Sunday 1 January 2017

rigor mortis - siapa di hatimu -

terasa bagai ditusuk sembilu bisa
pedihnya entah bila akan terhenti
berkasih di rimba asmara berapi 
terbakar hanya ku sendiri 
oh mengapa...

dahlah nama penyanyi nya Rahmat macam nama aku Mat. lepas tu muka pun ada sikit sikit jugak macam aku hahahaha...style pun macam aku jugak...memang kalau lagu lain mungkin senikatanya aje sama ni dah boleh katakan semua sama....kejadian ni buat aku jadi merajuk sebab aku ternampak sendiri akan Maznah dengan seorang lelaki. aku tak kenal pun siapa biar aku cerita ni direct dan tak tipu sedikit pun.

hujung tahun 1993 aku start kerja kontrak gaji hari dengan cina juruukur tanah  Tan Seng Hoe yang kebetulan bapak kawan aku masa sekolah dulu Tan Bee Lin. masa hari chinese new year Tan Bee Lin balik kampung beraya baru aku tahu dia bapak dia.

aku kerja masa tu memang lah kan...dah nama kerja kuli sukat tanah. sama macam kerja bapak aku. baru aku tahu kerja bapak aku camne selama ni membesarkan aku dan menyara keluarga aku. aku sesungguhnya insaf dengan apa yang aku lalui. dan aku bertekad takkan sia siakan keluarga aku.aku pun ketepikan perasaan cinta yang entah apa apa tu dari hidup aku. dan aku tak sedar cinta pun menjauhkan dirinya dari aku.

rutin aku pagi pagi aku keluarkan basikal untuk pergi kerja. aku nampaklah maksu Minah kakak Maznah lalu depan rumah aku bawak kereta nak hantar suaminya ke stesen bas nak pergi pejabat D.O di Slim River ada dia pandang aku? takde...siapa nak pandang pemuda selekeh naik basikal? takde brader...

aku pergi kerja naik basikal ke rumah Encik dengan pakai baju bundle. dan seluar askar tu sebab selalunya kitorang bertiga dengan Encik naik jeep kalau tak ke hutan ke kawasan kampung untuk membuat kerja ukur. sambil tu kalau Encik mood dia baik dia ajak kitorang minum dulu sebelum pergi kerja dengan nyonya. ada masa tu aku dan kawan sekerja minum kat kedai kopi sebelah bas ekspress  nak jadi cerita maksu Minah pun baru je lepas hantar suami dia naik bas ke Slim River.

maksu Minah tegur aku. tanpa cakap apa apa aku cuma balas dengan senyuman.kawan aku Mat Nor pun hairan kenapa aku tak nak jawap soalan maksu Minah. aku masa tu memang cukup terasa  sebab masa aku keluarkan basikal pagi pagi kat rumah tu dia buat tak nampak aje. mungkin aku hina sangat kot. so baik aku tak payah jawap dah.tak rugi pun kalau aku tak jawap. bukan boleh baik balik atau sambung balik hubungan aku dengan Maznah kalau aku buat baik dengan dia. dia dah pandang hina so tak payahlah aku buat baik dah.rasa terhegeh hegeh pulak macam hidung tak mancung pipi tersorong sorong macam kereta sorong...

kali pertama aku terjumpa Maznah dan ada satu hari tu aku balik awal sebab aku eksiden kat tempat kerja. aku punya kaki macam retak kat tapak kaki. tapi masih boleh mengayuh basikal. aku pun mintak balik half day dan aku mengayuh dari rumah Encik. dan sampai kat depan masjid aku nampak kelibat Maznah. dari jh aku tak sure tapi bila dah dekat baru aku sure. itu Maznah. aku nampak dia bersembang dengan seorang lelaki aku tak kenal siapa kat atas motor. so, memang jelas aku nampak sendiri Maznah dah ada pakwe baru . aku cuma sempat berdehem aje masa lalu sebelah couple tu. perasaan aku? Allah sahaja yang tahu masa tu betapa hancurnya hati aku terpaksa mengayuh basikal depan Maznah kalau Maznah nampak ke atau buat buat tak nampak.

aku sampai aje kat rumah aku duduk sekejap kat tangga dan nampak Maznah lalu naik basikal ...memang confirmed lah kelibat dia tadi yang aku terserempak tengah jalan. aku pun masuk rumah dan bersiap nak pergi klinik sebab nak check aku punya tapak kaki tu. aku call anak saudara aku nak ajak dia hantar aku ke klinik naik motor. lepas tu sebelah petang Maznah datang hantar laksa. ada jugak dia tanya kenapa kaki aku berbalut. aku pun cakap dah nasib aku malang. walaupun aku jawap seikhlas hati tanpa nak simpati ke dan tanpa ada maksud apa apa. aku terima suratan takdir aku dah ketepikan semua perasaan cinta aku terhadap dia. tapi aku tak tahulah dia masih simpan perasaan ke apa ke...tapi dia tunduk pulak dan macam mengesat matanya. dan minta izin balik kat aku.

kali ke dua pulak aku jumpa dia dan lepas tu memang dah tak jumpa dah lagi. dalam bulan Oktober 1993 aku rasa dan masa tu kakak aku balik kampung buat kenduri sebab nak melahirkan anak dia. yang pertama. aku pun baru aje balik dari kerja tengahari tu dan selepas bersihkan diri aku keluar nak goreng ayam. masa aku tengok goreng ayam tiba tiba maksu Minah datang dari dalam rumah. iyalah mungkin dia datang menolong ke apa ke. so, dia tolong goreng ayam. aku terpaksa senyum dan cakap cakap maniskan mulut kan dia datang nak menolong. takkan aku nak buat sombong kat dia.

sekejap je lepas tu tiba tiba Maznah datang dari rumah dia dan tersenyum senyum menghampiri aku dan maksu Minah. dia siap duduk sebelah aku lagi sebab tak nak kena asap dapur goreng ayam tu. aku pun terkejut dengan kehadiran insan yang selama ini aku rasa hanya kana dapat bertemu dalam mimpi. akhirnya semua doa doaku yag aku minta dikabulkan. setelah peristiwa terserempak kat depan masjid hari tu...Maznah menjelma depan mata aku setelah berkurun rasanya aku menunggu...

memang Maznah dah berubah dari seorang gadis yang aku puja puja dulu. dia sekarang memang gadis remaja yang bukan main cantik rupa parasnya. aku pun senyum senang bila dia menghampiri aku sampai aku terlupa maksu Mianh pun ada masa tu. aku pun ringankan mulut tanya khabar dia dan aku puji dia cantik.dia hanya senyum aje. tak lama kitorang bersembang ada dalam tak kurang lima minit maksu Minah macam tak suka pulak dan dia tanya Maznah dah rendam laksa ke belum. Maznah cakap belum. so maksu Minah suruh Maznah balik rumah rendam laksa.

so faham faham ajelah kalau dia nak buat laksa tu maknanya adik angkat dia polis tu nak datang lah tu. faham faham ajelah ye...so, lepas tu aku bekerja sampai awal tahun baru daam bulan April macam tu lepas raya aku pun ikut anak saudara aku cari kerja kat Proton. aku dah merajuk dengan Maznah sebab Maznah dah ada pakwe baru adik angkat kakak dia.

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)