Sunday 1 August 2021

retro - crossroads



maksudnya kalau satu artikel tu nama crossroad dia macam menyeberangi atau menempohi satu fasa baru dalam kehidupannya atau nak buat pembaharuan.

setelah kecewa sebab tak dapat masuk form six dan nak merayu pulak takde pun YB nak tolong...maka aku pun bergerak ke kotaraya mencuba nasib dikota. walaupun masa tu apa experience pun takde. umpama memperjudikan nasib...untung sabut timbul untung batu tenggelam . aku follow je bila kawan ajak kerja kat satu company security guard Mahmood Security beribu pejabat di Kampung Attap KL. bersama aku Sham kawan satu kampung dan seorang lagi aku tak ingat namanya. 

kat kampung mungkin aku boleh tolong kawan jual burger...jadi waiter gerai satay..kerja kebun ubi kayu. jual buah jambu malam malam kat gerai jambu. tapi sampai bila. keputusan SPM aku okey tapi entah macam mana aku tercicir dari masuk form six. sedangkan orang lain punya result lagi teruk boleh masuk form six. nak masuk sekolah swasta no problem tapi kena sediakan duitlah. 

dengan berbekalkan duit hanya rm50 aje aku ikut satu Van ke KL dan kitorang duduk kat hostel di Brickfields. semua kat hostel tu kabanyakannya arm guard. iaitu pengawal bersenjata. sedangkan kitorang baru sangat sehari memang tak merasalah bilik cuma tidur kat luar aje. batch aku ada 5 orang baru 3 orang dari kampung aku dan  2 orang dari Trolak tapi baru 3 hari tinggal kami 3 orang aje..aku , Sham dan nama dia Joey. 

aku pulak first day aku jaga post stesen minyak Petronas kat Bangsar. entah kenapa aku boleh balik rumah. mana ada kerja guard macam tu hahahaha....so esoknya aku kena tukar post kat tempat lain di PJ. tapi kawan aku pulak kena jaga post situ nama Joey. kawan aku sorang lagi kena jaga post kat rumah mayat di KKM KL dah macam pendekar Bujang Lapok pulak kitorang bertiga hahaha...cobaaaaannn

masa aku baru baru kerja kat PJ tu aku belajarlah naik bas mini first time. aku naik dari Bangsar dan tekan loceng dia berhenti masa lampu merah. aku turun lepas tu aku pandang kiri kanan bukan tempat kerja aku aku naik balik. hahahaha...memang kampung betul aku masa tu. 

aku kerja post guard depan sekolah pompuan kat PJ sekolah Sri Aman rasanya . budak sekolah pompuan asyik jeling aje ..iyalah aku pun baru je habis sekolah apa beza aku dengan diorang. ada sorang tu staff receptionist nama Sherona. nama pun omputieh so mestilah amoi kan. aku memang suka kawan amoi masa tu. gf aku kat kampung pun amoi. 

sebab aku guard aku jagalah amoi tu kalau dia balik lambat ke...amoi tu pun aku rasa tahu aku suka kat dia. dia selalu belikan aku air teh kat kantin. kerja okey kalau aku takde duit ada dua orang staff lelaki situ bagi aku pinjam duit. kesian kot diorang tengok aku. 

kerja okey...aku pun rasa okey kat situ...cuma yang tak okey big boss dia dalam tu. terlampau poyo. kalau sekali aku tak tabik masa dia masuk kilang tu. (kilang kodak) dia dia boleh call supervisor aku dan report aku tak tabik kat dia. poyo sungguh. bukan dia boss aku aku nak tabik sangat. aku baut dek ajelah sebab aku punya supervisor pun kata itu bukan masalah you.

tapi lastnya supervisor aku pulak meninggal dunia sebab apa entah so aku takde supervisor. aku kerja on duty sampai berhari hari takde guard tukar. cukup sampai 2 minggu aku komplen kat ofis. tapi ofis masih tak hantar guardganti aku. aku berkampung kat post tu. aku makan tidur semua kat situ menunggu orang ganti aku. 

masa tu apa sangat aku tahu pasal Labour Law semua ni. abang guard post belakang suruh aku report kat Labour Office.  aku mana tahu apa apa...lastnya satu malam tu entah macam mana boss kat dalam tu datang balik dari Genting singgah nak bagi aku buah tangan. aku bantai tidur malam tu. dia ketuk post guard nampak aku tidur. lastnya dia tanya kenapa tidur. aku cakap aku dah 2 minggu kat situ takde gauard ganti. so boss tu call ofis aku dan tanya. lepas tu datang 2 orang security officer dan suruh aku balik malam tu jugak dan ambik cuti sehari. dan bagi duit suruh aku makan .

baru diorang tahu kat guard ada masalah. takde sapa nak ganti so sejak tu ada dah orang ganti shift. aku pulak masa tu dah malas nak duduk hostel sebab bosan. so aku menumpang rumah mak saudara. memang sihatlah duduk rumah mak saudara makan minum cukup tidur cukup. cuma hulurlah seketul dua kan...duit air dan duit letrik. barang dapur tak cukupita belikan. itu Joey yang ajar aku kalau menumpang rumah saudara.

tak lama jugak aku kerja entah sebab apa aku rasa nak berhenti aje. mungkin sebab kerja tu tak sesuai dengan aku. dan Sherona pun dah berhenti sebab sambung belajar. kawan aku kat dalam packing tu pun dah berhenti. so aku rasa takde kawan dah kat sit ..itu sebab aku nak berhenti. dapat gaji aje aku pun balik kampung tanpa bagi notis berhenti. aku pun lepak kat kampung. takde siapa pun kat kampung. kawan kawan semua takde. ada pun hanya terjumpa sorang kawan nama Bidin.

aku rileks dulu...nanti tahun depan aku ke KL lagi...kali ni lepak dengan sepupu aku kat Keramat pulak dia kata ada kerj Hotel pulak. tengoklah macam mana kan...



 



Saturday 17 July 2021

lonely planet - infatuation


masa kita berkawan atau ada hubngan dengan awek kita kadang kadang kita akan berjauhan sekejap samada kita nak mencari duit untuk belanja perkahwinan ke apa ke...so dalam tempoh berjauhan macam tu kita akan terjumpa dengan awek yang sama seiras macam awek kita. kita cuba menolak untuk tak terbawa bawa. tapi kalau kita dah break ke atau putus ke...takde hubungan apa salahnya kan...aku  ada jugak jumpa awek yang  sama atau seiras macam awek aku tu. ada yang lagi cun pun ada..tapi hati aku tetap setia tetaplah satu kat awek aku sampailah dia berkahwin tapi bukan dengan aku...

Jannah awek siam - masa tinggal menumpang kat rumah mak saudara masa ni aku takde hati pun kat awek aku tu. adalah sekali aku jumpa dia kat rumah masa aku minta tolong nak masuk form six kat abang ipar dia yang kerja dengan DO. so Jannah ni memang sebiji macam dia. umur nya susuk tubuhnya...dia ni ada hati kat aku tapi dia nak bagi tahu tu aku memang tak faham...dia cakap kat aku "jangan ambil sisa orang" masa dia baru lepas sembang dengan gf amoi aku kat dalam telefon.

kak noa - masa menumpang kat rumah ipar duai Nazri di Ipoh ada seorang perempaun sebaya kitorang atau mungkin dia tua setahun dari kitorang. dia ni aku tak tahu apa kes. tapi dia boleh bagi aku baju t-shirt dia yang dia pakai semalam. aku hairan kenapa.aku tak sempat tanya. dan memang aku pelik. sedangkan dia dengan Nazri macam nak bagi aku jeles bila jalan pegang pegang tapi baju tshirt yang masih ada bau dia bagi kat aku.

siti zubaidah - masa kerja kat Carsem Aerodrome..masa ni aku tengah jiwa kacau sebab ada masalah dan dia tiba tiba sampai dari kampung masuk batch baru kat kilang tu. dia ingat aku dah lama kerja lepas tu aku try ngurat dia macam layan tak layan je. aku rasa dia tak suka aku tapi sejak aku tak cari dia lagi dia punya melawa dan melaram tu tak ingat.

zaharah anak saudara kak jimah - dia ni aku jumpa masa aku menumpang rumah kakak sulung aku setelah aku d halau keluar rumah oleh ayah aku. dia kerja kat gerai mak saudara dia kak jimah. aku selalu lepak kat luar masa malam malam dan dia selalu balik dalam pukul 11 macam tu. selalu jugak aku tegur dia. yang hairan nya orang lain budak bujang tegur dia tak layan tapi aku tegur dia layan.

awek ofis seksyen 14 - aku tak kenal tapi selau naik bas sama dengan dia dan Suhaili. follow je dari belakang. aku nampak dia sembang dengan Suhaili. sampai satu hari aku cakap aku nak hentak Suhaili kat member aku di dept radio sebab aku jeles. Suhaili masa dah kawan dengan aku boleh tanya pulak pasal tu kat aku. hahaha...aku pun terus terang lah kat Suhaili.

awek hotel Regent KL - ni meang sebiji muka awek aku aku jumpa masa aku lepak rumah Nazri kat Keramat tahun 1993. aku jumpa sekali je. aku nyesal kenapalah aku tak turun sekali dengan dia dan tanya nama dia atau number telefon dia. kalau dia tak bagi takpe. aalkan aku tanya sudah.

awek PJ state - dia n aku tak ingat sangat tapi setahu ak aku jumpa masa aku dan Maisham nephew abang ipar aku. cari kerja dan maisham balik tinggallah aku kat PJ State tu. aku follow ajelah aku tahu dia kerja mana. tapi tak jumpa dah lagi lepas tu. 

lela asmuni - awek akedemi Saga - shah alam - kenal sekejap aje masa aku ke Proton ambik cheque gaji lama. dan aku satu bas nak cashkan cheque tu kat PKNS shah alam. dia macam tak biasa dengan KL dan aku tolong dia buat akaun Maybank. aku ajak minum dan lastnya dia setuju lepak kat tasik dengan aku. dia memang innocent dan baru datng dari kampung kalaulah aku masa tu playboy..haisshhh...

razlyn - awek EDP the Star dia ni aku tengok masa aku masuk dept EDP. dan masa makan tengahari kat kafe ofis. dia makan sorang sorang. aku dudk sini dia duduk sana . kitorang sama sama pandang memandang. aku tengok dia cantik sama macam awek lama aku. aku tak berani sebab aku rasa manalah dia pandang kat aku. lastnya baru aku tahu dia ada masalah pertuturan dan kaki sebelah dia kecil. aku sedih sebab aku dah suka kat dia..lasyna aku bagi dia kad hai raya aje. dan akhirnya ku dapat tahu dia ni anak orang kaya sebab masa balik kerja tu ada kereta Mercedes ambik dia.

 


Thursday 8 July 2021

lonely planet - love of a life time

 

 

masa ni aku baru je balik dari Kajang. aku berhenti kerja Kajang. duduk lepak rumah abang Nazri kat Keramat. ingat nak try mintak kerja kat kilang Texas nama dia. tapi dari hari ke sehari aku hanya lepak dengan Nazri aje. Nazri masa tu aku tak tahu dia buat apa. nak kata kerja macam tak kerja nak kat study macam tak study.dia menumpang rumah abang dia. satu bilik mahjong dia lepak situ. aku pun bila dah berenti kerja kilang kat Kajang tu aku lepak dengan dia. sebelum ni Madi lepak dengan dia lepas tu Madi balik kampung. mungkin Madi tak tahan lepak dengan dia. 

aku pulak terpaksa berhenti sebab aku terkena buatan orang. aku batuk berdarah aje tapi pegi jumpa doktor dia kata aku okey. so aku pun berubat kat kampung.lepas berubat tu lah aku dah tak nak kerja situ lagi. aku pun dah jumpa imam masjid Kajang tu masa tu ustaz Harun Din..dia yang bagi air penawar kat aku. tu yang aku lepak dengan Nazri.

sekejap aje aku lepak tu lepas tu nak raya aku pun balik kampung. Nazri rupanya kerja wiatress akt disco. aku sempatlah pergi tempat kerja dia. ada sorang tu nama Liza gro situ minat kat aku. tapi aku masa tu manalah tahu pasal cinta. pasal awek...aku tahu aku syok kat Oikuan aje. sedangkan Oikuan pun tak layan aku sangat. so masa ni aku dengan Oikuan dah macam nak putus aje sebab dia pernah cakap nak buat apa ambik tah pasal aku sebab hubungan sekadar kawan. dan kakak aku pun bagi tahu Oikuan pernah datang klinik dengan seorang boyfriend cina dia. sebab dia patah kaki. so, aku tahulah aku siapa pada Oikuan dan memang hubungan dua bangsa ni takkan sampai ke mana kecuali aku ni anak orang kaya.

so, masa hari raya haji tu aku pergi rumah Oikuan dan pulangkan balik gambar Oikuan. memang Oikuan pun tak tahu nak cakap apa masa tu. aku cakap kat dia aku takkan ganggu dia lagi. tapi yang herannya Oikuan selalu sangat tanya pasal aku kat kakak aku lepas tu. dan bila nazri call dia pun Oikuan selalu tanya pasal aku. hahaha...mungkin dia rindu kat aku. entahlah...

so, bila aku balik kampung aku pun lepak dengan Nasri Yahya pulak. Nasri pulak kutuk aku sebab aku kerja KL ke mana ke takde perubahan. terasa aku lepas tu aku tak join dia dah. aku lepak rumah aje kalau tak aku kerja dengan Nasri kat gerai jambu malam malam. aku join anak saudara aku pulak. dan aku kerja security kat kilang kelapa sawit. aku masa tu memang takde transport. selalulah pinjam basikal jiran belakang rumah. lastnya dia tak bagi pinjam so aku terpaksa jalan kaki pergi kerja dan balik kerja.bla kau balik kerja subuh aje aku ikut lorong tepi tepi rumah orang. so, satu hari ada jiran tanya aku sebab rumah diorang ada orang mengendap dan orang mengendap tu lari ke arah rumah aku.

perghhh...satu tuduhan kat aku. aku sabar aje.yang tuduh aku tu pulak jiran yang se dari kecik kenal aku macam mana. aku memang tak pernahlah nak buat kerja macam tu. dan aku boleh agak siapa muka muka yang mengendap dalam kampung tu.tapi nak buat macam mana sekitar rumah aku tu semua orang bujangnya kerja bank cuma aku aje kerja security guard.

nak jadi cerita lastnnya anak jiran yang tuduh aku tu kena tangkapmengendap. ha tu lah pasal tuduh orang lagi . dia punya malu kat mak aku dia mengadu sampai nangis nangis kat mak aku minta maaf. yang kena tuduh aku tapi dia segan kat mak aku. aku pulak senyum aje kalau terserempak dengan dia. 

memanglah rumah dekat, adik dia pun cantik..aku pernahlah jatuh hati kat adik dia . tapi masa tu adik dia tu masih style budak hingusan. so, aku tak ambik pot sangat. lastnya adik dia menjelma masa hantar kuih bangkit yang mak aku order. tapi masa tu aku tengah layan frust dengan Oikuan. aku tak peduli sangat kat awek tu nama Jannah. memang tahun 1990 dia masih gadis mentah tak tahu pasal perasaan.  tapi bila dah masuk tahun 1991 aku tengok dia ada perubahan tapi aku tahan perasaan aku sebab aku tahu masa tu dia nak ambik SRP. takkan aku nak kacau dia kan. dia masa ni tinggal sorang je sebab kakak dia yang nama Yati sebaya aku tu dah kahwin. sampai dia boleh tanya kat mak aku..

"kak Yati dah kahwin ni dia tak apa ka?"

pelik jugak kan...apsala dia tnaya macam tu? padahal aku dan Yati hanya kawan yang kenal sebab jiran aje. memang Yati baik sebab Yati yang suruh aku kawan dengan dia. tapi takkan lah aku frust Yati kahwin hahahaha...aku ada hati kat dia tapi aku sabar dulu...aku tunggu masa sesuai nak bagi tahu dia...tunggulah nanti Jannah...

 


Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)