Sunday 18 April 2021

wild world - puas sudah bertanam padi


hati makin hancur luluh bila mak aku asyik cakap supaya aku kuatkan hati dan kuatkan semangat bila lamaran aku atau hasrat hati aku di tolak mentah mentah oleh maksu Minah dan acu Nor. sedangkan aku sejak malam mak aku call bagi tahu resultnya pun memang aku dah takde semangat dah dan dah luruh segala jiwa aku...so, bila mak aku call aku aje kemudian aku mengelak nak cakap dengan mak aku sebab takde apa yang mak aku boleh buat sebab dah semuanya dah jelas . maksu Minah tak terima aku jadi adik iparnya. dia tak terima sebab aku bukan orang kaya. sangat jelas walau dia kata dia tak boleh buat apa sebab itu rancangan keluarga dia di kampung. so semua harapan aku hancur berderai bagai kaca terhempas ke batu. hati aku pun dah hancur berkecai masa tu...

setelah dapat jawapan reject yang sangat power punya dan lamaran aku ditolak mentah mentah...

"cari ajelah orang lain..🥺"

maksudnya aku kena reject sebab aku bukan orang kaya...aku kena reject sebab aku takde harta...aku kena reject sebab aku takde kereta..aku kena reject sebab aku motor pun takde...aku kena reject sebab aku punya kerja pun setakat kerani saja...gaji pun tak cecah seribu masa tu...bila aku sedar akan diri aku ni hina di mata diorang. dan diorang anggap aku tak sepadan dengan Jannah.

maka aku pun bawak diri aku jauh jauh ..aku jauhkan diri aku dari semuanya orang. aku dah patah hati. sampai dengan mak aku sendiri pun aku tak nak cakap dah...aku betul betul sedih  ...apa yang mak aku nak cakap dengan aku lagi? semuanya dah takde makna lagi dah..biarlah aku pujuk hati aku sendiri ..dikenang jangan disebut pun jangan...

...takpe biar aku ubati luka hati ni sendiri . tak payahlah aku dengar mak aku bercerita pasal orang yang dah menghancurkan hati dan harapan hidup aku tu. kalau di kenang dan di ingat lagi perasaan aku  akan sedih dan hanay tambah luka pedih terhiris. biarlah dia dengan hidup dia ..nanti pandai pandailah aku ubati luka hatiku sendiri walaupun semua ni aku tak dengar dari mulut dia sendiri...tapi jawapan maksu Minah dan acu Nor memang pedih dan perit untuk aku terima...

"carilah orang lain.." cakap maksu Minah

"suruh Mat cari orang lain aje" tambah acu Nor

means...go find another girl ...find another girl where ever you want because this girl is not for you...🥺🥺🥺  even if this girl want you but the family don't want you...the family want a rich man not like you...even she loves you ..you must know that the family wants rich man who have everything to be the husband. a car a house a good job... and you? you dont have any of those and you not rich...you don't have car ..you dont have house...you must know that her future husband have a good job.  he work at TUDM  Penang 🥺🥺

kan dah clear semuanya? kalau macam tu kalahlah aku berbanding bakal suami dia tu..kerja kat  TUDM tu Pilot ke ? 🥺🥺🥺  itu yang buat hati aku hancur luluh dahlah kena reject lepas tu nak cerita pulak akan kehebatan bakal suami dia tu..sikit pun tak nak jaga hati aku dan mak aku aku...kalau nak reject tak payahlah nak menghina aku dan keluarga aku secara halus macam tu...aku tahulah aku orang miskin aku tahulah aku orang susah. 

tu yang buat aku merajuk sangat tu walau aku sayang sangat dia melebihi aku sayang apa apa dalam dunia ni...tapi aku masih ada harga diri ...kalau aku dah kena reject sampai dihina sehalus macam tu... memang aku akan batalkan semua niat hati aku...aku lupakan saja semua hajat hati aku tu...perjuangan aku beradu dengan suratan aku selama ni sia sia aje...susah payah aku kumpul duit nak halalkan dia jadi milik aku yang sah..dia dan keluargadia boleh tolak macam tu aje...

takpe...biarlah aku menderita sengsara ...takpe biarlah aku kecewa...aku tahu aku akan kecewa dan hidup menderita kehilangan dia..biarlah...cuma janganlah permainkan maruah dan air muka orang... demi maruah aku akan lupakan dia...demi maruah keluarga aku ...demi maruah aku..aku akan lupakan saja hajat aku nak memperisterikan dia yang sejak dari aku mula kenal dia lagi ....sudah takde jodoh aku dan dia...

namun aku masih ada maruah diri ...walau aku tahu hidup aku akan kecewa merana jiwa aku terseksa...dan menderita jika dia dimiliki orang lain...takpelah...aku terima suratan takdir...demi maruah diri aku takkan meminta belas dan simpati...biarlah aku hidup kecewa tunggang terbalik dunia aku...takpe akan aku hadapi semuanya...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)