Sunday 1 January 2017

rigor mortis - pereputan cinta


frust menonggeng dan bercuti ke Pangkor - 
ya akhirnya bila aku sudah tahu secara resmi akan hari perkahwinan Maznah ...yang dilansungkan dalam bulan Mei 1996. aku masa tu mengambil keputusan bercuti untuk menenangkan fikiran kat Pulau Pangkor. bertemankan kawan aku Latiff yang ajak aku balik kampung dia dan  jugak kawan kat News Desk - Frankie dan seorang kawannya. kami berempat pun naik bas kat Puduraya. pukul 11 malam dan sampai kat Pangkor pukul 4 pagi.

bertemankan walkman dan lagu KRU - Balada Hati aku merentas laut biru Selat Melaka dari Lumut menuju ke Pangkor. teringat akan Maznah bekas kekasih hati aku sudah berkahwin pada bulan tu. aku tengok laut luas pemandangan cantik tapi takde erti...dah takde semangat je..tengok laut pun rasa macam semacam. 

pindah rumah ke Kinrara dan usya Norma
sebelum tu hari raya puasa dalam tahun tu aku balik kampung naik bas dengan Norma ofismate HR dept.. tak sangka Norma ajak aku balik sama sebab dia punya kampung dekat Ipoh. so half way ajelah aku teman Norma. aku rasa macam Norma masa ni ada hati kat aku kot? aku rasa dalam bulan tu jugak HR buat salary revised...tapi aku tak berminat nak join. aku mntak kebenaran balik awal sebab aku nak pindah rumah dari PJ Oldtown ke Kinrara - Puchong. 

anak saudara meninggal dunia dan usya Ina anak jiran kakak
dalam bulan tu jugak anak saudara aku meninggal dunia sebab lemas kat lombong tinggal. aku pun hairan anak saudara aku kat lombong aku kat laut pulak masa tu. korang fikirlah sendiri.  so, aku pun baliklah kampung dan menghadiri majlis kenduri tahlil malam tu .aku terserempak dengan Ina anak jiran sebelah rumah kakak aku. bila dia pakai baju kurung Kedah dan kain batik angkat talam hidang dengan kulit cerah dan gebu gebu dia tu saling tak tumpah macam style Maznah.aku dah terdetik dalam hati. diakah agaknya Allah bagi untuk ganti Maznah.

dan iya...selepas aje majlis tu kakak sulung aku cakap Ina memang suka kat aku. apa apa pun dia akan cakap kat kakak aku dia nak cari lelaki macam aku. keluarga dia pun dah bagi green light. tunggu aku setuju aje. tapi aku punya hati berbelah bagi...bila aku dapat tahu dari Ina ada orang dah merisik dia iaitu orang Bidor juga. dan aku kenal orang tu. Ina cakap dia tak suka kat orang tu.

aku rasa entah apa apa...aku memang suka sangat kat Ina dan aku rasa hubungan kami direstui.keluarga tapi entah apa slacknya aku tak  tahu. aku asyik terfikir kat orang yang merisik Ina tu....sudahnya aku diam aje...dan aku lupakan Ina. ..rugi kan? orang dah serah diri kat aku aku tolak pulak. tolak jodoh? entahlah hati masih sedih sangat pasal Maznah masa tu macam pintu hati masih tertutup lagi untuk orang lain.

usya awek student UM Nazihah
kat ofis pulak selepas tu aku ada affair baru. aku minat kat satu budak temporary kerja kat library ni nama dia Nazihah. dia student UM dan masa tu dia cuti semester dan apply kerja kat ofis aku. memang tak sedar diri aku nak ngorat awek student kan. tapi bukan aku sorang aje nak tackle dia. budak kerja library termasuklah Latiff pun nak tackle. aku bila call aje dia pasal kerja semua kata aku playboy. padahal diorang yang jeles kat aku. sebab ada access kat Nazihah relate pasal kerja .

well, memang dia tak layan aku. tambah ada orang fitnah aku ni playboy. orang yang fitnah aku palyboy tu anak saudara Sue HR  dan budak perempuan kerja Circulation dept yang ada hati kat aku tapi aku tak layan. lastnya semua dia tak layan. semua nganga. bila dia berhenti kerja dan sambung belajar balik. kerja sebulan aje. tapi aku ada number telefon dia. aku try call. dia memang tak layan. jual mahal betul kan. dah muka lawa cantik cun...aku pun stop call dia. tak kacau dah.

last...hantar sutrat berhenti dan balik kampung
setelah semua apa yang terjadi aku masih rasa tak boleh nak terima hakikat yang aku sudah kehilangan Maznah. aku punya semangat nak kerja pun terus semakin menurun dan merosot. aku banyak join Mael - staff accounts yang kerja Purchasing dept. dialah bawak aku pergi enjoy kat pub dan lounge kat KL. habiskan duit baki bonus aku yang masih ada.lepas habis duit beratus ratus sampai tinggal belen berapa sangat aje duit nak kahwin hari tu. aku pun rasa tak boleh kerja dan aku hantar surat berhenti kat HR. HR pun macam suka aje aku berhenti sebab aku punya kerja aku dah tak pedulikan lagi dah.kerja pun dah tunggang langgang...diorang hanya tunggu aku bagi surat berhenti aje sebab ada staff lama nak masuk. siapa lagi Zuraida lah...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)