Thursday 8 April 2021

love hurt - sua sue kemoning - part one


paling best aku nak cerita masa hidup aku kat kampung tolong family...aku lah tonggak fa,mily masa tu walau kerja hanya kuli sukat tanah...hidup aku rasa berkat sebab tolong orang tua...walau tak mewah...dan pasal cintan cintun pun aku boleh ketepikan masa tu walau sidia kat depan mata je...

aku masa kerja landsurveyor tu memang selekehlah...aku dapat kerja tu selepas aku berenti kerja kilang kat shah alam...seperti yang aku ceritakan sebelum ni kat entry lepas....so aku dapat kerja kat kilang buat pasu tembikar selepas aku try mintak kerja BSN kat cawangan Bidor yang kawan aku Mahfuzah jadi teller. pergi rumah orang tu mintak form BSN...terkejut orang tu...dulu masa sekolah ada jugak menaruh hati kat dia. hahahaha...dan jugak pergi kilang ubat nyamuk mintak kerja situ ada Oikuan jadi admin officer situ mintak borang kerja kat dia hahahaha...lastnya mintak kerja kat Yee Lee kilang kelapa sawit dia bagi aku kerja general workers tukang kebun aje...hampehhhh...

lastnya mintak kerja kat kilang pasu tembikar tu mulanya tak dapat sebab aku apply dua orang dengan anak saudara. nak pakai sorang aje...lepas tu dalam 3 hari anak saudara aku cakap nak pakai sorang lagi. so aku try kerja tu...gi kerja pagi balik petang. naik basikal aje. aku mana ada motor. adalah dalam 2 kilometer dari rumah so aku dan anak saudara pun start kerja. mulanya diorang bagi aku kerja buat apsu tapi entah kenapa aku tak boleh buat kerja tu. aku hairan jugak...masa aku kat sekolah sabjek arts atau kesenian aku dapat score 1...tapi masa kerja tu aku dah hilang sskill aku...tu aku pelik. lastnya diorang bagi aku kerja kat bahagian MOLD iaitu berselemoih dengan tanah liat dan plaster of paris. so aku sorang je buat semua tu...memang takde kederat lah buat sorang. aku pun serender....aku tak datang kerja lepas tu.  

aku berenti kerja tembikar tu dan aku try cari kerja lain. lastnya ada sorang kakak jiran kampung nama kakros dia kata ada satu private landsurveyor naak pakai orang. kerja sukat tanah. atau juruukur tanah tapi kuli lah...aku teruja jugak maklumlah itu lah sebenarnya kerja bapak aku yang selama ini membesarkan aku. so aku pun setuju nak jumpa sorang tu nama Man yang jugak kerja sukat tanah tu. Man tu pun aku kenal jugak sebab dulu satu sekolah rendah dengan dia dan husband kepada classmate sekolah menengah aku Amisah. aku takdelah follow sangat cerita Amisah ni.tapi aku tahulah sikit sikit....semua orang ada kisah hidup diaorang kan. 

so aku start kerja dengan Man atau nama sebenar dia Din. dan jugak satu kerja ada sorang lagi kawan masa sekolah rendah nama dia Nor atau Matnor. dan nak jadi cerita tokey atau boss kitorang yang kitorang panggil encik tu. bapak classmate aku jugak nama Tan Bee Lin. nama boss aku Tan Seng Hoe. aku dapat tahu bila cuti chinese new year Tan Bee Lin balik dan aku jumpa dia kat rumah dia. boss aku mana ada ofis. rumah dialah ofis dia macam bapak aku jugaklah. segala peralatan kerja juruukur ada kat rumah dia dan segala peralatan lukis pelan pun ada.semua tu memang sama macam kat rumah aku lah. 

aku start kerja sama macam bapak aku kerja. aku sarung kasut kerja atau I wear the same shoes my father was. barulah aku tahu kerja bapak aku macam mana. macam mana dia cari rezeki membesarkan aku dan menyara keluarga aku selama ni.mungkin itulah hikmahnya bila aku berenti kerja kilang shah alam dan balik kampung membantu sara keluarga ni. Allah dah susun semua tu. so ada duaorang lah kerja sukat tanah kat rumah aku masa tu hahaha...bapak aku kerja freelance dan aku kerja dengan tokey private. kerjanya sama je...bapak aku chainman dan bapak aku jugak jadi draughtman.

start pagi pergi tempat atau lokasi yang customer mintak ukur tanah tu. berpandukan kompas ambil kiraan dalam peta. encik ukur dengan kompas dan tali rantai. dan kemudian tugas kitorang sebagai chainman jumpa batu sempadan yang memang dah sedia ada. dan macam tu kitorang dah buat ukuran dan kerja encik atau boss kitorang pulak buat ukuran dalam peta. itulah tugas draughtman...

mulanya aku memang tak biasa tarik rantai...tebas resam atau semak semak tu. suara nak menjerit pun tak keluar masa tu. asyik kena bahan dengan Man dan Nor ajelah aku. memang sakit hati tapi itulah proses belajar buat kerja. Man pun memang anggap semua yang kerja dengan dia tu adik beradik dia. kita terasa ke apa ke dia memang macam tu. dia takkira siapa pun janji cepat faham kerja dia dah suka dah. so aku kena adopt cara kerja Man dan Nor memang tak sama macam aku kerja sebelum ni. 

dah agak lama dalam sebulan aku mula faham kerja aku dan kerja Man. dan lepas aku tahu buat kerja Man pun cakap kat aku dia akan mintak supaya encik naikkan gaji aku. berapa sangatlah gaji aku beza dengan Man. kalau gaji aku 8 ringgit sehari yang tak tahu apa apa ni...gaji Man pun hanya 10 ringgit sehari. tapi itulah Man yang aku kenal. tak pernah pentingkan diri sendiri. selalu ingat kawan kawan. memang dah takdelah lagi kawan macam Man aku jumpa dah...

dan masuk bulan ke dua aku kerja Nor pulak nak berenti sebab dapat kerja kat JKR. dan tempat Nor diganti oleh Sepol anak kakros...kakak yang rekemen aku kerja ituhari kat Man.  nanti part two aku cerita pasal kerja dengan Sepol.hahaha..

aku dan Nor masih bujang sedangkan Man sudah berkeluarga. selalunya Man suka nasihat aku supaya beringat dan akalu ada duit lebih belilah apa saja keperluan keluarga. satu perkara yang memang sikap Man. mendahului keluarga dari semuanya. dan dia tak segan nak nasihat aku supaya aku beli mesin basuh untuk mak aku. 

"Mi..belilah mesin basuh untuk mak kamu...kamu tak kesian ke kat mak kamu basuh kain pakai tangan..kalau tak mampu beli cash beli hutang ada kedainya boleh tak payah slip gaji .."

begitulah pandangan Man tentang hidup ni. aku banyak belajar dari dia pasal realiti kehidupan dan bukan angan angan. kalau aku nak layan angan angan aku layan dengan Nor. dengan Nor of courselah dia akan cerita pasal awek dengan aku.yang kitorang takkan cerita pasal awek dengan Man tak tahu kenapa hahaha...

Nor punya kegemaran main gitar dan main kat kenduri kahwin.satu hari Nor ajak aku lepak teman dia kerja jual jambu malam malam kat gerai jambu jalan Sungkai. aku yang memang free teman kan ajelah dia sebab dalam 2 malam je dia buat part time. cari duit poket ye lah berapa sangat gaji kitorang kan. kerja kuli...gaji hari pulak tu. aku kerja dengan Man dan Nor bukan sebab apa aku nak pengalaman dan di samping tu aku applylah kerja kat pejabat buruh kalau ada kekosongan dan peluang kerja kat govt ke kerja bank ke...mudah mudahan...kan..rezeki Allah yang tentuikan kita usaha aje.... niat aku ada satu je masa tu...nak tolong mak bapak kat kampung. itu aje niat aku...takde terfikir pun untuk diri sendiri...

Nor pun storylah kat aku pasal love story dia. tu lah...korang ingat orang macam kitorang takde perasaan ke...Nor cakap awek dia kerja kat gerai makan arean tempayt kitorang jual jambu jugaklah. so pagi lepas habis kerja jual jambu tu kitorang minum sarapan kat kedai awek Nor. dan aku pun faham kenapa Nor sedih sangat atau pun jia kacau. sebab mak saudara awek dia tak bagi diorang berkawan lagi adoilah...

aku faham macam kitorang ni siapalah yang pandang. dipandang rendah dan hina kitorang di mata orang...dahlah kerja kuli tak tetap...harta sekadar basikal aje. hahahaha...Man pun adalah motor buruk dia. kitorang? basikal buruk...walau macam tu masa kerja kitorang happy....encik pun seorang bos yang ok walau tak baik sangat.itu aje dah buat aku dan kawan kawan seronok dan happy dengan kerja kitorang. pada akulah ilmu yang aku dapat dari kerja Landsurvor ni memang tak berharga...memang priceless...tak ramai orang tahu kerja macam ni.nanti aku kalau dah lama sikit kerja boleh kot apply kerja kat PLUS ke atau pejabat tanah ke...JKR ke...macam tu aku fikir...

so, satu hari aku terjumpa lah Aida seorang classmate jugak kat Tapah. aku dan kawan kawan berdiri kat luar bank sebab tunggu encik . dan tiba tiba Aida keluar dari bank tu . aku senyum kat dia tapi dia buat tak kenal. masa tu Aida boleh tahan jugaklah. sampai aku boleh senyum. tapi dia buat tak kenal. hemmm...so betullah orang tak pandang orang macam kitorang ni.nasiblah kan...aku tak marah pun..aku terima hakikat tu. kitorang selekeh dan berpeluh dan berbaju bundle aje...

dan satu hari masa minum breakfast kat stesen bas sebelum pergi kerja. kakak ex aku...maksu minah tegur aku kat situ masa aku tengah layan teh tarik dan roti canai dengan Nor.

"kamu kerja apa sekarang Mat? kerja kat mana?"

aku hanya tersenyum dan tak jawap pun soalan tu. dalam kepala aku bermain fikiran aku macam macam. aku tengok kat satu bas yang parking situ. maksu macam baru lepas hantar seseorang naik bas ekspress dan aku tak tahu siapa? mungkin hantar husband dia kerja ke Slim River atau hantar seseorang ke Ipoh. dan aku rasa itupun bukan urusan aku kan? cuma Nor yang hairan kenapa aku tak jawap pertanyaan maksu minah tu. 

"Mi jawaplah kakak tu tanya kau.."

aku sendiri pun tak tahu kenapa aku tak jawap . aku rasa semua tu tak penting. bukan sebab aku sombong tapi aku rasa diri aku tak penting dan jawapan aku pun tak penting pada maksu minah. dia memang selalu nampak aku keluarkan basikal pagi pagi sebelum kerja sebab lalu depan rumah aku nak hantar suami dia ke stesen bas. husband dia kerja kat Slim River jadi assistant DO. 

dan bila Nor tanya macam tu kat aku aku pun senyum dan aku jawap.aku rasa terhina ..itu aje aku jawap dan Nor tak tanya lagi lepas tu...

sambung lagi kat part two gaisss...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)