Thursday 1 April 2021

infatuation - kronologi - Love Is Real

 

1989 - pertemuan pertama - pertemuan pertama aku dan crush aku kat rumah kakak dia masa aku nak jumpa abang ipar dia sebab nak mintak surat rekemen DO naik form 6 aku lulus SPM tapi tak dapat masuk form 6 sebab result tak cukup kredit. tu aku mintak tolong sebab abang ipar dia assistant DO. tapi abang ipar dia tak tolong pun. dia suruh aku jumpa DO sendiri. aku tengok crush aku tengah siang sayur nak masak makan malam.

1990 - pertemuan di gerai jambu - selepas gagal nak masuk form 6 aku ke KL untuk mencuba nasib di kota. aku kerja kat hotel jadi waiter. lastnya ku boring aku balik kampung dan lepak kampung. aku jumpa balik dengan crush aku. masa ni pun dia masih anak dar sunti. baru 14 tahun. aku jumpa pun kat gerai jambu sebab dia kerja jual jambu. tapi masa ni dia dah cantik dah. dah pandai sembang.

1991 - pertemuan kena tuduh mengintai - masa ni kawan aku iaitu kakak crush aku yang sebaya dengan aku kahwin dan balik kampung dia. rasa macam hilang sorang kawan sebab kakak crush aku ni macam nak aku dan crush aku ni ni couple macam tu. aku tak tahulah. so lepas tu ada kes rumah diorang kena intai. kakak sulung diorang tuduh aku sebab aku kerja malam kat kilang kelapa sawit Yee Lee jadi guard dan balik awal pagi. ikut jalan lorong rumah diorang jalan kaki. lastnya anak kakak dia sendiri kena tangkap mengendap rumah jiran time maghrib. aku sedih jugak orang tuduh aku. masa ni crush aku sudah 15 tahun ambik SRP. so aku tak nak kacau dia masa ni. aku cool aje...

1992 - pertemuan masa mengaji kat rumah - aku masa ni lepak kat Ipoh dengan sepupu. dan aku ambik part time study dan part time kerja. aku selalu balik kampung mintak duit belanja kalau aku sesak. dan aku bertemu lagi dengan  crush aku. masa tu dia dah habis SRP dan umur 16 tahun form 4. dan masa nilah aku declare perasaan cinta aku kat dia melalui sekeping kad Valentine. walaupun sekejap aje aku rasa indahnya cinta dan terpaksa berakhir sebab tiba tiba aku kena fitnah tipu duit orang. aku akur dengan suratan nasibku. study entah ke mana cinta entah ke mana...aku lastnya balik kampung dan lastnya aku diusir dari rumah aku bila ada krisis dengan bapak aku. macam novel prof. Hamka - Tenggelamnya Kapal Van Der Vijct. sedih aku masa ni

1993 - pertemuan masa kat kenduri kakak bersalin - dalam masa setengah tahun aku berkelana kat kota aku asyik teringat kat crush. aku memang rasa nak balik sebab krisis tu. tapi kakak aku yang tinggal kat PJ cakap mak aku suruh balik. kakak aku pun cakap takde siapa nak tengokkan mereka berdua. dan nak sara famuly sebab kakak aku dah tinggal kat PJ. so aku pun balik kampung dengan niat nak bantu keluarga. pasal krisis tu aku ketepikan. so aku pun balik kampung dan kerja kampung. takpelah kerja kampung asalkan bantu keluarga. sedih masa ni sebab aku tahu crush aku dah ada pengganti aku. tapi aku tetap bertekad selagi dia takde ikatan sah selagi itu aku tak kan putus asa dan terus berusaha untuk menjadikan dia milik aku. biarlah dia nak berkawan dengan siapa pun. cukup duit nanti aku tanyalah atau masuk meminang. kalau ada jodoh lah...pertemuan terakhir aku dan dia masa kenduri kakak aku bersalin. dia datang . pertemuan sesingkat itu hanya nak bagi tahu yang kakak dia dah ada adik angkat polis. dan mungkin dah jadi abang angkat dia. so aku pun tersisih lah...

1994 - pertemuan masa dia dating dengan polis kat depan masjid - tahun ni dia dah takde kat kampung aku. tapi dalam bulan Mac macam tu dia balik ambik result dia. aku nampak macam dia dan masa tu aku baru je balik kerja sukat tanah tu naik basikal. aku terserempak dengan dia kat depan masjid. masa tu kaki aku luka sebab kena paku kat tempat kerja di desa damai. aku balik awal dan aku tahu dia ada kat situ tengah sembang dengan sorang lelaki atas motor. aku terpaksa melewati dia dan lelaki tu. sampai kat rumah je aku terus call anak saudara pergi klinik . balik petang tu dia datang rumah bagi laksa. dan tahun i lepas raya aku ke kota ikut anak saudra kerja Proton. aku kerja Proton sekejap aje sebab aku terlalu rindu kat dia aku cari dia punya alam,at kat utara tu. aku kirim surat tapoi takde balasan. aku jadi down dan terus takde mood kerja. lastnya aku diberhentikan Proton. ku terpaksa  sturuggle dan acvari kerja lain. lastnya da rezeki aku dapat kerja kerani kat suratkhabar  the Star.

1995 - pertemuan mak merisik tapi kena reject - mak aku asyik tanya aje kat aku sepanjang tahun ni bila nak masuk meminang criush aku. aku rasa macam mak aku dah dapat firasat yang ada seustu akan terjadi. aku nak buat camne sebab duit tak cukup lagi. nak tanya pun kena ada duit dalam tangan. so bila hujung tahun dalam bulan Oktober macam tu aku dapat share company bagi. so adalah duit aku aku pun suruh mak tanya. kat kakak dia.tapi sedih... niat dan hajat hasrat aku dan mak aku kena reject. kakak dia cakap keluarga dah aturkan perkahwinan dia. dan dia baru aje bertunang...so aku pun mengundur diri. apa nak buat dah takde jodoh. so aku pun frust menonggeng. tapi yang herannya lepas tu timbul pulak cerita dia crush aku kena berubat sebab tak nak kahwin. aku fikir apalah ertinya? takkan nak suruh aku masuk meminang kali ke 2? kat mana harga diri aku? so...hati aku pun dah hancur berkecai masa tu.dah susah aku nak terima dia sebab aku keciwa kena reject. so aku rasa perkahwinan dia delayed dan apa jadi kat dia aku tak tahu. aku rasa berbaris orang nak pinang dia rasanya... tapi aku dah frust dah...

1996 - pertemuan mak dengan dia masa hari raya - tahun ni lepas raya dia kahwin so masa ni aku punya hidup masih tunggang langgang. kerja asyik ada masalah aje. masih depress lagi dan susah nak terima kenyataan. so aku pun balik kampung layan kesedihan. layan lah sedih sampai kampung banjir.lepas bnanjir aku kumpulkan semangat yanga da pergi KL balik untuk bela nasib aku dan tebus kesilapan aku start from zero. sedangkan dia dah lupakan aku...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)