Wednesday, 23 October 2019

review movie - Maleficent 2 - Mistress Of Evil



sebagaimana macam movie Joker...movie ni pun susah nak review sebab sangat berEMOSI movie ni walau hanya dongeng Disney. Disney sudah meletakkan produknya sebaris dan sama level dengan movie superhero Marvel atau DC.

Angelina Jolie memang memberikan lakonan yang PADU dalam movie ini tidak boleh di sangkal lagi beliau lah yang menghidupkan movie ini seolah olah kisah nyata dan bukan dongeng Inggeris.

Maleficent 2 - Mistress Of Evil 2019 ini kesinambungan dari Maleficent 1 yang di filemkan pada tahun 2014. aku rasa sama aje padunya 2 movie ni.

macam aku tulis kat atas tu...sekarang ni mungkin Hollywood suka mengalihan pemikiran kita bahawa orang yang jahat atau yang kita anggap jahat tu sebenarnya bukanlah seperti apa yang kita sangka. bermula dengan movie Joker kita berfikir kenapa Joker jadi jahat dan kita dapat jawapannya. dan dalam filem ni pun di ceritakan kenapa Maleficent jadi jahat dan kita temui jawapannya dalam filem ini.

aku bagi 100 bintang ajelah rate movie ni sebab tak lah se DARK movie Joker tu...masih ada lagi unsur kemanusiaan walau wataknya utamanya Angelina Jolie tu Dark Fey atau Pari Pari Jahat bukan manusia.


Sunday, 6 October 2019

review movie - Joker

 Arthur Fleck aka Joker
is a perfect human character in reality...
mental illness
delusional 
disturbing
kejam
heartless
sadis
darkest joker

malas nak review movie ni. semua lakonan Joaqin Phoenix macam realiti dan cerita dia pun realiti tak tokok tambah.. korang tengok sendiri lah...

aku tak tahu nak review macam mana lagi. tapi cerita ni adalah cerita paling disturbing aku pernah tengok. tengok cerita orang gila kita macam nak jadi orang gila jugak sebab setiap dari kita memang ada sakit jiwa walaupun tak banyak sedikit. aku lebih suka watak Joker versi Heath Ledger yang rebel dan nampak lebih macam manusia normal.

dahlah aku jenis deepest thinker and deepest minded...tahu apa aku jumpa bila dah disumbatkan semua detail macam mana nak jadi orang gila oleh Joaqin Phoenix ni...? oh shit man...



ni aku share best Joker quotes dalam movie ni..

creating Joker - 1989
throw him into wasted chemicals
creating Joker - 2019 
throw him into society

Joker killed our sanity...
he tried to smile through the pain 
until the pain made him smile....

"I used to think my life was a tragedy 
but now I realize its a comedy"

"The worst thing about having a mental ilness, 
is everyone expects you to behave like you dont..."

Sunday, 25 August 2019

review movie - Dora And The Lost City Of Gold




aku jarang jugak layan cerita animasi dari kartun ke live action...macam cerita Dora ni...tapi sebab pengarahnya Benicio Del Toro atau Guelermo Del Toro aku layan lah sebab memang ada kelaiann arahan pengarah dan pelakon latin dua orang ni.mereka berdua terkenal dengan filem genre dark noir mereka sejak dulu.

bermula dengan aku beli tiket dan lepas tu aku minum dulu sebelum masuk panggung. masa nak masuk panggung tu aku belilah popcorn danair. bapak slow dia punya kaunter. jauh berbeza dengan GSC yang tip top. dah setengah jam beratur kat kaunter masih tak dapat popcorn. aku menumpah nyumpah dalam hati betapa lembapnya servis TGV.

lepas tu masuk aje panggung tengok dapat seat dengan family mana entah.. redha ajelah kalau duduk dengan family ni...kalau tak isteri dia bersembang pasal jirang seelah rumah baru tukar kain langsir tak pun bawak baby memekak kat telinga kau. movie pun dah start lebih setengah jam. aku angin betulll...

lepas tu aku ambik keputusan rileks dan enjoy the movie. lantaklah family belakang aku tu. cerita berkisar pada Dora seorang budak perempuan anak 2 orang professor yang buat kajian kat hutan Amazon. entah sebab apa parents Dora nak Dora terdedah dengan dunia luar  dahulu sebab takkan nak duduk dalam hutan aje. so, si Dora pun transferlah duduk kat bandar Los Angeles duduk dengan parents sepupu dia masa kecik dulu Diego.

sebab kehidupan di kota memang janggal tapi bagi si bijak pandai macam Dora dia cepat menyesuaikan diri.. tapi entah macam mana Dora dan kawan kawannya di culiik sebab ada sindiket nak mencari harta peninggalan kaum Inca di Amazon.maka bermuallah pengembaraan Dora dan kawan kawannya di hutan Amazon. memang cerita ni digarap rileks dan tak begitu informatif. tapi yang kuang pada aku ialah keceriaan dalam filem ini. sepatutnya filem ni memang banyak nyanyi nyayi ke apa supaya seronok dan ceria. entah apasal pengarah tak nak bagi ceria sangat tak tahu lah.

lastnya...ceria jugaklah...bila Dora dan kawan kawannya berjaya menumpaskan sindiket tersebut dan menyelamatkan parents dia. dan Dora buat keputusan untuk tidak follow parents dia dan nak lepak kat Los ANgeles. maka lepas tu keluarlah secene nyanyi nyanyi dan joget joget sepertimana filem ini seharusnya...hahahahah...at last!!!

enjoy tengok cerita ni bukan pasal apa...sebab pelakon utama Isabela Moner tu memang cantik sebagai Dora yang semestinya pelakon Amerika latin....watak dia sangat kuat dan rasanya pelakon lain tu cuma nasi tambah aje...


Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)