Saturday 23 May 2020

retro - 1985 pesona Karate Kid...


dua tahun ni 1984 dan 1992 aku rasa masa ni aku hensem sebab maa ni ramai awek minat kat aku..tak tipi sebab ada sejarahanya..read onnn...takpelah aku cerita tahun 1984 sudah..sebab cerita tahun 1992 tu dah banyak sangat aku cerita..kalau tahun 1984 aku punya pesona macam Ralp[h Machio dan kalau tahun 1992 pesona aku macam Luke Perry - Baverly Hills tu...atau macam Azhar Sulaiman filem Abang 92...

1984 - masa ni aku baru form 2 kat sekolah. berbanding masa aku baru form 1 aku meang macam budak budak sangat. nasib baik masa tu aku dah sunat. tapi bila masuk aje form 2 ..aku punya suara dah garau..aku punya misai teruna dah mula tumbuh. dan kat kelas aku jadi perhatian seorang budak perempuan nama dia Lela. Lela ni pun satu kampung dengan aku. selalu jugak aku terjumpa dia kalau aku kekedai beli barang. ada satu kedai depan sekolah nama kedai tu Sakunthala. selalu jumpa Lela kat situ. entah apa dia beli sampai baju sekolah pun tak sempat tukar. aku macam biasa beli rokok bapak aku petang petang maghrib tu. aku punya baik dengan Lerla ni aku pun temankan dia balik rumah dia yang dekat madrasah/surau...

kat dalam kelas apa lagi...Lela ni selalu suka nak curi perhatian aku. nak kata Lela ni macam mana orangnya ..ada iras macam Lydiawati yang berlakun dalam filem Darah Satria tu tapi Lela chubby dan pakai tudung labuh. bayangkan awek tudung labuh minat kat kita? somethinglah kita ni kan...aku buat macam biasa je...dalam pada tu ada sepupu aku sorang ni Nazri yang sebaya tu suka mengorat pompuan tak kira masa. aku pun tak tahu macam mana dia boleh kena seorang lagi perempuan ni nama dia Nazarina. budak pompuan ni cantik macam muka Sofea Jane. dia selalu letak basikal kat sebelah rumah jiran aku. aku pun selalu nampak dia. tapi bila aku tanya kawan aku Mat Radi yang tinggal kat sebelah rumah dia..Mat Radi kata Nazri sepupu aku dah ngurat dulu...frust jugak aku dan Nazri boleh ajak aku jumpa Nazarina tu masa time rehat. 

so...aku pun try berkenalan kat sat majalah...majalah Bujal hahahaha...satu awek kelantan ni aku try tulis surat kat dia. Nama dia Noriza. aku start kenal tahun 1985 tu ..okeylah aku berutus surat sampai tahun 1992 jugak dan dia masuk Universiti dan jumpa tahun 1996. well takde keserasian dengan dia...

tapi dalam pada tu kakak aku pulak ramai kawan perempuan kat kampung tu sebab tu masa kakak aku muda remaja. boleh aku katakan semua kawan kakak aku suka kat aku sebab aku ni kulit cerah dan muka nak kata hensem tak tahulah tapi try bayangkan Ralph Macchio dalam filem Karate Kid tu. diorang cakap muka aku macam iras Ralph Machio tu.

 so sebab tu aku trylah melaram sikit walau takde duit...beli baju kotak kotak warna merah hati kat pasar lambar harga dalam 6 ringgit, seluar jeans Lives bukan Levis kakakaka pun dalam 8 ringgit dan kasut sneakers brand Paulo Rossi pun 10 ringgit... dan spek hitam dalam 2 ringgit..tak sampai 30 ringgit modalnya. aku pakai melaram masa beraya dan ikut kawan aku pergi Tapah Road. balik aku sorang je ..dan masa dalam bas semua orang tengok aku style macam tu. aku buat benda yang sama masa pegi rombongan ke Teluk Batik Lumut. puas aku bergambar dengan kawan kakak aku semua perempuan. di tarik ke sana ke sini...hahaha... 

ada jugak anak jiran kakak aku tu ada sorang budak permpuan kebetulan adik kawan sekelas aku minat kat aku sejak lama lagi. aku hanya tahu dia follow cerita pasal aku masa aku dah frust dalam tahun 1996 sebab awek kawin lain..dan dia offer diri dia jadi pengganti. masa tu pintu hati tertutup dah nak terima sesiapa lagi....sorilah Ina... 

dan ada satu lagi aku nak noted...masa ni lepas habis penggal ke tiga sekolah aku ikut satu orang kakak jiran berniaga jual jambu batu kat jalan Sungkai...nama dia Yan...dia ajak aku sebab mak dia tak bagi dia kerja sorang sorang... dia ni macam aktif dalam pertubuhan Arqam macam tu. entah macam mana dia rapat dengan aku baik sangat dengan aku walaupun aku muda dari dia...pun awek yang pakai tudung labuh jugak...kerja sorang 5 ringgit so apek yang upah kitorang tu terpaksa bagi 10 ringgit dan apek tu sikit punya baik makan minum breakfast minum petang dia belanja...

dan pada tahun 1989 pulak aku start berkawan dengan seorang amoi pulak dan macam tu jugak pesona karate kid punya hero tetap ada lagi...hahaha...



No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)