Sunday 18 April 2021

wild world - gerimis mengundang


perjalanan cinta aku sama macam lagu lagu cinta yang aku dengar masa tu...aku sering berangan bila aku beli kaset SLAM...masa tu lagu dan kumpulan SLAM memang berada dikemuncak popular mereka selain kumpulan UKAYS, SPRING dan lain lain kumpulan rock yang memainkan lagu slow rock dan jiwang..maka orang yang jiwang macam aku ni asyik dengar lagu jiwang slow rock lah pagi ke petang sampai ke malam...

antara lagu SLAM yang buat aku berangan tu album ke 2 - Kesan Terbukti yang keluar pada pertengahan tahun 1995 . untuk lebih menjiwai lagi aku turuty pergi rebonding rambut aku yang ikal tu jadi lurus sebab nak sangat tiru imej Zamani Slam

kembali terjalin - lagu ni menceritakan tentang hubungan yang lama terputus dan terjalin kembali. walaupun aku berangan yang aku dan Jannah akan terjalin kembali lepas terputus terpaksa sedikit masa lalu . namun aku hanya angan angan sahaja. aku menjalinkan hubungan dengan Maslina awek kampung aku yang kerja kat Penang dan jugak dengan Haslina awek Kelate yang jugak kerja kat KL.aku rasa sunyi sangat masa tu sebab aku cari kawan untuk menghilangkan rasa sepi. padahal dalam hati aku cuma Jannah seorang yang bertakhta di hati. 

tak mungkin berpaling - lagu ni macam bagi signal kat aku yang Jannah takkan cari aku lagi bila aku try minta alamat dia kat kakak dia kat kampung aku. aku try tulis surat kat Jannah melalui alamat yang anak saudara dia Chek bagi kat aku. aku tunggu Jannah balas surat namun hampa tiada jawapan. aku tulis surat dalam 3 kali namun still senyap sunyi. tapi aku tetap[ tak putus asa. aku terus kumpul duit untuk pinang dia sampai cukup .

nur kasih - so aku ketepikan rasa ragu ragu tu dan aku fokus ..kerja masa ni aku memang beradu suratan dengan hidup aku. aku kerja rajin rajin. aku tak kira sabtu ahad pun aku datang kerja sebab aku bahagian pengawasan pekerja. aku kerja kat dept HR so kalau ada kes aku selalu datang ofis malam malam tengok area kilang. check kakalu ada budak hisap ganja ke apa ke...sebab masa tu aku bujang so aku lah kena ambik semua kerja yang orang tak nak. so prestasi kerja aku pun naik lah...dan aku berharap aku dapat lot share saham the STAR yang bernilai ribuan ringgit. aku memang rajin kerja masa ni boss semua termasuk regional pun suka aku. 

manisnya rindu - aku memang rindu kat Jannah tapi nak buat macam mana...lastnya mak aku cakap nak tanya kat kakak Jannah tu pasal Jannah. so macam merisik lah gitu. lastnya ada berita yang share the STAR akan bagi kat pekerja yang walau pun servis setahun asalkan confirm tarikh itu ini. aku layak derrr...hati aku berbunga bunga aku congak. aku punya performance kerja tip top masa ni .tentu dapat 1+1 kenaikan gaji tahunan tu dah seratus. share saham satu lot dalam 2 ribu. bonus tahunan 2+7 macam tu sampai bulan Mei 1996. so aku congak gaji aku basic 650 + 150 dah 800 jadi 800 x 7 bulan bonus = 4600 + 2000 duit saham campur simpana aku 500 dan gaji aku akan di selaraskan oleh unian sebanyak 20 percent sebab Collective Agreement meeting Union .sebab aku bukan pegawai aku dapat walau aku bukan Union. 800 x 20 percent dah berapa...aku memang bersyukur time ni...dan aku suruh mak aku merisik Jannah.

gerimis mengundang - namun cita cita aku memiliki Jannah hancur berkecai.bila mak aku bagi tahu yang lamaran aku di tolak oleh kakak Jannah sebab katanya keluarga kat kampung sudah pun mengatur pertunangan Jannah. aku rasa hampa...aku kecewa...aku balik kampung untuk dengar dari mulut mak aku sendiri. 

bukan niat membalas derita - aku pun kecewa...aku sikit pun tak ingat apa dah masa ni...aku jadi macam orang gila pun ada. aku sendiri tak tahu apa aku buat masa ni. yang seingat aku masa ni aku enjoy dengan Ismail kawan satu tempat kerja aku kat teh STAR. aku ikut dia menghiburkan hati aku. asal hari inggu aje aku ikut dia...dan lepak rumah dia kat Sungai Buluh. aku frust menonggeng dan aku terima aku takde jodoh dengan Jannah. namun tiap hari aku meratapi nasib aku sendirian bila malam tiba. hanya aku yang tahu.namun aku terdengar jugak bila mak aku call aku ..masa tu aku tinggal menyewa bilik dengan kakak aku kat PJ Oldtown. so mak aku selalu call tapi aku mengelak bila mak nak cakap dengan aku. aku memang sedih dan merajuk sampai mak aku nak cakap pun aku tak mahu cakap. kakak aku bagi tahu aku yang Jannah ada balik ke kampung aku. selepas dia tahu aku meminang dia. dan aku dengar pertunangan dia ditangguhkan sebab Jannah nak tangguh. namun apalah gunanya. hatiku dah hancur berkecai. aku sedih dan merajuk . aku punya merajuk takde siapa pun boleh pujuk walau mak aku sekalipun. so, aku dengar kakak jannah cakap keluarga dia kena bawak Jannah berubat supaya pertunangan Jannah dapat dilansungkan.

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)