Saturday 17 April 2021

wild world - fragile


korang tahu berapa rapuhnya jiwa aku masa aku kehilangan ex aku@ Jannah tu sebab dia kahwin dengan orang lain. aku bagaikan seekor rama rama yang rapuh sayapnya sedangkan hari beransur gelap dan angin bertiup kencang macam dalam gambar atas tu.

apa lagi yang aku harapkan dari dunia ni. semuanya gelap. satu demi satu harapan aku punah dan hancur berkecai. rasa tak kuat nak meneruskan hidup ni bila semua harapan dan cita cita hancu berkecai. dan aku bawak diri balik kampung. bila aku kecewa aku balik kampung untuk aku cari ketenangan dan kedamaian macam lagu DJ Dave. aku cuma perlu untuk cari semangat aku balik aje. semangat yang hilang lepas semuanya hilang. aku kerja pun takde semangat . 

aku balik kampung . masa ni mak bapak aku masih ada lagi kat kampung. mereka mungkin tahu jiwa anak dia tercalar kerana kecewa hilang arah dalam hidup. tersungkur dengan percaturan hidup yang pahit. so mak bapak aku tak tanya apa dah. mungkin diorang tahu kenapa aku balik kampung. dan diorang tahu nanti aku akan bangun semula. hanya masa menentukan.

so aku balik kampung tu ..tiba tiba banjir melanda kampung aku. memaksa aku keluar dari persembunyian aku. yang aku nak menyepikan diri sebab sedih dan frust. rupanya Allah perasan hambanya yang hina ini meratap nasib diri..dia tahu aku bersedih dan nak bagi semangat supaya  aku keluar dari rasa sedih aku tu.jangan lagi meratap nasib diri sedangkan orang lain bahagia.

aku pun ke KL balik dengan sisa semanagt yang ada. akui start dari zero. aku kerja kat kilang cat sebab duit nak pergi kerja pun takde. aku jalan kaki dari Kinrara ke PJ Oldtown. dan lepas aku dapat modal sikit aku pindah ke rumah mak saudara aku kat Kelana Jaya dan apply kerja kat syarikat Courier. aku menyewa rumah panjang. sebulan aku kerja aku dah boleh beli motor secondhand untuk aku pergi kerja balik kerja. jauh rumah dari tempat kerja 2 kilometer aje. tapi kalau menapak memang berpeluh. so nasib baik ada motor kapcai tu. senang sikitlah aku. kawan masa tu jangan haraplah nak tolong atau tanya khabar. semua menjauhkan diri takut aku menyusahkan diorang

so, perjalanan aku masa tu aku rasa nak kerja lain dan aku dah ada duit sikit aku balik menyewa kat rumah kakak aku sebab aku dapat kerja kat SRM dan aku terus kan cari kerja yang sesuai. aku bertahan kerja SRM pun dalam 3 bulan aje. lepas tu aku cari kerja lain. macam tu lah aku semangat memang nipis dan rapuh. dengar aje cerita pasal bekas kekasih yang dah bahagia hati jadi sedih dan gundah gulana. nak kerja pun takde semangat. berterusan macam tu sampai hujung tahun. kerja kat aircond servis berhenti..kerja kat delta publishing berhenti...kerja kat store BRG berhenti. kerjakat IT Developer berhenti jugak...sampai bila entah aku nak asyik kerja dan berhenti aku tak tahu...

lastnya aku dapat kerja kat satu syarikat suratkhabar tapi menjadi agensi pengiklanan. UMES satu nama yang besar jugak sebab dia anak syarikat UTUSAN MELAYU. aku rasa aku dah jumpa tempat kerja yang sesuai dengan jiwa aku. sebab kerja syarikat suratkhabar ni memang fun. aku aje tahu camne fun nya..masa aku kerja kat the STAR dulu memang fun. memang best sayangnya aku tesungkur tengah jalan sebab kecewa dalam hidup bila kekasih aku kahwin dengan orang lain.

so aku start kerja kat UMES atau Utusan Media Sales.berlokasi di Petaling Jaya jugak. aku ada jugak try apply kat TV3 masa tu ada smartshop tapi mungkin aku takde ketrampilan masa tu aku selekeh sebab takde duit. dan aku apply jugak kat NST dan jugak takde rezeki. akhirnya rezeki aku kat Utusan Melayu punya anak syarikat. aku bersyukur. aku pun berpindah ke Pantai Dalam menyewa rumah buang untuk memulakan lembaran baru dalam hidup aku.

cinta? hemmm..memang masa ni takde cinta. tapi masa ni aku keep in touch dengan Ina yang pernah kawan dan putus dengan aku tu. aku mengemis kasih dia pagi dan petang walau aku tahu dia takkan terima aku lagi dalam hidup dia. so itulah aku masa tu mengharap simpati orang kat aku..aku sendiri sedih dengan peangai aku masa tu. sanggup jalan kaki ke Kontena Nasional ofis Ina tu semata mata nak jumpa dia. padahal dia tak nak jumpa aku. dan aku berjalan sana sini. bila aku letih aku ke public phone dan aku call Ina. teruk betul aku kan. inilah dia semangat aku masa tu. dahlah orang tak suka tapi masih lagi nak harap simpati.takde siapa yang simpati...lastnya aku masuk wad kena demam denggi. 

masa aku kat dalam wad tu. aku memang takde siapa dah yang ambik tahu pasal aku kecuali kakak aku yang kat Kinrara tu. aku pun rasa mungkin ini terakhir perjalanan hidup aku bila dalam wad tu sorang demi seorang patient hilang sebab meninggal dunia.dan tiba masa untuk aku pada saat aku sangat lemah dan aku tak tahu sama ada aku bisa melihat sinar mentari esok. rupanya Allah masih beri aku kesempatan untuk meneruskan hidup ini. keesokan harinya kesihatan aku bertambah baik. selepas dua hari aku dibenarkan balik rumah discharge.

namun dalam seminggu aku menerima khabr orang tua aku sakit tenat di hospital aku pu balik kampung untuk melihat akan keadaannya. malam itu aku menemaninya di hospital dan malam itu jugak ayahku pergi dijemput illahi maka aku punrasa insaf yang sangat...aku tahu bahawa takde yang kekal dalam dunia ni. ajal maut jodoh pertemuan semua ditangan Allah aje.

so lepas tu aku terus berazam untuk hidup dengan apa yang ada bukan hidup dengan kenangan lama. aku pun move on dan lupakan kenangan lama bersama bekas kekasih aku tu. dan akhirnya aku temui pengganti bekas kekasih aku tu. Allah dah susun cantik cantik perjalanan hidup kita gaisss...

pada ex aku ...tinggal sayang tinggalah pujaan....terimakasih keran pernah hadir dan singgah dalam hidup aku semoga kau bahagia dengan hidup kau dan aku bahagia dengan hidup aku....


No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)