Sunday 24 May 2020

retro - 1989 - the sixties era returns

 



kalau sekitar 1985 aku macam rasa hero Karate Kid tapi masuk tahun 1989 pulak aku rasa macam Glenn Mederos seorang penyanyi latin Amerika...lagu dia femes macam Lonely Wont Leave Me Alone dan Nothing Gonna Change My Love For You...

tahun 1989 macam tahun 1985 pada listener kat Europe ataua US sebab ..ahun ni banyak lagu remake atau diberi nafas baru ...kalau tahun 1985 muncul lagu lagu 60an kat Malaysia...atau sixties muncul balik di radio. antara penyanyi yang aku perasan nyanyi lagu remake sixties ni macam new kids on the block, debbie gibsonn, kylie minouge dan ramai lagi yang satu zaman dengan diorang. lagu lagu Beatles lama lama tu kita boleh dengar penyanyi baru yang nyanyi. anatar sixties yang top ialah When Will I See You Again nyanyian Brother Beyond.

masa ni pun yang best program TV macam Wonder Years dan NAM..semua kisah 60an...memang lagu lagu disco pun lagu lama macam Hawai 5 O di olah jadi dance music... oleh grup Jive Bunny camtu..atau Kon Kan...masa i aku baru habis SPM dan tengah tunggu result SPM...macam macam kerja aku buat, dan masa ni jugak aku first time ada hati nak berkawan perempuan. 

tapi tu lah masa ni aku memang selekeh dan takde gaya. aku kerja kat kebun bapak Nazri...aku kerja gerai satey dan aku kerja jual jambu...aku kerja cabut kacang...semua kerja aku buat. lastnya aku kerja tolong kawan aku jual burger kat pekan. so, up sikitlah aku masa ni sebab ye lah walau hanya tolong kawan jual burger so aku punya pergaulan pun keuar dari rumah dan banyak kenal orang kampung atau setempat ... 

dan masa ni amoi yang aku nak kenal dulu pun aku dapat kenalan....dan berkawan sebab apa ye..sebab aku dah berfikiran open sikit dari masa sekolah dulu aku nerds. tapi aku mula inat nak berkawan dengan perempuan sejak aku kenal amoi nama Oikuan...so terjalin kembali hubunga yang aku ingat dah lost satu masa aku sebelum ambil SPM dulu.


masa ni yang rapat dengan aku selain Murad tu ialah sep[upu aku dan Madi...kitorang selalu lepak kat rumah Nazri setiap hari Sabtu atau Ahad. masa ni aku memang syok sendiri layan perasaan sebab amoi ni layan aku dan sudi berkawan dengan aku. aku yang dari awal tahun asyik kena rejectdengan awek Melayu sorang nama Azizah dan sorang lagi awek Kelantan nama Noriza. sorang reject mentah mentah ...sorang lagi reject beralasan nak sambung study...

so bila amoi ni layan aku aku rasa best lah walaupun aku tak tahu sampai mana hubungan kitorang ni...aku layankan aje...tapi macam ada jugak perkembangan hubungan nya bila aku dapat gambar dia dan dapat number telefon dia...dan Nazri sendiri bila ada gf dia tanya kat dia...Emmett tu ada gf ke..Nazri jawap ada gf dia cina...so, bila Nazri dah buat statement macam tu kat orang lain makna tu macam walau tak official...tapi aku dah ada gf lah kan...cuma aku tahu sebagai kawan biasa aku takkan mengongkong amoi tu...dan tak campur dalam urusan seharian dia...

lagu lagu cinta omputeh memang banyak masa tu...dan aku pun terkirim lirik lagu kat satu surat yang aku bagi kat dia..lirik lagu sweet child o'mine - Guns N Roses...aku tukar lirik jadi sweet Chia Oikuan.....tapi sebenarnya aku langsung tak bagi surat tu ...aku pendamkan aje perasaan aku tu sebab aku tak berani nak over...mana tahu dia tak suka kan? 

aku okey je kawan dengan Oikuan ni...dari aku duduk kampung dan aku merantau ke Keyell...aku bawak gambar dia masa kerja security guard...masa kau lepak kat Keramat KL masa aku kerja kat Kajang...lastnya kakak aku bagi tahu dia ada bf baru bangsa dia. so aku pun mengundur diri. tahun 1991 aku bagi balik gambar dia masa tu selepas aku sembahyang raya. dengan baju raya dan kan pelekat aku singgah rumah dia. aku bagi semua barang milik dia. dia pun tak faham agaknya. aku cakap tq Oikuan. goodbye...

sejak itu dia sering berkirim salam melalui Nazri dan kakak aku. aku tak faham aku undur diri sebab dia dah ada bf . tapi dia masih lagi nak ambik tahu pasal aku...sampai satu masa tu Nazri jumpa dia kat rumah dan aku menyendiri menjauhkan diri kat tempat lain...dia masih lagi nak berkirim salam kat aku...nak aku gambarkan macam mana rupa Oikuan ni? tahun 1991 aku break dengan Oikuan..tahun 1992 aku temui cinta baru...dan dalam tahun tu jugak cinta aku menemui jalan buntu...walau masih belum berakhir...hinggalah tahun 1993 aku macam tempoh HIATUS pada cinta aku tu...bila aku hanya memikirkan keluarga adalah priority utama dalam hidup aku dan mengenepikan perasaan hati yang sunyi sepi. dan akhir kali aku nampak Oikuan masa aku bersarapan di kedai yang berdekatan dengan ruimah dia dan aku nampak Oikuan bersarapan di dapur rumahnya melalui tingkap rumahnya.


No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)