Saturday, 13 February 2021

medan Kidd - aerodrome - from Ipoh with love episod 7


so aku dah settle kes pertama...aku kena settlekan lagi satu kes iaitu kes Miza...sebenarnya dengan Miza tak perlu apa apa nak settle cuma Aris ada bagi tahu aku yang Miza asyik cari aku aje sejak aku duduk kat Aerodrome tu. aku nak ambik keputusan dan bagi tahu dan berterus terang kat Miza. aku pun ikut Aris ke bandar Ipoh dan jumpa Miza kat gerai. lama jugak aku tak jumpa Miza. akurasa dalam2 bulan ada. aku pindah ke aerodrome dan aku start kerja kilang tu. memang takde masa nak awek awek ke apa ke...aku fikir nak settle duit yeop tu aje. dan jugak masa kat kampung aku banyak fikirkan apa yang jadi kat kampung tu. Miza dah banyak berubah. dari seorang yang agak chubby sekarang dah boleh pakai baju kebaya macam kakak dia. memang cantik jugak Miza ni. tak sangka umur baru 18 memang elok buat gf dah. tunggu orang nak sunting jadi gf aje Miza ni. tinggal pulak dekat area kem Tambun tempat askar tu. 

hai Miza ..apa khabar maaf lama tak jumpa Miza. dah semakin cantik Miza skarang ye. dah slim...abang sibuk uruskan hal abang. tegurku. mulanya dia senyum tapi entah macam aman dia punya muka boleh berubah. saya asyik teringat kat abang aje...tapi abang lansung tak ingatkan saya. sekarang ni abang cari saya kenapa? tak sangka aku Miza marah sangat kat aku. tapi aku mana pernah janjikan apa apa kat dia.abang suka abang datang kat saya abang bosan abang hilang...seronok sangatke sakitkan hati saya..lukakan hati saya...? suara Miza mula bergetar macam nak menangis ..airmata dia menitis.

abang tak tahu nak cakap apa Miza. luahku kesal bila aku lihat dia bersedih. tak apa bang. anggaplah Miza yang dulu yang abang kenal dah takde..dah mati...terimakasih sebab pernah hadir dalam hidup Miza.  terkejut aku..ingatkan aku aje boleh luahkan perasaan bengang kat yeop rupanya orang lain pun boleh lepaskan geram kat aku...rupanya aku pun ada buat orang sakit hati dan terluka. aku lupa...rupanya Miza sudah menetapkan tak mahu lagi ada hubungan dengan aku dah. maknanya dia sendiri yang nak putuskan sebab dia sakit hati terasa perasaannya dipermainkan oleh aku.

aku pun beredar dari situ...aku sedar sekarang kita ingat apa yang kita buat tu betul tapi ada jugak salahnya. tak mengapalah kalau Miza nak putus. so. semua dah selesai kat Ipoh ni. apa lagi aku nak tunggu kat Ipoh ni. nak tinggal dengan Nazri? cukup cukuplah apa dah dia buat kat hidup aku. dia boleh terus berpura pura baik dengan aku. entah entah dia yang dengki bila aku couple dengan Maznah. mana tahu. so aku dah tak nak bersama Nazri dah. biarlah aku bawa diri aku. mengubati luka hati dan kecewa.

tapi masa aku kerja kat kilang Carsem tu. aku ada jugak jumpa kawan baru macam Bakri dan Rostam satu line Pdip. diorang pulak bagi semangat jangan berhenti dan terus tinggal kat Ipoh. aku dah tak terdaya bertahan dengan member yang asyik tikam belakang ni fikirku. nasib dialah nak tinggal sorang ke apa ke.aku dah malas fikir pasal Nazri. so hujung bulan tu aku buat keputusan balik kampung aje. walau aku tak tahu apa yang menanti kat kampung pulak 

aku buat keputusan menyepikan diri dan mengundur diri dari cinta aku dengan Maznah. aku tahu tentu Maznah pun akan terluka. tapi jika itu semua boleh senyapkan mlut orang dari terus bercerita pasal aku dan fitnah aku itu ini. itulah jalan terbaik untuk menghuraikan segala kekusutan.  kalau pasal aku mak aku kena hina dan umpat dengan orang. kampung dan kalau pasal aku Maznah kena marah dengan kakaknya hari hari. biarlah aku menjauhkan diri dan menyepikan diri. tapi untuk berpisah atau buat kata putus dengan Maznah memang aku tak sanggup. biarlah ia hilang bersama masa. 

okey gaisss...habis dah cerita pasal aku kat Ipoh..di mana aku mengenal erti cinta dan kasih sayang sebenar walaupun hanya sekejap. Puti, Miza ,kak Noakila dan Maznah...baru aku tahu akan beza perasaan suka, sayang, kasih dan cinta...

medan Kidd - aerodrome - from Ipoh with love episod 6


so gaisss...dengan fitnah dan tohmahan apa bisa lagikah aku bertahan kat Ipoh gaiss...maruahku tercalar gaisss oleh mereka mereka yang cemburu dengki dan iri hati dengan aku dan family aku. yang tak suka melihat akan aku bahagia. termasuklah saudara aku sendiri dan termasuklah sahabat baik aku sendiri...orang orang yang aku percaya menikam aku dari belakang gaisss...ya aku di tikam dari segala sudut gais...depan belakang kiri kanan atas bawah...

dicerca ,dihina, dikeji, dicaci, namun berbekalkan sisa sisa semangat yang masih ada. aku terus berdiri gais namun ada juga yang harus aku korbankan. aku harus korban kan segalanya. aku terpaksa korbankan perasaan aku dengan Maznah. aku tak mahu dia terseret dengan masalah aku. dan aku tak mahu mak aku jugak terseret dengan masalah aku. kerana dua orang ni yang paling penting dalam hidup aku. so, aku kena korbankan cita cita aku. aku kena korbankan perasaan aku untuk mengundur diri dari cinta dan cita cita aku. 

perkara pertama yang harus aku lakukan ialah menebus kembali harga diri aku yangh dipijak pijak oleh yeop dan mak Nazri. dengan menyelesaikan hutang aku yang rm200 tu. lepas raya aku pun duduk dengan Nazri kat Aerodrome. aku kerja kat Carsem kilang area situ. aku punya sewa rumah kongsi dengan Nazri separuh separuh. tapi satu rumah so kena bayar rm100 sorang. aku pun start kerja shift malam dan shift siang yang takde bezanya pada aku masa tu.hinggalah aku dapat first gaji aku.

aku harus selesaikan semua perhitungan aku dengan manusia sombong bernama yeop ni dulu. lepas aku dapat gaji first kerja kilang Carsem tu. aku pergi rumah yeop. masa tu pun hari raya haji. aku sampai aje rumah yeop dan aku bagi salam. aku nampak kereta mak Nazri pun ada. elok sangatlah dia jadi saksi aku settle apa apa dengan yeop.aku masuk dalam lepas beri salam aku tengok kak akila pun ada. lepas tu ada dua orang tua mungkin mak dan ayah dia. serta mak dan ayah Nazri. 

ha Mi..lama tak jumpa kamu. nampak kurus kau Mi? tegur yeop kat aku. aku salam semua orang dan aku duduk . aku keluarkan duit rm200 aku letak atas meja. ini duit yang saya hutang yeop rm200 duit tak jadi bayar duit periksa tu. aku keluarkan lagi rm100. ini duit sepanjang saya duduk kat rumah yeop selama 10 hari. aku keluarkan lagi rm100 ..ni ada duit lagi kalau tak cukup ambiklah semua yeop. maaf kalau saya susahkan yeop selama ni. aku letak rm400 kat atas meja disaksikan mak Nazri dan ayah Nazri. dan jugak mak kak Akila dan ayah kak Akila.

muka yeop mula nampak berubah...bukan macam tu Mi...sebenarnya yeop nak minta maaf sebab tuduh kamu tipu yeop. yeop salah faham hari tu dan masa tu yeop ingat kamu nak lari. tapi yeop salah..kamu orang baik Mi. memang yeop selalu jumpa orang yang menipu selama ni tapi yeop salah tuduh kamu. maafkan yeop Mi.

tak mengapalah yeop...cuma saya harap selepas ni yeop janganlah pandang rendah kat orang macam saya. memang saya takde duit atau susah tapi saya ada harga diri yeop.okey terimakasih yeop. saya nak beredar dah. kataku bila semua dah selesai aku settlekan. demi aku nak melangkah keluar aje nama aku dipanggil oleh kak Akila.

Mi...tunggulah dulu kalau iya pun minumlah Mi...sampai hati Mi ..dengan akak pun Mi marah dan benci ke...kata kak Akila bila aku mla menyarung kasut.

maafkan saya kak akila..dan aku pandang kat mak ayah kak akila. maafkan saya makcik pakcik kalau ada salah saya atau kacau kak akila ni yang saya anggap macam kakak saya aje...aku pun angkat kaki ...berambus dari rumah manusia sombong bernama yeop tu...

medan Kidd - aerodrome - from Ipoh with love episod 5


bersambung kisah Syakila atau kak Norakila gaisss...

kat rumah mereka panggil dia Noa..tapi aku aje panggil dia kak akila. okey untuk records aku memang terpandang satu couple kat I central baru baru ni. mulanya aku nampak seorang perempuan masuk dalam Uniqlo. sorang sorang dia jalan dengan baju kebarung biru dia nampak macam orang kerja govt. dia rendah jugaklah tapi tak rendah sangat. aku fikir takkan dia sorang. susuk tubuhnya mengingatkan aku pada kak akila yang satu masa dulu menjadi kenangan dalam hidup aku. aku lepakje kat tempat duduk dan dia pun tiba tiba keluar duduk kat depan aku di ruang legar tu. aku pun dapatlah usha dia. memang saling tak tumpah walau pakai mask. dengan gebu dan solidnya...

kat dalam episod lepas aku ada cerita yang kak akila ni macam seiras awek aku Maznah kan...hemm...tiba tiba datang seorang mamat ni macam tinggi tinggi aku rasa macam army lah...awek tu pun bangun dan diorang jalan berdua. beza giler anatara diorang satu tinggi satu rendah sweet tapi tak matching. dan diaorang naik eskeletor berdua. kan nampak macam apa entah. macam tulah aku nampak masa Nazri jalan dengan kak Akila masa shopping kat Kamdar Ipoh satu masa dulu.. ye lah dorang jalan berdua...takkan nak berdua dengan aku kan? 

sebenarnya aku dan Nazri pun terkejut bila first time jumpa kak Akila kat rumah yeop. aku dan Nazri jalan dari jauh masa nak masuk rumah yeop.  tiba tiba ada orang duuk kat buaian mungkin anak yeop dan seorang perempuan. aku terkejut muka memang sama dengan Maznah. aku pandang Nazri ..Nazri pandang aku. tiba tiba awek tu bersuara.

dah senja baru balik...awatnya merayau lama...orang tunggu nak minum petang... suara dan loghat dia pekat utara walau dia orang Grik. 

eh samalah Naz...ujarku bila aku dengar suara kak Akila first time dan jumpa kak Akila first time.

apa yang sama? tanya kak Akila. kitorang menggelengkan kepala dan masuk ke dalam rumah. 

Nazri kata dia memang kenal kak  Akila tapi masa dulu dia masih sekolah badan kurus..dan takde macam muka Maznah. tapi bila jumpa kali ni berubah betul dia. memang samalah dengan Maznah dengan loghat utara dia. nak apa lagi...bila dia pakai tshirt dan kain batik rambut panjang ikal. ..sebijik macam Maznah...

akak pernah nampak Mi kat stesen bas ekspress kat Ipoh. Mi kerja situ ke.? tanya kak Akila satu hari masa tenmgah masak menyiang ikan kat dapur. kebetulan bilik aku dan Nazri memang kat dapur. kalau diorang tengah masak diorang boleh sembang dengan kitorang yang ad dalam bilik. aku baring dalam tu. terkejut bila kak Akila cakap dengan aku. Nazri takde masa tu yanga da Mimi dan Lan anak yeop dan kak Akila. kaklong isteri yeop kerja hospital. yeop pun kerja. so aku duduk diam diamlah dalam bilik tu. segan..hari tu pun cuti. aku tak kerja.ingat nak keluar petang.

 Mi..oh Mi janganlah malu segan ...sembang lah dengan kak akila... tegurnya bila aku senyap je. mai keluar kat dapoq tolong akak masak ni.  

Mimi mana? tanya ku. Mimi dia tengah study kat depan tu. jawapnya . Lan?tanyaku lagi  Lan pun kat depan tengok kartun. mailah...Mi takut akak ke.

aku pun keluar. tengok perempuan ni macam nak menggoda aku je. nak tolong apa? tanyaku .tolong sembang dengan akak la...boring buat gheja sorang. ada kawan sembang taklah boring.

aku terbau pulak bau kak Akila dan aku cakap.nak masak pun wangi ke kak? dia jawap.oh ni bedak aje...Mi ni nampak macam pemalu tapi bau akak pun Mi perasan. malu pulak aku bila dia cakap macam tu.

pasal semalam akak mintak maaflah...katanya...pasal apa mintak maaf. tanyaku . sebab akak jalan dengan Nazri dan tinggalkan Mi. katanya pula ala kak biasalah lagi pun siapalah saya ni. entah siapa siapa...

tapi Nazri ada cakap...katanya nya lagi...cakap apa kak...aku minta kepastian Nazri kata muka akak macam gf Mi kat kampung . betul ke. rupanya Nazri dah cerita kat kak Akila semuanya. patutlah dia macam nak ambik hati aku je. ye kak memang serupa.jawap aku simple. Mi tak rindu gf ke? tanyanya pula. rindu kak..tapi apa nak buat. jawapku . macam mana sekarang ok? dia nak korek rahsia aje pagi tu. macam ada masalah sikit kak. jawapku. ohhh akak dah tahu dah sebab tulah Mi asyik termenung aje akak tengok. rupa rupanya dia selama ni tengok jugaklah aku rupanya...aku ingat aku ni hanya orang yang menumpang aje.

Mi cuti hari ni kan...nanti petang Mi teman akak ke Ipoh ye. akak nak balik Grik. pinta kak Akila padaku. oh okey...akak pulak macam mana? dengar cerita dah bertunang ye? soalku ye Mi pilihan keluarga. akak ikut ajelah.katanya  saya takut ayat tu kak...kata ku. takut kenapa? kak akila kehairanan mendengarnya. ye lah kan orang perempuan ni..kan ikut cakap keluarga aje. baru kak akila faham. ye Mi kitorang memang akan ikut cakap keluarga. macam akak dulu ada kawan tapi putus bila orang masuk meminang akak. 

adoiiii frust tu..kataku. akak pun frust Mi tapi nak buat camne...dia tak masuk meminang orang lain masuk dulu. jawapnya panjang lebar. oh akak pun pernah frust ke...tanyaku. ye Mi...dan kalau Mi nak tahu muka kawan akak tu pun sama dengan Mi. tu Mimi pun hairan cakap muka Mi sama macam kawan lama akak. kisah lama pun akak Akila ceritakan tanpa selindung.

so..kita ni sama rupanya...ujarku...macam tu lah Mi...jawapnya..eh jangan sedih sedih Mi. kalau rindu kat gf pandang muka akak ...hihihi...gurau kak akila. tapi nanti saya jatuh hati kat akak susah pulak kak...hahahaha...

so petang tu ...aku temankan kak akila ke Ipoh dan hantar dia ke stesen bas ekspress Grik . kitorang tunggu dan kawan aku pun ada kat situ. dia ingat aku bawak awek. hahaha...

okey Mi..terimakasih temankan akak. bukan apa selalu Mimi temankan. percayalah akak dengan Nazri takde apa apa . masa kat Kamdar tu Nazri saja nak usik Mi tu dia suruh akak pegang tangan dia.bagi Mi jeles. akak tahu Mi rindu kat gf. nah ambik baju t shirt akak ni. dia menghulurkan baju tshirt dia yang dia pakai pagi tadi kat aku.

ehhh..ni kan baju akak pakai tadi? kenapa bagi saya. tanyaku. Mi...kalau rindu kat akak mi ciumlah bau dia. Mi ..akak pun sayang kat kamu jugak...jelasnya kenapa dia bagi tshirt kat aku. aku mengangguk faham. aku pandang dia...akak saya doakan akak bahagia dengan tunang akak dan semoga sampai ke jinjang pelamin. 

terimakasih Mi dan akak doakan Mi dan gf akan berbahagia walaupun banyak cabaran untuk kamu berdua nak hadapi nanti. dia pun naik bas ke Grik bila bas nya sampai . dari dalam bas dia melambai kat aku dan bagi satu flying kiss kat aku.

itulah sebanar yang terjadi. sampai Mimi pun hairan dengan kitorang berdua yang agak rapat walaupun baru kenal. kaklong wife yeop pun perasan kak Akila asyik tengok aku aje.dan bila cerita pasal ni sampai kat telinga mak Nazri. apa lagi aku jadi sasaran fitnah lagilah.

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)