Tuesday 30 April 2019

metamorfosis - kemarau kasih


selepas aku berkelana kerja kilang Chungwah Picures Tube di Shah Alam dekat dengan kilang Carlsberg Batu 3 tu. aku kena demam panas. tengokkk...laju aje aku menaip kalau kisah ni berdasarkan dari kisah benar kannnn...aku berkelana dari kampung untuk ke sekian kalinya dalam tahun 1993 lepas kakak aku yang no. 2 tu kahwin orang Tapah Road yang bermastautin kat PJ Oldtown.
aku berkelana sebab aku ada konflik dengan ayah aku sebab masa kakak aku kahwin tu ayah aku depression sebab dah takde punca pendapatan iaitu kakak aku yang kerja pembantu klinik.

lepas kakak aku kahwin nasib aku baik dapat kerja kat Shah Alam bila interview kat dewan dengan Hairil. so, aku pun bawak nasib diri aku kat kilang tu.shift malam pertama aje aku pecahkan 3 tube TV masa loading sebab aku takde speck. speck aku patah masa kat kampung. so, pandangan aku memang kurang jelas lah .  aku kena bayar untuk gantilah berapa tube yang aku pecahkan tu. aku kerja kat kilang tu pun nasib baik ada kupon makan. nak harap duit aku ada berapa sangat tak sampai rm100 dalam poket, aku pulun kerja siang malam sebab nak kumpul duit. ada overtime aku sapu je...

lastnya aku kena demam panas...badan akuu rasa lembik selembiknya. aku rasa macam nak masuk hospital aje..aku mengadu nasib ke rumah mak saudara aku kat Sea Park PJ. kat mana lagi aku nak mengadu nasib. so, aku berehat kat situ lepas dapat MC 3 hari.selepas dah seminggu baru aku rasa sihat betul so, aku memang dah tak kerja lagi lah kat kilang tu bila tak datang kerja sampai seminggu berturut turut . mak saudara aku dan sepupu aku baik betul dengan aku jaga aku makan minum aku masa tu. Ijot sepupu aku selalu belikan aku sup ekor untuk bagi aku sihat.

lepas aku sihat aku pun lepak ikut diorang kat rumah kak Lin di hulu langat. boleh mandi sungai kat sana . nasib baik aku tak lemas betul betul hari tu hari jadi aku. so, aku bila dah sihat aku try lah cari kerja. sementara takde kerja aku tolong Ijot bisnes burger. Ijot dan kawan sekolah pondoknya ramai. semua jadi kawan aku dorang panggil aku Amek.sebab adik beradik Ijot sepupu aku ada nama Amat.

dan antara ramai ramai tu ada jugak yang jatuh hati kat sepupu perempuan aku nama Linda. Linda ni macam awek arab sebab entah dari mana dia dapat genes arab tu tak tahu lah. mata bundar hidung mancung, kulit putih melepak. tentulah orang minat. aku nak minat kat dia tu entah lah tapi memang lah dia cantik sebab masa dia belajar sekolah agama kat kampung dulu Ustaz sekoah agama tu kontrol dia sampai datang rumah aku nak jemput dia balik sekolah.

lagi satu kak azah kakak sulung diorang macam dah sound kat aku tak elok kahwin saudara. entah apa apa kak azah tu. dulu masa Zila sepupu aku sebaya tu pun dia sound macam tu jugak. aku takdelah nak sangat kahwin saudara tapi kalau dah jodoh takkan nak tolak kan? Zila tu kakak atas Ijot. sama umur dengan aku masa tu dia macam nak bagi klue dia minat kat aku masa suruh belanja KFC. masa aku tumpang rumah mak  saudara aku tahun 1990. antara Linda dan Zila aku suka Zila lagi sebab Zila solid. Zila pun pernah tanya kat aku. suka tak perempuan badan besar macam dia? masa dia tanya tu aku tak de terfikir apa apa so aku cakaplah ..aku memang suka awek solid macam dia...rupanya pertanyaan tu ada maksud rupanya.


so, aku trylah cari kerja kat PJ SS 2 sebab area tu banyak ofis dan kilang. lastnya rezeki aku dapat kerja Storekeeper kat Georgetown Pharmacy. kerja aku okey je kat situ. semua staff suka aku kecuali supervisor Melayu nama Halim. aku pun hairan kenapa dia macam nak cari masalah je dengan aku. mungkin dia jeles sebab dari boss ke promoter, cashier dan detective semua suka aku dan boleh join aku. geng dia cuma second supervisor sekor tu je. ada jugak dia suruh aku buat overtime. aku cakap kat dia aku kerja store aje takde kena mengena dengan kerja salesman kat depan. tu yang dia marah sangat dengan aku tu.dia marah aku sebab dia kat aku koyak tag aku sound dia balik takde masa aku nak koyak tag harga barang tu. tu bukan kerja aku pun.

bila aku rasa dah okey aku pun selalu lepak kat rumah kakak aku kat PJ Oldtown tu. bila dah ada duit sikit aku pun cari kawan aku Nazri aku dapat tahu dia kat duduk Keramat KL. Aku pun lepak dengan dia dan enjoy duit gaji sampai aku keputusan duit awa bulan. dulu memang takde enjoy so bila dah pandai enjoy lingkuplah duit gaji. nak kerja pun dah mula malas bila duit tak cukup. aku asyik ponteng aje kalau aku lepak rumah Nazri hari minggu hari Isnin aku mesti ponteng.

perasaan nak kerja dah takde. dah malas...kat rumah mak saudara pun aku ada masalah dengan Nizam. entah apa angin dia.macam sentap aje. aku pun jadi tak tentu haluan. sekejap rumah Nazri sekejap rumah kakak aku. lastnya kakak aku suruh aku balik kampung aga mak dan ayah. aku pun rasa macam tu sampai bila aku nak konfli dengan ayah aku. dia tetap ayah aku walau apapun yang terjadi.

so, masa hari raya aku pun balik kampung dan aku ambik keputusan untuk duduk kampung dan cari kerja kampung saja...masa balik kampung raya tu aku terserempak dengan Maznah sebelum hari raya masa lepak kat titi depan rumah. dia memang buat tak nampak aje kat aku. sedih jugak...entah entah dia tak kenal aku lagi yang sebijik macam apek jual sayur. kurus kering dan berbeza dari masa dia kenal dulu.mungkin dia dah lupa kat aku sebab aku yang menyepikan diri bersama cinta yang hancur.

so, aku pun berazam akan tolong family aku kali ni. walaupun kasih dan cinta aku di landa kemarau.





.




No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)