Thursday 1 April 2021

infatuation - - BERADU SURATAN


kini aku hanya mampu berdoa agar HANATLAH  kau di sampingnyaaaa...selamat tinggal ...aku mengundurkan diri ....

cerita aku dan dia berepisod sebanyak 3 episod iaitu episod bercinta, episod berjauhan dan episod kecewa...

bila aku punya lamaran kena tolak mentah mentah hujung tahun 1995..aku pun frust menonggenglah...ternyata dia bukan jodoh aku...selama bertahun tahun aku sabar untuk memilikinya. aku berusaha beradu dengan suratan hidup aku untuk memperisterikan dia. bayangkan dari dia umur 14 tahun aku dah jatuh hati...seterusnya masa dia umur 16 tahun aku melafazkan cinta keramat padanya. dan tak lama aku frust sebab terpaksa menyepikan diri dari dia kerana aku difitnah menipu duit orang masa tu. setelah lama mengasingkan diri dari masyarakat kampung tu...aku dapat semangat dan aku bangkit semula menebus kegagalan . walaupun aku dilanda krisis dengan orang tua aku sendiri dan dihalau keluar dari rumah. aku merantau ke kota dan bila kat kota pulak kakak aku cakap baliklah kepangkuan keluarga di kampung sebab mereka memerlukan aku. aku pun pulang ke kampung..krisis aku dan bapak aku aku lupakan begitu saja...aku anak dia bapak...aku betul ke atau dia salah ke...semua tu bukan soalnya..aku anak dia dan dia bapak aku...

so aku jumpa balik ex aku kat kampung dan aku tak tahu apa perasaan dia kat aku...ada lagi ke sisa sisa cinta lalu...yang aku tahu aku tetap macam dulu masih menyintainya dan akan berjuang untuk menghalalkan dia untuk aku. dia masa tu form 5 dan aku masa tu kerja kuli juruukur tanah. pernah kakak dia tanya apa kerja aku masa tu. apa aku nak jawap ye. aku hanya tersenyum aje tanpa aku berikan jawapan. namun pertemuan aku dengan dia disatu petang tu masa kakak aku buat kenduri dan dia datang masa aku tengah goreng ayam kat luar. aku rasa itulah detik paling indah. macam waktu seakan terhenti. namun bila kakak dia join kitorang so aku tak dapat nak cakap lebih lebih. dia macam begitu gembira dan macam tak ingat aku dan dia pernah ada kisah cinta yang pedih akibat aku difitnah orang. so aku tak naklah spoil the evening. aku hanya tersenyum dan bertanya khabar sahaja. itulah kali terakhir aku bertemu dengan dia. 

lepas habis SPM dia balik kampung dan aku tinggal sorang kat kampung. namun selepas peristiwa rumah aku diserang pada pagi hari raya oleh bapak saudara aku sebab krisis tanah pusaka. aku mengambil keputusan untuk kembali merantau ke kota. sebab masa tu pun anak saudara aku ajak teman dia kerja Proton. so aku pun kerja Proton sekali dengan anak saudara aku. kerja Proton memang best tapi sekejap sahaja. sebab aku dilanda down yang amat sangat. bila masa cuti plant shutdown aku balik kampung dan tak dapat jumpa dia. memang tak ada kat kampung tapi aku mintak alamat pun tak dapat masa tu. aku kembali ke kota dan aku rasa down sampai aku tak boleh tumpukan kerja aku. lastnya aku ponteng dan aku kena buang kerja. 

episod seterusnya ...aku bertahan kat kota dan aku bertekad takkan  kembali ke kampung selagi aku tak berjaya mengumpulkan duit untuk memiliki ex aku tu...walaupun dia ex aku...aku tak pernah mengucapkan perpisahan kat dia dan aku tak pernah pun mintak putus kat dia. so walau kisahnya tergantung dan aku tak tahu kesudahannya. tapi aku tetap berusaha untuk kumpul duit walau aku tak tahu apa dan di mana dia berada masa tu. yang aku tahu dia kat Penang kerja kilang. itu aje yang aku tahu. so, aku pun cekalkan hati aku supaya aku cari duit untuk pinang dia. kalau ada jodoh aku dan dia adalah.kalau takde aku terpaksa terima...

aku dapat kerja kat satu syarikat suratkhabar omputeh the STAR kerja handle event PJ Half Martathon. mulanya hanya kerja temporary namun rezeki aku bila dapat diserap permanent bila aku habis kontrak 3 bulan. so, aku tak perlu lagi risau aku dah ada kerja tetap. hujung tahun aku rasa rindu kat ex. walau aku tahu ex aku dah takde kat kampung. tapi aku dapat tengok kenangan pun jadilah. namun hasrat aku tak terpadam walau aku lost contact dengan ex aku. aku tetap jugak teruskan usaha kumpul duit tu. dan rezeki aku bila aku balik kampung hujung tahun tu aku nampak macam ex aku kat rumah kakak dia namun aku masa tu dah habis cuti. aku serba salah pulak nak jumpa atau tak nak jumpa ...dan hati aku jadi sayu... lastnya aku kirim salam melalui ibu aku.

so aku rasa aku kena tumpukan pada kerja dan kumpul duit. soal ada jodoh atau tak itu urusan tuhan. aku berusaha dan berusaha nak kumpul duit untuk memilikinya. sampai hujung tahun 1995 aku rasa aku dah cukup duit dan aku suruh ibu aku merisik dan meminangnya. melalui kakak dia kat kampung aku. 

mak aku pun pergilah merisik...dan aku tak sangka jawapannya hampa..lamaran aku ditolak mentah mentah. kakak dia kata keluarga dah uruskan perkahwinan dia dengan orang lain iaitu sepupu dia. aku nak cerita pun aku dah malas. so aku pun akur nasib aku. aku takde jodoh dengan dia. full stop.

aku pun kembali ke kota dan aku meratapi nasib ku. aku jadi manusia yang hilang punca. duit yang aku kumpul aku joli dan habiskan entah aku tak tahu aku buat apa..start tahun 1996 tu sampai lah ke tarikh dia bernikah lepas raya puasa bulan Mac macam tu ..aku pun tak tahu aku buat apa. yang aku tahu aku date dengan awek tak kira masa...sampai orang kata aku playboy kat ofis. asyik bergayut dengan awek. itu yang aku ingat. memang weekend aku dipenuhi dengan dating awek saja. awek berganti ganti. namun tak siapa yang tahu perasaan aku hancur berkecai hanya menunggu tarikh perkahwinan ex aku tu. 

bila ex aku punya hari perkahwinan tiba. aku pun rasa macam nak cari ketenangan. aku ikut kawan aku bercuti kat Pangkor. aku bekerja namun rekod perfomance kerja aku dah turun .aku buat kerja sambil lewa aje. sampai management ugut nak transfer aku atau berhentikan aku. aku layan aje kepala aku masa ni. nak berhentikan ke dan nak transferkan aku ke..lantaklah...

lepas sebulan macam tu aku pun sendiri apply berhenti sebab hati aku kacau bilau. jiwa merana menderita. mengenangkan ex aku dah jadi milik orang lain. aku sedih kecewa . lastnya aku terpaksa ikut perasaan aku dan aku balik kampung jugak. lepas berhenti kerja aku balik kampung. aku duduk memerap kat kampung sampai kampung aku di landa banjir. 

bila dah kampung pun macam bersedih serupa hati aku sampai banjir. so aku pun kembali dengan semangat yang masih bersisa untuk bangkit semula meneruskan hidup aku walau aku gagal memiliki ex aku. aku rasa aku ambik masa selama setahun aku berterusan sedih . sampai kerja pun tak tetap asyik berhentia je sampailah aku masuk hospital kena demam denggi dan selepas tu bapak aku pulak meninggal dunia. semua ni jadi tamparan kat aku supaya menerima kenyataan hidup dan tak lagi menyiksa diri sendiri melayani kekecewaan. so lepas tu aku apply kerja kat tempat baru Utusan Media Sales. so, aku bertekad kali ini aku nak jaga mak aku. dan lupakan semua kisah kisah sedih tu. aku pun kembali duduk kat kota dan duduk  menyewa rumah bujang di Pantai Dalam KL. cerita aku sedih dan aku kecewa habis kat sini. seterusnya aku mulakan dengan motto baru hidup aku  Layanblues - I Will Survive 1997

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)