Sunday 1 January 2017

rigor mortis - layanblues arise


"tuhan saja yang tahu perasaanku berperang dengan suasana"


hidup aku masa ni memang macam roller coaster tu kejap naik kejap turun...aku kerja pun kejap kerja kejap berenti...tak pernah lah tetap sampai sebulan asyik nak berhenti sahaja...mungkin jiwa kacau lah kot...apa taknya aku frust dengan dua awek sekali...sorang kahwin dan seorang tunang...

aku tak nak jadi orang bodoh  dah meratap pada kekejaman perempuan dua ekor ni kat aku. aku masih ada harapan. jalan hidup terbentang luas di hadapan aku. dengan syarat aku lupakan mangkok dua ekor ni Maznah dan Ina.

aku selalu cakap pada diri aku..tabahlah tapi asyik tersungkur...kerja sekejap berhenti sekejap berhenti. aku cuba pungut sisa semangat aku yang ada. namun bila aku rindu Maznah aku jadi tak tentu hala...bila aku rindu Ina aku sanggup jalan kaki dari Kontena Nasional tempat kerja dia tu dan aku jalan kaki sampai Kinrara. sampai ada sorang bekas pekerja the Star nampak aku dan tuumpangkan aku kat Jalan Klang Lama.

macam tu hebatnya aku punya jiwa kacau. kemurungan. lastnya aku apply kerja melalui agensi pekerjaan . aku interview sana sini. lastnya macam nak dapat je kerja kat Public Bank seksyen 14 PJ. rupanya takde rezeki. tapi yang herannya aku boleh walk n di hari yang sama di area yang sama iaitu kat UMES PJ. pejabat sebelah menyebelah aje. dalam seminggu macam tu kak Yati call suruh aku datang ambik surat medical checkup kat klinik Pusrawi. so, aku dapat kerja kat UMES dan ditempatkan kat Radio Division sebagai computer operator. monitor akaun client yang siar iklan kat RTM.

aku start membina konfiden dalam diri aku dan aku bertekad takkan berhenti kali ni dan akan tebus segala kesilapan yang pernah aku lakukan.dalam seminggu aje aku kerja aku kena demam denggi. aku masuk hospital dalam 4 hari macam tu. syukur aku kembali sihat. aku pun  cuba menyesuaikan diri aku dan aku slow slow adapt semua keliling aku. aku pindah kat rumah bujang kat Panai Dalam . dan pada hujung tahun tu dalam bulan Disember ayah aku meninggal dunia. aku pun berazam cukup lah sudah semua kepahitan hidup aku alami. aku ingin membina hidup baru. kisah lama aku akan lupakan..aku terima dengan sabar dan redha hidup aku. semua ini adalah perjalanan hidup aku yang sudah tertulis. aku cuma perlu usaha untuk kebaikan dalam hidup aku.aminnn

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)