Tuesday 26 May 2020

retro - more than words

 

so, sebelum aku balik kampung aku sempat lepak dengan sepupu aku Nazri kat Keramat. masa tu ada lagi belen gaji masa kerja kilang kat Kajang tu. 

early ninetees & power rock ballads -  zaman tu lagu rock atau slow rock menguasai corong corong radio...lagu rock melayu apatah lagi lagu rock omputeh. selalunya kalau sorang sorang dengar lagu rock melayu. tapi kalau lepak rumah member tentu layan lagu rock omputeh. umur pun baru belasan tahun. lepas habis SPM. mungkin masa ni nak enjoy zaman remaja.

ada jugak yang melanjutkan pelajaran ke menara gading tapi orang susah macam aku ni tercicir lah semua tu.macam cerita Ujang dalam Gila Gila. orang yang tercicir ni selalunya datang dari keluarga susah. nak sambung belajar perlu duit. so mengenangkan keluarga perlu dibantu. kenalah kerja dulu kalau ada rezeki part time belajar. 

tapi aku dah buat semua tu..aku rasa nak enjoy dulu zaman remaja walaupun orang kata sia sia. takpelah walau menganggur ke apake..janji tak buat perkara yang memalukan dan melampaui batas agama dan adat sudahlah kan.. okey pendek kata aku jadi mat rocklah. kalau sebelum tu ada jugak kerja fast food kat KL. itupun sekejap aje...

so balik kampung jadi mat rock dengar lagu rock. pakai baju tshirt rock. pakai seluar jeans ketat. rambut panjang sikit paras bahu dah rock sangatlah. dengar lagu rock masa tu Metallica...Guns N' Roses dan power ballad rock band lain... 

dan masa tu jugak ada perasan akan nak ada awek awek ni. lepas kena reject oleh awek melayu..first awek pen pal Kelate..lepas tu awek satu mukim Bidor..agaknya imej kutu berahak tu diorang tak nak tu. dan harta pun takde walau seketul motor kapcai. so aku anggap awek melayu ni materiallistik. so aku ngurat amoi. mulanya amoi tu tak layan. tapi bila dia nampak niat aku baik nak berkawan dia akhirnya layan jugak.

tapi kawan kawan aku sendiri cakap amoi ni memang nak kawan dengan melayu cuma diorang malu. aku pegang cakap kawan aku dan aku buat muka tak malu dan aku kena banyak sabar...diorang takkan simply jatuh hati. berkawan dekat 2 tahun akhirnya amoi u ada bf baru berbangsa cina jugak. maka aku pun mengundur diri. baru aje mengundur diri aku pun bertemu dengan gadis remaja belasan tahun juga. aku masa tu takde feeling sangat sebab dia masih budak perempuan yang tak tahu apa itu cinta. selepas 2 tahun baru aku jumpa dia balik dan dia sudah remaja.

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)