Friday 9 April 2021

love hurt - sua sue kemoning - part two

 

begitulah masa kerja kuli landsurveyor tu..apa yang pahit aku telan saja...orang pandang rendah dan orang pandang hina kerja kuli ni...usahkan nak layan elok elok tak bagi kawan lagi...so aku sedarlah diri aku ni. walau aku masih ada perasaan kat ex aku elok aku pendamkan saja. jadilah setakat tengok dari jauh pun cukuplah. 

namun hati manusia ni bermacam ragam kan. kalau Nor tu mak saudara awek dia tak bagi kawan tapi aku ni ada pulak satu awek kerja jual ayam kat pasar. aku memang tak kenal dia tapi dia kata dia adik kawan aku Roslina masa sekolah rendah nama dia La. aku memang selalulah singgah beli lauk untuk rumah aku bila habis kerja setenghah hari tu. bayangkan aku naik basikal. pakai baju bundle tu. aku pun nak beli ragu ragu je. aku mintak ayam dari jauh aje. aku tahu aku selekeh so aku tak harap layanan sangat. aku cuma nak beli dan balik aje. 

yang herannya La bukan main baik dengan aku dan maknya yang ada sama pun sembang dengan aku sampai aku serba salah. mak dia macam suka kat aku dan selalu cerita pasal Roslina yang study kat ITM. aku ni siapalah yang dia nak cerita sangat kan...so aku layan ajelah tanpa harap apa apa pun.

dan masa aku dan kawan serta bos singgah makan kat benteng yang ada bas ekspress tu terjumpa dengan Sheila dan Rozita yang sedang belajar kat UKM nak ambik bas ekspress balik kampus. aku senyum aje tapi diorang boleh duduk sebelah aku yang tengah makan tu. diorang tanya khabar dan tanya ku kerja apa sekarang. memang manusia ni berbeza beza...kan...takde pulak diorang sombong kat aku bila dah ada nama ke apa ke...

okey enoughlah cerita pandangan masyarakat kat aku masa tu. aku nak cerita pasal Sepol pulak. so, Nor pun beenti kerja dan dapat kerja kat JKR. syukurlah dia dapat kerja tetap. tinggal aku dan Man dan masuk sorang lagi ganti Nor iaitu Sepol anak kakros yang baru habis sekolah Vokasional. Sepol ni okey aje...sempoi aje...tak kisah pun kerja kuli. asalkan halal ye tak. janji ada kerja sudah dan ada duit poket atau nak bantu keluarga macam aku dan Man. 

masa Sepol masuk aku pun seniorlah. aku buat kerja Nor iaitu dekat dengan encik jaga kompas. so sedikit sebanyak aku tahulah guna kompas. best jadi senior ni tapi aku macam Man jugak ajar apa yang kitorang tahu sampai Sepol tahu dan faham buat kerja. dan macam biasa bila Sepol dah faham buat kerja Man pun rekemen naik gaji. gaji Sepol naik gaji kitorang pun naik hahahaha....sambil menyelam minum air janji tak pentingkan diri sendiri kan...gaji naik berdasarkan prestasi kerja dan bukan berdasarkan sijil yang ada...kan...

masa ni aku memang teringin nak bergf atau ada makwe. sayangnya aku rasa siaplah nak kat aku ni. aku pun beli majalah remaja kat kedai. try berkenalan camtu. try lepak kat gerai benteng malam malam dengan anak saudara aku Acoi dan Along. try ngorat awek trolak yang kerja kat kedai Jiman. dah pelanggan punselalu try. kebarangkalian macam 1 - 100 nak dapat kenal awek tu. 

sedih gak..awek depan mata tapi macam takde apa yang boleh dihubungkan lagi. nak jumpa ke? yang aku nampak dia sibuk ke hulu ke hilir jemput anaksaudara dia dari sekolah. kalau sebelah petang menyapui laman dan menyapu beranda. so aku pun tahu dia ambik SPM tahun tu. biarlah dia fokus study dia. aku takkan kacau...pernah jugak aku terserempak dia masa kat pekan tapi dia buat dekkk aje...aku rasa dia macam benci kat aku pun ada. kalau tak nak tegur aapa salahnya senyum aje sudahlah. apa salah aku kat dia sampai dia buat aku macam tu. aku sedar aku tak halang hak dia nak cari bf baru ke apa...tapi kenanglah kita pernah jadi kekasih dulu...dan sampai masa tu pun aku masih sayang walau dah takde apa apa.

dan perkara yang aku tak nak terjadi pun terjadi. mungkin Allah nak tunjuk kat aku. masa aku balik kerja sebab aku balik awal sebab kaki aku terpijak paku masa kerja menyukat di ladang itik desa damai. . aku dah tulis dah sebelum ni...aku nampak dia dan satu mamat kat depan masjid. ok..aku terima hakikat dia dah ada bf. so, aku move on...tapi petang tu dia datang rumah dan bagi laksa. aku tahu laksa tu dia buat jamu mamat tu yang datang rumah dia. mamat tu polis adik angkat kakak dia. so, biasalah kan...tapi dia pulak tersentuh bila aku tanya dah ada bf baru ke masa dia bagi laksa tu., dia diam dan tunduk mengesat airmata . dan da mintak izin balik dari aku. aku tak dapat pun jawapan confirmation dia tak cakap pun itu pakwe dia. mengiyaklan tidak dan menidakkan nya pun tidak...so malam tu aku pulak yang mengalir airmata masa nak tidur. 

dan satu hari aku dah tulis dah yang kakak aku balik kampung buat kenduri menyambut kelahiran anak first. dan entah macm mana kakak dia datang. aku layankan aje sebab kakak dia datang nak tolong apa aku nak sombong kan. yng ku heran kakak dia boleh pulak tolong aku goreng ayam kat luar. bukan dia tak boleh tolong benda lain. aku rasa kakak dia memang nak jumpa aku atau nak cakap dengan aku. so aku layan ajelah macam biasa kakak dia. 

tiba tiba apa yang aku rasa nak jumpa sangat ada kat depan mata aku. memang sejarah lah petang tu dia datang kat rumah aku dan jumpa aku. aku terpinga pinga macam tak percaya dia kat depan aku dan tersenyum kat aku. wohhhh manisnya senyuman kau Maznah. aku terlupa selama ini aku hanya menelan kepahitan. cantik nya exc aku sekarang ni. senyum tak putus kat aku. apakah ini semua? aku tak faham....aku tengok dia memang happy jumpa aku dan macam sebvelum ni tak pernah terpisah dan tak pernah ada perpisahan antara kitorang berdua. macam hari tu membuka lembaran baru untuk kitorang macam matahari bersinar semula buat hubungan kitorang.

dan aku pun sembang biasa biasa ..tanya khabar...dah ada bf ke belum dia hanya ketawa aje dan tak cakap pun dia ada pakwe ke apa. kakak dia buat dono aje bila aku bersembang dengan adik dia. dan bila kitorang macam suka sangat kakak dia sound. dah rendam laksa ke...

terkejut aku soalan kakak dia. aku dapat  tangkap maksudnya...memang kakak dia nak bagi tahu kat aku cara itu ..korang fikir fikirlah sendiri...aku dah malas cerita. tapi aku sempat cakap kat Maznah.untunglah sebab ada pakwe polis. tapi Maznah cakbf tu kat dia. tersentuh lagi hati ex aku petang tu. dia mengesat mukanya macam mengesat airm,atanya. dan dia terus melangkah tanpa pandang aku lagi dah. itulah pertemuan terakhir aku dan ex aku.

dan hujung tahun tu memang asyikhujan aje. anak saudar aku Along selalu lah lepak rumah aku dan balik kadang kadang sampai pukul 11 malam. dia nak balik aje terkejut sebab basikal racing dia hilang. kena curi time hujan hujan tu. aku pun turut sama cari basikal yanmg kena curi tu malam tu. memang tak jumpa. itulah kenangan manis dan kenangan pahit tahun 1993 tu. dan part last aku akn cerita pulak ye nanti kat part last sua sue kemoning ni...okey gais...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)