Monday 25 May 2020

retro - hard to say I'm sorry

 

 1989 - you came to my senses - banyak gambar Elizabeth Tan pulak ye kat entry aku? hahaha..nak gambarkan amoi nama Oikuan tu...macam tulah...dia punya rumah kat area kampung aku jugak cumanya dia orang cina dan bapak dia ada bengkel besi. kira bapak dia iron man ke macam tu...aku dari kecik lagi kenal dia tapi tak rapat. cuma dulu aku pernah datang beraya kat rumah dia dengan kawan satu kampung. so masa kecik mana ada perasaan tangkap cintan ni semua.

so, aku jumpa balik Okiuan ni masa aku dan kawan kawan diberikan misi mustahil untuk bagi buku autograf kat dia satu petang oleh Murad kawan aku. so, sebab rumah aku dan sepupu aku ni dekat aje so Murad ni pun bagi misi mustagil tu kat kitorang. masa tu pun kitorang dah nak habis sekolah dan menunggu masa SPM bermula. 

turut join aku dan Nazri masa tu ialah Madi sebab dia slalu lepak kat rumah Nazri. so lepas habis masa kitorang lepak tu tiba masa nak hantar Madi balik naik bas kat stesen bas. kitorang bertiga pun singgah petang tu kat rumah dia. aku tahu tu rumah dia. cuma aku nak tengok siapa amoi yang Murad nak bagi buku autograf tu...dia ke kakak dia...kitorang bertiga pun jadi samdol tunggu dia keluar. sekali dia keluar datang dari belakang rumah dia...berbaju kemeja hijau muda dan berskirt pink..sebiji macam amoi cerita hantu cina Hongkong..A Chinese Ghost Story - siapa tu nama dia Joey Wong 

dia keluar jalan berlenggang ke depan dan Nazri serahkan buku sedangkan aku dan Madi pulak buat lawak tiang..kepala Madi memang masuk air...aku layankan aje...maka aku pun terpesonalah terpandang first sided love..cinta pandang pertama kat Oikuan. bila dia huraikan rambut panjang dia dan sisir guna tangan aku jadi tak keruan...aku rasa dialah manusia perempuan paling cantik masa tu..senyuman manisnya..susuk tubuhnya macam model ramping slim...rambut lurus panjang sampai ke dada...aduhai...gugur jantung aku masa tu... untuk cover aku punya gabra aku layan lawak masuk air Madi...lepas tu aku termenung..kenapalah aku tunjuk perangai tak senonoh aku kat Oikuan? balik dari hantar madi ke stesen bas tu aku ngaku kat Nazri depan kedai tayar atau klinik tayar depan masjid tu yang aku dah tangkap cintan atau jatuh hati kat Oikuan.

1990 - chasin the wind - selepas tu  aku berkawan dengan dia..masa n syok walau aku syok sendiri aje..aku selalu sangat call dia malam malam...entah apa aku cakap aku pun tak tahu..bergayut jugak walau amoi tu tak faham bahasa melayu sangat...cuma apa yang aku tahu dia hormat kat aku sebab dia kata aku ni tak sama macam kawan kawan dia yang lain...atau kawan melayu lain macam Nazri dan Murad...sebab aku rasa kitorang bertiga aje kawan melayu dia. dia kata aku ni pendiam dan pemalu berbanding lagi dua orang tu...aku ni macam Ekin Cheng dan Nazri tu macam Aaron Kwok..dan Murad pulak macam sorang lagi tah sapa hahaha...ada satu lagu dia bagi aku iaitu lagu Lonely - Grasshopper...

waktu berlalu pantasnya..Murad dah pindah ke Sungai Siput dan tinggal aku dan Nazri kat Bidor. aku pun merantau buat ke sekian kalinya ke Keyell...masa ni hubungan aku dan Oikuan macam terpisah sebab aku kat Keyell dan dia kat Bidor. ada jugaklah aku call dia tapi dia tak berapa nak layan aku masa ni sebab dia kejar karier dia .siang dia kerja Supermarket dan hari sabtu dia pergi belajar typist kat Tapah. bagus dia tahu nak corakkan masa depan walau pun dia cina. duduk kampung. bukan macam aku hanyut kat Keyell sebab aku tak dapat continue study. aku rasa sebab tu Oikuan malas nak layan aku. aku pun macam stop sekejap contact dia . dan aku  biarkan dia dengan hidup dia.  

masa kat Keyell aku bukan buat apa pun...aku kerja kat hgotel jadi waiter...buang masa remaja aku dan tak tahu tentukan arah hidup aku... aku cuma kumpul pengalaman aje...masa kat Keyell tu aku menumpang rumah mak saudara di PJ dan ada pulak masa tu seorang budak perempuan umur 14 tahun pun menumpang kat situ jugak sebab dia di transfer dari majlis agama Thailand ke Malaysia. sebab masa tu ada perang saudara kat Pattani. so aku pun ingat dia ni gadis remaja rupanya baru 14 tahun. macam anak dara sebab badan dia macam anak dara. bukan macam budak kecik...dia ni selalu ikut aku bila aku call Oikuan malam malam . dan dia pernah jugak cakap dengan Oikuan sebab dia pandai cakap cina. lastnya budak perempuan ni nama Islam dia Jannah. dia cakap kat aku kalau kawan dengan perempuan jangan makan sisa. perghhh..awek macam tu pun boleh sond ak first time...yang aku hairan dia refer sisa tu kat siapa? kat Oikuan ke? tapi macam tu punya cakap aku fahamlah yang Jannah ni dia suka kat aku sebenarnya...orang perempuan kan? 

aku jadi bosan kat Keyell..dan aku berjhenti kerja setelah itu aku balik kampung. so tinggallah Jannah. sebab masa tu aku takde feel kat dia pun...dia aje ada feel kat aku. saudara sepupu aku yang perempuan yang cakap. Jannah suka kat aku...aku pernah lah bawak Jannah jalan jalan minum minum kat bandar. memang aku takde feelkat dia.jannah ni cantik jugak..iyalah orang Thailand...dia punya penamp[ilan mula mula aku jumpa aku ingatkan ustazah sebab pakai tudung labuh. seterusnya masa kat kampung aku memang layan kepala dengan lagu rock dan thrash metal dengan sepupu aku Nazri dan dua orang kawan aku Nasri Yahya dan Amri Nordin. dan jugak sepupu Nasri Yahya. so sebab tu ada dua sepupu dalam geng kitorang ni so kitoran buat grup rock band atau jamming gitar kapoklah...bukan jamming gitar letrik...nama grup asalnya Sepupu Ultra...sebab ada nama rock thrash band nama Sepultura so kitorang tukar nama Visions 1990...


1991 - explain it to my heart - so hubungan aku dan Oikuan masuk tahun ke 3. dan tahun ni jugak aku dah nampak hubungan aku dan dia akan berakhir. awal tahun ni macam biasa aku merantau ke Keyell balik kerja kat Kajang. so masa ni aku dah macam tak ingat apa apa dah sebab banyak kali kerja dan berhenti kerja. aku tak tahu apa sebenarnya yang aku nak. sebab kawan aku ajak kerja kat Kajang aku ikut aje lah. aku ingat mungkin ada perubahan dalam hidup aku...

masa ni hiduplah aku kat kampung di Kajang...kerja kilang kain kat Sungai Chua. aku di duga dengan dugaan bila ada orang hantar macam santau kat aku ..aku jadi macam tak boleh tidur malam dan jugak batuk berdarah. dan aku terpaksa balik kampung dan berubat. selepas berubat dengan tok saudara dengan minta ubat trdisional dari ustaz Harun Din yang selalu datang kat masjid Kg Sungai Ramal tu. syukur aku okey...

so lepas tu aku berhati hatilah...aku lepak kampung untuk merawat diri aku dan itulah tempoh aku rasa aku nak break dengan Oikuan. sebab macam dah takde apa apa lagi yang tinggal antara aku dan dia. last aku call dia aku tanya pa khabar dia. dan aku cakap kenapa aku call dia selalu tak nak layan aku. dia pun cakap antara kitorang kawan saja ..bukan kekasih..perghhh dia dah tahu ayat kekasih? memang dia dah ada pengganti aku agaknya.

lepas tu kakak aku pulak cakap Oikuan pernah datang ke klinik dengan satu lelaki sebab kaki Oikuan patah. kakak aku cakap mungkin bf baru Oikuan. sebab dari gaya kemesraan dan cakap cina yang kakak aku faham sikit sikit. so aku buat keputusan untuk mengakhirkan hubungan aku dan Okuan. aku call Oikuan sehari sebelu ari raya dan aku pergi rumah dia selepas sembahyang raya dan aku bagi balik gambar dia. aku cakap Tq dan goodbye. itu aje. dan aku cakap aku takkan ganggu dia dan hidup dia lagi...

tapi lepas tu yang aku hairan Oikuan asyik bertanya khabar pasal aku kat kakak aku dan jugak bila Nazri call Oikuan. dia cakap Oikuan asyik tanya pasal aku walaupun masa tu aku dan Oikuan dah break atau putus hubungan samada sebaggggggggai gf dan bf atau pun putus kawan..so dah takde apa apa antara aku dan Oikuan. aku berundur dari hubungan yang aku sedar takkan ke mana. 


No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)