak dating memang susahlah sebab nak jaga nama baik mak aku dan kakak dia. memang perasaan suci murni ni indah. itu yanga ku rasa masa tu.


No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)