Sunday 1 January 2017

rigor mortis - dan mungkin nanti...



dan...
bukan maksudku bukan inginku 
melukai mu sedarkah kau di sini pun ku terluka
melupakan mu ...menafikan mu
maafkan aku...
lupakanlah saja diriku 
bila itu bisa membuatmu 
kembali bersinar dan berpijar 
seperti dulu kala... 
owwwhoo...

kali ni aku nak cerita pasal seorang awek nama Mai...aku kenal Mai masa kerja kat the Star dulu tahun awal 90'an-(1995) dan aku resign the Star dan lepas tu aku jumpa Mai dekat SRM - AC Nielsen pulak di penghujung tahun 90' an-(1997) masa Mai dekat AC Nielsen dia memang sikit pun tak layan aku walau aku pernah jumpa dia dalam lift dan tanya apa khabar. dia sikit pun tak layan...aku pun fahamlah yang dia tak suka kat aku dah. sampai kalau terserempak nak naik bas ke Brickfields pun aku tak naik kalau dia ada sekali tunggu...aku naik bas dari PJ State ke Brickfields no. 28 dan dari Brickfields aku naik bas ke Kinrara bas no. 27...sebab kalau naik dari PJ Oldtown pengsan nak tunggu bas dari Puchong lambat giler...

dan bila aku duduk menyewa kat rumah bujang Pantai Dalam aku terjumpa lagi dengan Mai cuma aku tak kenal dia tapi dia kenal dan perasan akan aku. aku jadi tak kenal dia dan tak perasan itu sebab dia masa tu dah dressing macam kerja korporat. bertudung pakai overcoat seluar panjang dan berkasut tumit tinggi. memang berbeza masa kerja kat the Star dulu paling kelas pun dia cuma pakai baju kebaya aje dan dia masa tu free hair.

so aku dulu memang ada pernah nak tackle Mai ni masa dulu tapi dia macam jinak jinak merpati je. Mai ni takdelah cantik dan takdelah buruk. average aje. so,satu pagi masa nak pergi kerja tu aku dan paktam - Kamrul berhenti kat depan TNB Bangsar tunggu bas ke PJ. so ada sorang perempuan ni jalan perlahan lahan melintasi aku. aku masa tu dah ada awek lah..iaitu wife aku sekarang ni. paktam tanya aku kenal tak perempuan tu. aku tak perasan tapi aku tanya paktam ada macam awek (wife)  aku tak? paktam kata serupa tapi lain sikit...rupa rupanya itulah Mai ..affair lama aku masa kat the Star.

sungguh tak sangka dia berubah betul dari segi penampilan dia sampai aku tak kenal lagi. dan dia boleh buat buat tak kenal macam tu? at least ngaku lah dia Mai ke bagi tahu dia dah ada boifren ke.
sebab dia memang tinggal dekat Bukit Angkasa tu. aku mana lah ada simpan number telefon dia lagi dah. kalau dia perasan aku apa salahnya tegur. lainlah aku ada buat salah kat dia sakitkan hati dia ke.dia yang tinggalkan aku sebab dia terpengaruh dengan cakap orang aku ni playboy... 

dan...
mungkin bila nanti
kita akan bertemu lagi
satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
rasa yang ku tinggal mati
seperti hari kelmarin 
saat semua di sini...

tapi dalam tahun 2010 bertemu jugak aku dan dia kat media sosial Facebook. dia bagi tahu  dia dah berkahwin pada hujung tahun 1999 betul betul masa aku selalu jumpa dia kat bus stop TNB Bangsar itu lah masanya pun...so, memang best pada mulanya banyak cerita lama keluar sampai cerita cinta pun keluar. tapi akhirnya bila suami dia tahu . suami dia suruh jangan berhubungi lagi. memang cemburulah suami dia tu kan. tapi hormat ajelah permintaan suami dia kitorang pun putuskan hubungan dan tak contact dah. aku rasa itu yang terbaik untuk aku dan dia...

bercerita pasal Mai...macam yang korang baca kat perenggan atas tu masa aku jumpa dia tapi aku tak perasan itu dia...kat area bus stop TNB Bangsar tu... dia memang ada iras iras macam muka wife dan style dia pun sama jugak...muka dia bulat bundar...muka dia macam mix Jawa sedangkan wife aku memang Jawa...masa kerja kat kurier City Link memang ada satu assistant aku tu sebijik muka macam Mai..hahhaaha... nak cerita muka dia lebih kurang macam Yatie kumpulan Feminin tu lah  lebih kurang...kat gambar bawah ni dia yang kat nombor 2 dari kiri pakai baju kaler merah tu...


No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)