Thursday 1 April 2021

infatuation - another you


dalam setiap kali kita jumpa seseorang dalam dunia ni pasti kita terjumpa mereka yang hampir sama atau seiras...macam aku jugak aku mula mula terjumpa orang macam ex crush aku dalam tahun tahun selama aku bercari cinta sejati ni...INFATUATION itu sebenarnya bila kita ingat sangat seseorang tu kita jumpa orang yang seiras dia.

1st infatuation - awek atau amoi pertama aku jumpa dan ada syok ialah Oikuan...dengan Oikuan sekejap aje kawan sebab entah dia tak layan aku dah...sebab dia pun orang Cina. tapi aku punya taste masa tu memang amoi...first crush masa kecik Oikuan jugak sebab dia duduk area neighbourhood, kan lepas tu classmate sekolah rendah Choi Ai Oun dan masa form three suka kat Chin Lee Choo..sampai muka dia effect kat kertas periksa wayang kulit aku sabjek SRP sampai semua orang cakap macam muka amoi kelas sebelah aje...aku lepas tu naik form 4 dan masa form 4 ada asimilasi antara sekolah lain..sekolah cina so ramailah kawan cina aku masa tu termasuklah satu kelas...memang best lah berkawan dengan amoi sebab diorang berfikiran terbuka. malu nak cakap aku sampai macam dah nak jadi mat diskang masa tu. fesyen baju dan seluar ala hong kong. nasib baik ada sorang member aku masa tu Nazri yang transfer ke Kajang dan transfer lagi ke Bidor semula masa form 5. dia yang selamatkan aku dari terus terpengaruh dengan imej diskang ni bila aku asyik lepak rumah dia dan dengar lagu rock.

masa form 5 tu memang aku jadi nerd dan takde masa nak fikir pasal awek sebab aku dah lah nerd lepas tu jadi Prefek pulak. memang aku mat skima lah masa tu. tapi aku berpeluang jumpa awek masa perkemahan PBSM kat sekolah Sungkai ...awek tu pun chinese look jugak, nama dia Aina.aku memang minatlah kat dia. tapi masa tu aku nerd...so hilang macam tu saja pasal Aina. lastnya baru aku tahu bila kawan aku budak sekolah Sungkai cakap dia ramai kawan lelaki. so aku pun undur diri lah...

tapi aku tak dapat lari dari minat kat amoi ni bila satu hari kawan aku sorang lagi the Great gelaran dia...(nama dia Murad) bagi tugasan kat aku dan Nazri bagi buku autograf nak mintak sorang amoi ni sain. aku ingat siapa rupanya Oikuan...memang dah lama tak jumpa dia sejak aku kecik lagi. rumah dia dekat depan main road sebab bapak dia kerja tukang besi. sejak itu aku terus minat kat dia . dan berusaha nak kawan dengan dia. kisah aku dengan Oikuan ni sebenarnya aku syok sendiri sebab perasaan hati aku hanya bertepuk sebelah tangan aje....sebab minat jugak kat amoi aku pun try berkenalan dengan Christine Chan Kim Mun yang berasal dari Ipoh pada tahun 1989 melalui majalah Galaxy dan aku berkenalan jugak dengan seorang amoi masa dia jogging kat jalan paku pada tahun 1991. nama amoi tu Jennifer.dia keurunan mix cina dan jepun. hubungan memang tak sampai ke mana. hemmm

lastnya aku terjumpa jugak amoi yang mukanya dan bodynya lebih kurang sama dengan Oikuan iaitu Vanessa yang satu kerja dengan aku kat Georgetown Pharmacy .di SS2 Petaling Jaya tahun 1993 sempatlah makan lunch dengan Vanessa tu. dia promoter barang kecantikan dan dalam tahun 1996 aku terjumpa awek Melayu chinese look iaitu PAT atau Rafidah yang kerja kat Citylink.dan selepas sekian lama baru aku perasan Oikuan ada iras Siti Nurhaliza masa dia nyanyi dengan 2 by 2 dalam program RTM . Lagu Mawarku...hemmm

2nd infatuation - perempuan first aku aku jumpa NURUL JANNAH orang siam yang masuk Islam kat PJ Selangor rumah mak saudara aku  dalam tahun 1990. lepas tu aku balik kampung dan bertemu dengan MAZNAH yang mukanya lebih kurang sama.. dan masa aku lepak kat Ipoh 1992 aku terjumpa lagi dengan KAK NORAKILA ipar duai Nazri sepupu aku yang sebijik muka macam MAZNAH..masa ni dah frust sebab putus terpaksa dengan MAZNAH dan terjumpa pulak anak saudara Kak Jimah yang kerja gerai tu muka macam MAZNAH jugak. lastnya aku kerja kat KL tahun 1993 masa tu Georgetown terjumpa awek yang mukanya sama dengan MAZNAH tapi aku tak tahu nama tapi dia kerja kat REGENT HOTEL KL . dan last sekali aku jumpa muka sama macam MAZNAH tu kat SHAH ALAM. masa tu aku dah lost contact dengan MAZNAH. nama awek tu NORLELA SAMUNI aku jumpa masa aku nak claim gaji lama kat PROTON dan aku temankan dia buatkan akaun Maybank .mungkin dia baru kerja kat Shah Alam. Muka memang sebijik macam MAZNAH...masa ni aku memang teingat sangat kat MAZNAH dan aku ingat nak kawan dengan NORLELA ASMUNI tapi sayangnya sekejap aje kawan dengan NORLELA ASMUNI ni...khabar last dapat tahu dia dah balik kampung dia kat SUNGAI BESAR. dan last aku jumpa awek muka macam MAZNAH ialah MARSHA yang kerja kat SRM menara MPPJ.

3rd infatuation - aku jumpa cinta kedua aku INA Kuala Krai yang kerja Kontena Nasional Sungai Way. muka dia macam MAZNAH sikit sikit tapi lagi anggun dan macam ada personaliti korporat sikit. aku dan dia pun kawan sekejap aje sebab dia mintak putus sebab nak bertunang.so bila dah putus maka aku pun mintak simpati kat dia. dia marah aku dan tak nak aku hubungi dia lagi. lepas tu aku jumpa awek nama INA rumah awam jugak kat kampung adik kawan Tajahar aku masa sekolah.muka dia memang sebijik macam INA Kuala Krai. tak sangka elama ni. dia follow cerita aku. bila semua pasal aku dia tahu. memang dah greenlight nak jadikan dia pasangan hidup sebab dah diaturkan mak dan ayah aku dan jugak mak ayah dia. entah apa silapnya...aku mengundur diri...kalau tak dah selamat dah aku dan dia sebab rumah dia pun sebelah rumah kakak sulung aku je. adoi hahaha ...dan yang terakhir aku jumpa muka macam INA Kuala Krai ni masa masih kerja kat the STAR...masa tu ada sorang pekerja temporary studen UIA nama dia NAZIHAH. memang muka macam INA Kuala Krai tu. mulut lebar hihihi...

4th infatuation - aku jumpa awek muka macam Yatie Feminin. kat tempat kerja the Star. masa tu aku dah frust menonggeng dengan INA dan MAZNAH. aku ingat inilah pengganti mereka berdua. mukanya bulat bundar matanya pun bulat bundar. sebiji macam Yati Feminin tu. nama dia MAIZATUL AKMAR...aku panggil MAI aje...aku dan MAI meamng ada getar getar cinta pada awalnya tapi entah macam mana ada aje yang dengki. mereka cakap aku playboy dan MAI termakan hasutan mereka tu yang satu dept dengan dia. padahal masa tu aku takde special pun sebab itu aku main redah aje kawan dengan sesiapa dan takde special. MAI pun tak layan aku dan dia pun berenti kerja dan aku sempat kawan dengan ASLINDA yang kerja kat KUBB muka dia pun macam tu ada bulat bundar...so aku dah break dengan MAI dan aku berhenti kerja the STAR. dan aku balik kampung sebab frust putus dengan dua dua awek INA dan MAZNAH termasuk MAI sekali...INA nak bertunang dan MAZNAH nak kahwin dan MAI pulak tak layan aku...aku lepak kampung...kampung aku banjir...aku balik ke KL semula dan start from zero. kerja kilang cat dua minggu dan dapat duit belanja mintak kerja kat sytarikat courier ... CITYLINK kat Kelana Jaya. aku jadi HR Assistan dan ada assistant jugak nama apa ntah. tapi muka sebijik macam MAI. aku lupa sangat nama dia...tapi lastnya aku berhenti jugak kerja CITYLINK dan kerja kat SRM dan akhirnya dalam tahun 1997 tu aku kerja tak tetap sampailah aku kerja kat UMES anak syarikat Utusan Melayu kat PJ. masa tu aku selalu call NAZIHAH sebab aku ada number dia. tapi selalu NAZIHAH takde. aku sembang dengan orang yang angkat call tu dan akhirnya orang tu jadi isteri aku sekarang hahaha...muka dia pun ada iras macam MAI...aku pernah jumpa MAI masa duduk kat Pantai Dalam masa tu tahun 1998 dan aku dah tak berapa perasan sebab MAI pakai tudung. aku sempat tanya yang perempuan yang aku jumpa dengan PAktam tu macam awek aku masa tu iaitu isteri aku sekarang...ada macam muka awek aku ke...Paktam cakap memang ada tanpa Paktam tahu yang itu MAI yang pernha kerja the STAR...hahahah...memang itulah kisahnya....INFATUATION...



No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)