sebagaimana macam movie Joker...movie ni pun susah nak review sebab sangat berEMOSI movie ni walau hanya dongeng Disney. Disney sudah meletakkan produknya sebaris dan sama level dengan movie superhero Marvel atau DC.
Angelina Jolie memang memberikan lakonan yang PADU dalam movie ini tidak boleh di sangkal lagi beliau lah yang menghidupkan movie ini seolah olah kisah nyata dan bukan dongeng Inggeris.
Maleficent 2 - Mistress Of Evil 2019 ini kesinambungan dari Maleficent 1 yang di filemkan pada tahun 2014. aku rasa sama aje padunya 2 movie ni.
macam aku tulis kat atas tu...sekarang ni mungkin Hollywood suka mengalihan pemikiran kita bahawa orang yang jahat atau yang kita anggap jahat tu sebenarnya bukanlah seperti apa yang kita sangka. bermula dengan movie Joker kita berfikir kenapa Joker jadi jahat dan kita dapat jawapannya. dan dalam filem ni pun di ceritakan kenapa Maleficent jadi jahat dan kita temui jawapannya dalam filem ini.
aku bagi 100 bintang ajelah rate movie ni sebab tak lah se DARK movie Joker tu...masih ada lagi unsur kemanusiaan walau wataknya utamanya Angelina Jolie tu Dark Fey atau Pari Pari Jahat bukan manusia.
No comments:
Post a Comment