Thursday 25 April 2019

review movie - Avengers Endgame


aku berpeluang tengok movie yang ditunggu tunggu ni pagi tadi pukul 10 lepas minum pagi kat restoran Rejab Maju lepas tu dalam pukul 10 aku  masuk kat Klang Parade...tanya tiket Avengers : Endgame kat kaunter tu...lepas tu beli popcorn dan air mineral...pergghhh lama tu 3 jam durasinya...

first aku masuk je dah part scene Ironman @ Tony Stark kat dalam kapal angkasa dengan Nebula anak Thanos. terkandas di angkasa dan tak dapat balik ke bumi pada hari yang ke 22 ...Tony Stark menghantar mesej kepada Pepper Pots melalui perakam di topeng muka Black Panther ...so, bermula cerita cerita sedih Tony Stark punya detail dia cerita pasal kekecewaan sebab Avengers kalah dengan Thanos dan menghapuskan separuh dari kehidupan bumi...

sempat lah tengok ada scene Thanos jalan jalan kat ladang kebun dia petik buah apa entah lepas tu Thanos masak masak pulak...memang lepas Thanos hapuskan penduduk bumi dia pun rilek jadi petani atau pekebun aje. itu je idea dia susah susah nak hapuskan seisi alam atau seisi bumi. apalah bengong Thanos ni.

tapi pada hari ke 23 bila Tony Stark dah nak habis oksigen kat dalam kapal angkasa dia tu...awek lama aku Captain Marvel tetiba aje selamatkan Tony Stark dari angkasa tu bawak ke bumi dan cerita bermula dari situ. awek lama aku CM tak stay lama...iyalah kan nama pun awek lama atau ex. dia pun datang sekejap sekejap aje...dia sibuk dan dah ada life dia sendiri kat galaksi galaksi lain.

tinggal lah berapa kerat aje Avengers yang ada nak berkumpul nak menuntut bela. ntah macam mana diorang tak tahu sampai tetiba aje lagi Antman yang mereka anggap seorang superhero dungu datang kat HQ Avengers dan cakap dia ada cara untuk hidupkan kembali kawan kawan Avengers mereka tu. dengan cara pergi dimensi lain melalui Quantum Realm. dan tukar atau ambik balik batu batu kuasa infiniti dari masa silam iaitu 5 tahun selepas Avengers kalah pada Thanos.

bila Captain America pulak dah ada plan nak dapatkan balik atau mengembalikan kawan kawan Avengers mereka dengan kaedah pergi ke masal silam. tapi Tony Stark pulak keberatan nak join plan diorang sebab Tony Stark dah move on dan tak ingat lagi perkara perkara lama. yang tak boleh move on ialah Thor yang dah boroi sebab asyik minum arak aje kerjanya siang malam.

so bila semua dah berkumpul diorang nekad ambik balik semua batu kuasa infiniti tu dan mengembalikan kawan kawan Avengers mereka. semua da lokasi nak ambik batu batu kuasa infiniti tu. ada 6 biji batu kuasa infiniti rasanya...so ada 3 team lah yang pergi ambik tu. masa nak mengambil batu batu kuasa ni Blackwidow terkorban dan jatuh gaung. so sedihlah Hawkeye sebab kawan atau gelfren dia mati. masa ni aku ambik peluang pergi toilet nak terkencing sebab part dua orang hero Avengers  - Black Widow dan Hawkeye ni taklah best sangat...hahaha...lama sampai dekat 3 jam tu tunggu masa sesuai nak kencing...

bila semua kawan kawan Avengers saudara mara dan segala tok nenek Avengers berjaya dikembalikan bila Hulk memetik jari pakai sarung tangan tiruan Thanos yang dibuat oleh Ironman punya sarungtangan maka mana mana yang jadi debu tu pun berjaya wujud kembali.

tapi entah macam mana Thanos perasan masa Nebula Avengers dan Rhodes - War Machine datang ke planet Morag nak ambik batu kuasa infiniti tu bila sistem saraf Nebula Jahat rosakdan memberi imej rakaman Nebula Avengers yang ada dimasa silam tersebut. Nebula Avengers dan Nebula Jahat pun bertembung. dan Nebula Avengers bersaing dengan Nebula Jahat dari masa silam dan Nebula Avengers kalah dan tingal kat masa silam. Nebula Jahat bertukar tempat dengan Nebula Avengers dan geng Avengers memang tak sedar. lastnya Nebula Jahat  membuka portal masa Quantum Realm dan berjaya membawa Thanos ke dunia masa depan  dan Avengers pun bergaduhlah dengan Thanos second round sebelum ini kat movie Avengers-Infinity Wars . 

dan kehadiran Dr. Strange membuka portal untuk semua hero hero Avengers bertempur dengan tentera Thanos....Black Panther pun bawak bala tentera dia...Loki adik Thor pun bawak bala tentera Assgard dia...Guardian Of Galaxy pun bawak bala tentera dia dan habis semua berperang kat bumi hari tu.

sessi pertarungan antara 3 lawan 1 pun bermula antara Captain America , Thor dan Ironman melawan Thanos...tak jugak kalah kalah Thanos. menyaksikan Captain America yang sepatutnya dalam movie ni... sebagai hero America yang menjadi sekuat Thor bila dia boleh menggunakan tukul besi Mjolnir Thor.

dalam kelam kabut tu semua terkejut bila kapal angkasa Thanos melepaskan tembakan bertubi tubi ke udara..aku dah agak dah kemunculan siapa kalau macam tu... lastnya awek lama aku Captain Marvel datang lagi dan lawan dengan Thanos. kapal angkasa Thanos hancur berkecai dengan kuasa ala Ultraman awek lama aku Captain Marvel ..sedih dan tension Thanos punya muka tengok kapal angkasa dia jahanam....aku ingat Captain Marvel awek lama aku tu boleh menang rupanya kalah bila Thanos gunakan menggenggam batu kuasa infiniti tumbuk dia. dan entah ke mana dia terpelanting pergi ..hahahhaa...

ingatkan dalam ramai ramai tu siapa yang kalahkan Thanos rupanya Ironman jugak yang kalahkan Thanos bila Ironman gunakan semua batu kuasa infiniti dalam suite sarungtangan Ironman . sebelum ni Ironman ada tanya Dr. Strange "boleh ke Avengers menang lawan Thanos " . Dr Strange kata kalau dia bagi tahu result pertempuran  tu spoil lah cerita Avengers...hahahaha...apa yang terjadi takkan terjadi. so, kalau nak tahu cerita Avengers dari mula sampai last tanya kat Dr. Strange lagi senang...dan akhirnya Ironman mati sebab menggunakan kuasa batu infiniti tu...bila Ironman petik jari dia macam Thanos dan Hulk buat. Thanos hapuskan separuh isi bumi. Hulk kembalikan balik separuh isi bumi dan geng Avengers dan lastnya Ironman hapuskan Thanos dan semua bala tentera Thanos.

cerita pun habis kat situ...Ironman mati...Blackwidow mati...Captain America jadi tua sebab dia masa dia pulangkan batu batu kuasa tu di zaman dia  dan stay dan kahwin dengan awek dia dan hanya kembali lepas dia hidup bersama awek dia . itu lah namanya Captain America bersedap sedap kat zaman silam Avengers yang lain terpisat pisat kat masa hadapan.

tq sebab ada masa baca review movie aku ni...pengajaran yang aku dapat dalam movie ni... 
gunakan kekuatan lawan untuk mengalahkan lawan
atau macam prabahasa Yahudi Israel lah
"learn how the enemy thinks and win the games over them"

macam mana pun aku suka sangat watak Carol Danvers @ Captain Marvel awek lama aku tu dua kali tukar fesyen rambut dia dalam movie ni...hahahaha...dan jugak lagu lagu ost - retro sepanjang movie ini sangat menghiburkan. aku memang tak layan semua Marvel Comics superhero movie..aku layan mana sempat je.


muchas gracias
adios amigos

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)