Friday, 30 November 2018

review album - Russ Freeman & Rippington




sebab apa ye aku buat title entry ni PJ Oldtown ? sebab aku beli semua CD atau kaset ni kat PJ Oldtown kedai member aku Ah Choo namanya aku terus jadi regular kat kedai dia dan jadi kawan dia...dia banyak nasihat aku pasal life kat KL atau kotaraya ni...last aku jumpa dia masa aku ada problem dengan loan ASB aku yang bernilai 100k.dia memang seorang kawan baik..

Russ Freeman & Rippington - Sahara
nak review macam mana ye...aku bukan selalu dengar lagu contemporary Jazz macam ni...adalah sekali sekala...tapi yang buat aku tertarik nak ulas lagu ni ialah pada masa aku duduk kat PJ Oldtown masa bujang kerja kat the Star tahun 1994 macam tu aku masuk ke satu kedai kaset dan aku terlihat perbualan anta tokey kedai dan awek bisu.

lepas awek bisu tu keluar aku pun tanya macam mana dia dengar lagu tu sebab dia bisu. tokey kedai cakap dia bisu bukan pekak. betul jugak hahahaha...apalah aku ni.

so aku tanya kat tokey kedai lagu apa yang awek bisu tu beli? awek bisu tu boleh tahan cantiknya dan aku rasa dia mungkin anak orang berada sebab duduk kat PJ Oldtown kawasan Melayu tu selalunya pesara pesara kerajaan dan satu satunya kawasan yanng ada tanah Lot kat Petaling Jaya.

nak review lagu Jazz tu? hemmhhh...reviewlah senddiri hahahah..beli kaset atau CD Russ Freeman dan try dengar macam mana...

Sunday, 15 April 2018

windflowers - bunga cinta

 

bersama suara hati...
aku menyedari kini ketiadaanmu
ku cuba mengerti mengapakah begitu
tiada kesempatan ku mencari 
rintihan untuk menghalang kau pergi 
jauh dariku....
masa ni aku baru habis periksa SPM ..aku masa ni ikut sepupu aku hari sabtu dan ahad pagi kat kebun bapak dia. upah sehari 5 ringgit. kerja tebas tebas rumput bakar lalang kering. alaa...cuci kebun lah. tanam benih pokok pisang dan pokok ubi kayu. ada jugak sesekali kitorang lepak minum pagi kat kedai mamak sampai Onie @ Jalil terkejut tengok  kitorang pakai baju kebun.
aku pulak malam malam aku kerja kat benteng ala food court kat Bidor masa tu.tapi sekejap aje. sebab tokey gerai satey tu tipu aku. dah semingu aku kerja dengan dia. dia bagi gaji tak penuh. dia kata  potong makan minum. gelas pecah la...pinggan pecahlah...memang penipu betul.aku pun terus berenti.malas nak layan tokey kedekut  macam tu.

sebulan dua masuk tahun baru aku masih belum dapat result SPM.masa ni aku tak tahu buat apa aku pun continue tulis surat pen pal awek Kelate yang aku kenal masa aku masih form 2.... aku pun masa ni tak buat apa menulis surat ajelah kerja aku. tulis punya tulis sampai masa ambik result SPM bulan Mac. aku pun terus terang kat awek Kelate ni yang aku dah jatuh hati kat dia sebab masa ni aku jiwa kosong...awek Kelate ni nama dia Noriza. aku panggil Za aje.  lastnya awek Kelate ni kata dia tak nak bercinta sebab dia dapat tawaran Universiti Malaya. dan dia suruh aku lupakan pasal cinta. aku pun terima hakikat awek Kelate ni tak layan aku. aku pun layan frust lagi.ahhh kena reject lagiiii...
 
bayangan mimpi...
inginku tahu apa maksudmu
ku ingin kenal siapa dirimu
kau tunduk bilaku renung wajahmu
kau diam bilaku berkata padamu
membuatku tak menentu

aku pun lepak sana lepak sini dan lastnya aku terjumpa satu awek ni kat pasar lambak hari Sabtu. aku minat style dia sebab dia macam budak baik sopan santun...dia suka lepak kat rumah kawan aku Nurul kat kampung sebab kawan dengan adik perempuan Nurul. aku sempat jugak bagi kad raya kat dia tapi macam biasa dia tak layan lagi...memang payah agaknya mat skema macam aku nak dapat awek kot. asyik kena reject aje. lastnya aku malas nak cari awek dah. aku fikir kalau aku dapat masuk form 6 nanti aku concentrate study je sampai dapat masuk U. aku dah serik nak jatuh hati kat awek dah nak bercinta asyik kena reject dengan awek ajeee...

bunga cinta...
engkau adalah bunga cinta yang segar
kau menjadi lambang cinta hidupku
engkau adalah bunga cinta hatiku
engkaulah penawar duka laraku
tapi aku dapat result dan aku tak dapat masuk form 6 sebab tak cukup gruping tapi aku lulus. apalah nasib...aku pun start kerja tolong Murad bisnes burger. Murad pun cakap setakat makan burger dia boleh lah bagi tapi nak bagi duit dia tak mampu. okey je sebab aku kerja jual jambu belah malam sampai pagi. kat gerai jambu jalan Sungkai. aku kerja dengann Murad start asar pukul 5 dan habis pukul 10 malam. lepas tu aku jual jambu dari pukul 1 malam sampai pukul 6 pagi. masa ni aku terjumpa Oikuan balik sebab dia selalu balik dari sekolah dan singgah kat gerai burger nak beli burger.so, aku pun cuba bebbaik dengan dia. dia macam tak ingat pun pasal surat aku.memang Nazri kelepet aku lah masa tu tapi aku tak tahu.
Oikuan ternyata seorang gadis yang baik bila dia layan aku macam kawan. dia bagi number telefon dan aku selalu call dia. hubungan aku dan Oikuan hanya sebagai kawan tapi Oikuan memang baik hati.hubunga aku dan Oikuan macam direstui oleh familynya bila mereka amat sportin sekali bila aku call.hehehehe...jadilah walau hanya sebagai kawan pun okey je.

aku bertemu aku
di hujung dunia 
rinduku menyepi sendiri
sinar mentari membakar diri
ku kekosongan tika memimpin diri ini
menunggu sinar menyuluh jalan hilang....

aku dah rasa semua yang aku buat ni tak betul. aku kena buat sesuatu dalam hidup aku. takkan aku nak kerja kat kampung aje. nak continue study tak dapat. so aku pun beazam nak ke KL merantau. mungkin aku boleh mencuba nasib kat KL. inilah langkah pertama aku ke KL. dan aku nak try cari kerja kat PJ area rumah mak saudara aku. selepas mengumpul duit sedikit maka aku pun merantau ke KL.  aku tinggalkan Oikuan dan kampung.

windflowers - takdir


suratan takdir...
usahlah ku disalahkan terjadinya perpisahan ini 
itu suratan takdir
tak terlintas dihati ini untuk aku jatuh cinta lagi
tapi takdir menentukan...
 
kalau penggal pertama aku frust dengan awek Trolak Sungkai tu...takde khabar berita dah. sebenarnya aku kena kelepet dengan Zaidie je. adake suka suka cakap dan tuduh orang itu ini. kalau tak betul takkan ke berdosa? sama macam Ai yang tak bagi aku kawan dengan Lela yang satu classmate masa menengah rendah dulu. tengok gaya Lela tu memang lah dia dressing daring pakai skirt nampak peha tak sama macam dulu bertudung labuh...macam cultural shock. aku heran jugak ramai sangat budak sekolah yang masa form  4 dulu pindah sekolah ke KL ke mana mana tapi bila form 5 datang balik sekolah lama? apasal tak tahulah...

percintaanku...
alam yang sunyi sepi bagaikan memahami
tak perlu dikesalkan tak perlu ditangiskan 
setelah aku tiada lagi....

aku lupakan pasal awek ...so aku pun  tumpukan perhatian aku pada periksa SPM aku yag bakal menjelang. aku taklah pandai sangat dan taklah bodoh sangat. aku percaya walau tak cemerlang tapi aku rasa aku confirmed lulus, dan target aku cuma nak naik form 6 aje. aku cuma fokus kat sabjek yang aku strong macam BM, BI, AGAMA, LUKISAN, GEOGRAFI dan SEJARAH kalau aku score sabjek ni aku rasa takde masalah aku naik form 6.

luka lagi...
telah ku katakan kasih ku insan biasa
tiada punyai harta mengapa kau masih bersandiwara jua
tentang cinta
selama ini kau berpura ku sangka kau setia
ohhh ohhh 
luka lagiiii....

entah macam mana aku terikut style kawan aku Murad atau nama samaran dia The Great. Murad ni ada kenal sorang amoi cina kat luar. aku tak tahu macam mana dia boleh kenal. dia pun tak cerita sangat. lastnya dia suruh aku dan Nazri bagi buku autobiografi dia kat amoi tu. aku pun ikutlah Nazri petang tu . sebab aku selalu lepak kat rumah Nazri dengan Madi.so petang tu aku berjumpa dengan Oikuan. amoi baru Murad. Muad ni pelik taste dia amoi pulak. masa kat sekolah ada amoi tu nama Waiching tak layan dia. so dia pun cari amoi baru. 

tapi aku terkejut dengan amoi baru Murad ni sebab aku memang kenal dia dari kecik lagi...aku pun jatuh hati kat amoi ni walau dia tak berapa kenal aku. cuma dia kata aku duduk kampung sama dengan dia. aku balik rumah aje aku cerita kat Nazri aku dah jatuh hati kat amoi tu.Nazrisuruh aku buat surat bagi amoi tu. aku pun bagi surat suruh Nazri pass kat dia. 

pasti...
ketika itu ku terlena bersama arus ombak luka 
tidak ku sedar kau berpura menyintai diriku
kiranya sudah ditakdirkan
ku kecewa dalam percintaan
apakah ini yang kau mahu
kita berpisah 

aku pun tunggulah amoi tu balas surat aku. lastnya aku Nazri bagi tahu amoi tu takkan balas surat aku. dah bertahn tahun malah berpuluh taun baru aku tahu Nazri kelepet aku. sebenarnya Nazri tak bagi pun surat aku kat Oikuan sebab apa? sebab Nazri pun minat kat Oikuan rupanya..so, aku pun sedih lagi bila rasa kena reject macam tu aku pun layan frust walaupun Oikuan tak tahu pun aku frust kat dia. ni semua gara gara Nazri. sampai hati Nazri permainkan aku yang tak pernah ada awek ni. aku pun frust sampai Sham dan Murad yang lepak kat rumah Nazri pun kesian kat aku. Alaa....Mi...nanti lepas  SPM nanti kau carilah awek mesti dapat yang lagi cunnn punya kata diorang.

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)