Tuesday 30 April 2019

metamorfosis - dancing hero


habis aje periksa SRP dan kitorang masuk form 4 dalam tahun 1987. aku masuk kelas Sastera. apa ada hal...ramai jugak yang apply sekolah lain sebab tak nak masuk kelas Sastera. mereka punya pemikiran yang anggap kelas Sastera ni macam kelas 2. maksudnya kalau dah habis sekolah nanti tak dapat jadi doktor ,jurutera atau kerja yang best best. apa punya sempitlah pemikiran diorang .setakat baru form 4 bukanlah penentu pada hala tuju yang masih jauh. selepas SRP masih ada lagi SPM, STPM dan kalau dah pandai atau cerdik tak kiralah kelas Sastera atau kelas Sains...semua punya peluang masuk University dan tentukan karier masing masing lepas tu. aku tak kisah masuk kelas Sastera. sebab aku tahu kelas Sastera aku pun kelas pertama menunjukkan pihak sekolah hanya nak wujudkan 2 kelas Sains sahaja dalam satu sessi . itu menunjukkan aku ni ada kelebihan tertentu dan yang aku tahu aku memang score A dalam sabjek Bahasa Inggeris dan Lukisan dan sabjek yang aku minat iaitu Geografi. aku punya minat kat rancangan atau bahan bacaan National Geographic tu... aku menyimpan cita cita nak merentas satu dunia mengembara jadi research pengkaji alam semulajadi

okey tinggalkan sekejap pasal cita cita aku tu. form 4? memang kalau sebut form 4 ialah tahun honeymoon sebab dah penat study untuk first periksa yang besar iaitu SRP. so, masa ni aku dan kawan kawan memang enjoy.SPM pun lambat lagi. dan masa ni ada pulak budak sekolah lain masuk sekolah kitorang macam sekolah jenis kebangsaan cina. memang terasa asimilasi buat first time. kalau sebelum ni kelas kitorang tak Melayu atau India. sekarang dah ada suku kaum lain.

aku pun terasa kejutannya sebab aku tak sangka budak cina perempuan atau lelaki ni amat terbuka. dan suka berkawan. aku mula mengenali diorang sebab kitorang buat sessi suaikenal pergi berkelah kat air terjun. macam cerita filem Hong Kong tahun 80an lebih kurang hahahaha...ada sorang tu nama dia Siewfong..dia ni amoi Sungkai. tapi bukan jauh sangat pun rumah dia.sempadan Bidor aje. dia ni punya baik dengan aku. dia first amoi yang approach aku.so sebelum aku kawan dengan Oikuan aku lebih dahulu kenal Siewfong.Siewfong ni macam amoi lain. sweet, kurus slim, rambut lurus dressing skirt aje.diorang banyak tiru fesyen artist Hong Kong atau Jepun. sampai aku yang tak tahu apa apa pasal muzik atau artist diorang boleh tahu dan dengar lagu diorang.


lagu first yang aku dengar ialah lagu Priscilla Chan iaitu lagu saduran dari lagu artist Jepun - Yoko Onigome. tajuk lagu Dancing Hero tahun 1986. gilerrr...sampai aku boleh dengar lagu cina....kawan aku Nazri pun terkejut bila dia sesekali balik kampung dari asrama dia kat sekolah tinggi Kajang. dia kata aku dah bertukar jadi Mat Diskang. itu gelaran pada budak yang suka tiru style cina pakai seluar carrot dan pakai gel rambut banyak banyak . style aku memang berubah masa ni. ye lah kawan pun dah ramai amoi aje berbanding awek Melayu.


lagu Priscilla Chan ni aku tanyalah maksudnya kat Siewfong. Siewfong cakap lagu ni macam lagu untuk boyfren & girlfren .contoh maksud liriknya -

nak keluar jalan jalan tak dengan saya?
nak menari tak dengan saya?
nak menyanyi tak dengan saya?
nak peluk saya tak 
nak cium saya tak...
cium saya lagi
cium saya lagi...

hahaha..apa punya lirik lah macam tu kan...tapi lagu dia memang sedaplah. muzik rancak joget joget...selain lagu ni aku start dengarlagu pop J pop dan Canton pop yang lain.kumpulan yang lain aku minat macam Anzen Chitai dari Jepun.lama jgak setahun aku layan lagu diorang ni. tapi akhirnya nasib baik Nazri sempat selamatkan aku dari terus hanyut jadi Mat Diskang ni. bila Nazri balik tukar sekolah masa form 5 dan bawak pengaruh rockers yang kuat dari sekolah Tinggi Kajang dia... aku tak dapat bayangkan aku terus jadi peminat Canton Pop.

kalau jadi style omputeh takpelah jugak ni Canton pop...adoiiii.....hancussss...hahahaha...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)