Saturday, 23 May 2020

retro - 1985 pesona Karate Kid...


dua tahun ni 1984 dan 1992 aku rasa masa ni aku hensem sebab maa ni ramai awek minat kat aku..tak tipi sebab ada sejarahanya..read onnn...takpelah aku cerita tahun 1984 sudah..sebab cerita tahun 1992 tu dah banyak sangat aku cerita..kalau tahun 1984 aku punya pesona macam Ralp[h Machio dan kalau tahun 1992 pesona aku macam Luke Perry - Baverly Hills tu...atau macam Azhar Sulaiman filem Abang 92...

1984 - masa ni aku baru form 2 kat sekolah. berbanding masa aku baru form 1 aku meang macam budak budak sangat. nasib baik masa tu aku dah sunat. tapi bila masuk aje form 2 ..aku punya suara dah garau..aku punya misai teruna dah mula tumbuh. dan kat kelas aku jadi perhatian seorang budak perempuan nama dia Lela. Lela ni pun satu kampung dengan aku. selalu jugak aku terjumpa dia kalau aku kekedai beli barang. ada satu kedai depan sekolah nama kedai tu Sakunthala. selalu jumpa Lela kat situ. entah apa dia beli sampai baju sekolah pun tak sempat tukar. aku macam biasa beli rokok bapak aku petang petang maghrib tu. aku punya baik dengan Lerla ni aku pun temankan dia balik rumah dia yang dekat madrasah/surau...

kat dalam kelas apa lagi...Lela ni selalu suka nak curi perhatian aku. nak kata Lela ni macam mana orangnya ..ada iras macam Lydiawati yang berlakun dalam filem Darah Satria tu tapi Lela chubby dan pakai tudung labuh. bayangkan awek tudung labuh minat kat kita? somethinglah kita ni kan...aku buat macam biasa je...dalam pada tu ada sepupu aku sorang ni Nazri yang sebaya tu suka mengorat pompuan tak kira masa. aku pun tak tahu macam mana dia boleh kena seorang lagi perempuan ni nama dia Nazarina. budak pompuan ni cantik macam muka Sofea Jane. dia selalu letak basikal kat sebelah rumah jiran aku. aku pun selalu nampak dia. tapi bila aku tanya kawan aku Mat Radi yang tinggal kat sebelah rumah dia..Mat Radi kata Nazri sepupu aku dah ngurat dulu...frust jugak aku dan Nazri boleh ajak aku jumpa Nazarina tu masa time rehat. 

so...aku pun try berkenalan kat sat majalah...majalah Bujal hahahaha...satu awek kelantan ni aku try tulis surat kat dia. Nama dia Noriza. aku start kenal tahun 1985 tu ..okeylah aku berutus surat sampai tahun 1992 jugak dan dia masuk Universiti dan jumpa tahun 1996. well takde keserasian dengan dia...

tapi dalam pada tu kakak aku pulak ramai kawan perempuan kat kampung tu sebab tu masa kakak aku muda remaja. boleh aku katakan semua kawan kakak aku suka kat aku sebab aku ni kulit cerah dan muka nak kata hensem tak tahulah tapi try bayangkan Ralph Macchio dalam filem Karate Kid tu. diorang cakap muka aku macam iras Ralph Machio tu.

 so sebab tu aku trylah melaram sikit walau takde duit...beli baju kotak kotak warna merah hati kat pasar lambar harga dalam 6 ringgit, seluar jeans Lives bukan Levis kakakaka pun dalam 8 ringgit dan kasut sneakers brand Paulo Rossi pun 10 ringgit... dan spek hitam dalam 2 ringgit..tak sampai 30 ringgit modalnya. aku pakai melaram masa beraya dan ikut kawan aku pergi Tapah Road. balik aku sorang je ..dan masa dalam bas semua orang tengok aku style macam tu. aku buat benda yang sama masa pegi rombongan ke Teluk Batik Lumut. puas aku bergambar dengan kawan kakak aku semua perempuan. di tarik ke sana ke sini...hahaha... 

ada jugak anak jiran kakak aku tu ada sorang budak permpuan kebetulan adik kawan sekelas aku minat kat aku sejak lama lagi. aku hanya tahu dia follow cerita pasal aku masa aku dah frust dalam tahun 1996 sebab awek kawin lain..dan dia offer diri dia jadi pengganti. masa tu pintu hati tertutup dah nak terima sesiapa lagi....sorilah Ina... 

dan ada satu lagi aku nak noted...masa ni lepas habis penggal ke tiga sekolah aku ikut satu orang kakak jiran berniaga jual jambu batu kat jalan Sungkai...nama dia Yan...dia ajak aku sebab mak dia tak bagi dia kerja sorang sorang... dia ni macam aktif dalam pertubuhan Arqam macam tu. entah macam mana dia rapat dengan aku baik sangat dengan aku walaupun aku muda dari dia...pun awek yang pakai tudung labuh jugak...kerja sorang 5 ringgit so apek yang upah kitorang tu terpaksa bagi 10 ringgit dan apek tu sikit punya baik makan minum breakfast minum petang dia belanja...

dan pada tahun 1989 pulak aku start berkawan dengan seorang amoi pulak dan macam tu jugak pesona karate kid punya hero tetap ada lagi...hahaha...



Tuesday, 5 May 2020

retro - kau jaga jodoh orang aje


Kau Jaga Jodoh Orang Aje
Circ - 1996 - 1998

Where did your heart go?
did you put it on a train
did you leave it in the rain
or down in Mexico

DESAFINADO - Aku jarang nak makan buah buah asam ni (jarang balik kampung senanyer...nak cover lah tu...hahaha) tapi hari tu masa hujung tahun aku balik kampung aku tengok pokok buah mangga ni kat depan rumah aku...selalunya dia buah sebiji sebiji aje tapi menjadi pulak musim tu. tapi masih berputik lah...atau mungkin lagi sebulan baru masak ranum ke apa ke...

dan selalunya kalau tak dibaling budak budak atau habis di mintak oleh akak akak yang peknen...

menjadi pulak buah pelam kat depan parit tu ye mak.
haah ye...selalu asyik kena makan buah dia dengan tupai sakneka bagai...ni macam menunjuk nunjuk yang dia menjadi pulak. bulan depan sebelum masuk bulan puasa dia masak tu...

begitu detailnya mak aku bagi tahu sejarah pokok pelam ni..masa bila dia berputik berbuah kena makan tupai dan estimated masa dia masak.

"Takpelah nanti saya balik lagi nanti dah masak saya ambik..."

********************************************************************************
Where did your heart go?
did you put it on a train
did you leave it in the rain
or down in Mexico

Ehhh...mana buah pelam tu mak...macam takde dah kat pokok tu...takkan dah habis?

Itulah kau...masa dia berputik kau ada...masa dia mekar kau ada..masa dia dah masak dah ada orang mintak..dan dah lama pun...memang takde rezeki kau...tapi mangga telur kat belakang rumah tu ada kau nak...

takpelah mak...tak sama...jawapku sambil merenung orang orang sibuk kat di depan rumah jiranku yang memasang kemah untuk persiapan kenduri mungkin.

Monday, 4 May 2020

retro - careless whisper 16-86


Careless Whispers
Circ - 1986 - 1988

time can never mend
the careless whisper of a good friend
to the heart and mind ignorance is kind
theres no comfort in the truth
pain is all your find

Hati perempuan ni cepat tersentuh kadang kadang kita tak tahu pun bila masa diorang terasa kecik hati dengan kita dan tiba tiba dah rasa terlewat nak perbetulkan keadaan, kadang kadang tu isu besra dia boleh tahan bertahun tahun pendam rasa. tapi kadang kadang tu isu kecik pun boleh buat diorang berubah.

...aku tak tahu nak cakap macam mana...kadang kadang perkara kecik pun boleh buat diorang terasa sangat hati diorang...
so, aku rasa kau sendiri boleh rasa dengan rasa hati kau...

"Fuzah awak tak sihat ke..diorang cakap awak sakit"
aku ingin tanya dia sendiri dan dia jawap sendiri
Bungkam. Memandang ke sisi. Apa pasal. Dia tak nak tengok muka aku lagi ke?
apa salah aku ni..ada salah cakap ke..
"Mi..kau tak salah aku yang salah...aku tak nak kongsi derita aku dengan kau.." jawap Fuzah dari dalam matanya bila memandang Mi..
esok lusa dan hari seterusnya tak ada lagi senyuman dari gadis itu. hanya aku sempat bertemu dengan dia di bilik kaunseling sebab dia pitam dalam kelas.. dan khabar terakhir sebelum mengambil SRP. Sempat aku pandang kegembiraan dia.. bergembira dengan kawan sekelas nya yang baru.

*****************************************************************************

Tonight the music seems so loud
I wish that we could leave this crowd
Maybe its better this way
we hurt each other with the things we wants to say
we could have been so good forever
weve could have been this dance forever
but now who's gonna dance with me
please stay

you asked me why I change...is it something you say or you do or both...

Fuzah hari ni last day kita sekolah...bulan depan dah nak SPM. aku minta maaflah kalau aku ada salah apa apa kat kau selama ni.
Takde Mi awak takde salah apa apa kat Fuzah...cuma
cuma apa...
takde...
Fuzah harap Mi berjaya dalam SPM nanti ye.
.

*****************************************************************************

Now that you're gone
What was I did so wrong so wrong
that you had to leave me alone...

masa kau nak kahwin dulu mak aku ada cakap tengok gaya aku ni sayang kat bini. mak aku cakap macam tu pasal apa aku tak tahu. tapi itulah cakap mak aku...

Mak nangis ye? takdelah...habis siapa nak makan apa yang mak masak tu... takpe biar saya makan...
sampai bila aku nak simpan rasa bersalah ni...sebenarnya aku tak makan pun mak aku masak tu...

*bersambung takde idea hahaha
— at Coconut Grove.

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)