Sunday 1 January 2017

rigor mortis - rock alternative & mi kari Bidor


aku masa masa macam ni tak banyak memikirkan tentang ex awek gais? masa masa macam ni lebih baik dahulukan famili gaiss...

aku dah 23 tahun umur masa tu ...masuk tahun 1994. macam mana aku terima hakikat yang Maznah sudah takde dalam hidup aku lagi. aku layan mi kari kat kedai hailam. kat stesen teksi Bidor tu. aku join kawan kawan yang satu kerja dengan aku si Man dan Mat Nor masa tu. Mat Nor lastnya dapat kerja dengan JKR. walaupun kontrak takpe janji ada kerja yang jamin masa depan. dan pengganti Mat Nor anak kak ros si Saiful.

sepanjang aku kerja landsurveyor private ni. aku tak pernah ada masalah dengan kawan sekerja. semua baik hati dan takde nak berdengki dengki. malahan kalau gaji kita sikit dari diorang ni macam man..dia sanggup rekemen kita gaji sama macam diorang walau tak banayak ..katakan gaji aku baru start kerj 7 ringgit sehari dan gaji diorang yang dah lama kerja 10 ringgit sehari. so Man rekemen aku naik gaji bila aku dah faham pasal kerja. dan mahir kerja...mana nak dapat kawan macam ni? aku rasa kalau kawan korang tu berpendidikan tinggi macam study good good takkan dapat kawan kerja macam ni. lagi nak tikam kita dari belakang adalah...

 aku pun bertanya pada diri seniri bila aku terserempak maznah kat pekan ke apa ke. ada pernah terjumpa dengan dia tapi dia usahkan nak tegur.nak senyum pun takde. aku tak tahu tapi nampak macam kegelisahan dalam hidup dia. aku nak tanya atau apa apa siapalah aku masa tu kan? tak layak aku nak ambik tahu pasal dia dah. walaupun dia aku tengok sibuk dengan hidup dia tapi pada satu satu masa tu aku ternampak dia menyapu kat beranda rumah dia sedangkan aku menyapu dan membersihkan laman. dia memandang ke depan dan macam tembus terus aku dia pandang. macam aku takde kat depan dia.

kalau firasat aku lah orang macam tu fikiran dia memang melayang jauh dah takde kat situ dah. dia selalu menyapu kat beranda dekat nak senja senja macam tu.masa tu aje aku dapat skodeng dia. tngok kelibat dia...lepas rindu yang bersisa kat dia.

so, masuk aje tahun baru 1994 aku rasa Maznah dah takde duduk kat rumah kakak ia lagi. mungkin dia dah balik kampung dan kerja kilang kat sana. so, masa tu aku rrasa kosong sangat. walau aku teruskan juga kerja aku dengan Man dan Saiful. penyeri hati dan hidupku dah takde disekitar  aku. aku tak tahu apa yang akan dijanjikan dalam hidup aku selepas itu.

rupanya keadaan berubah bila satu hari raya tu. rumah aku kena serang oleh bapak saudara aku. bapak Nazri. time orang nak beraya dengan famili dia bawak opah aku dan serang rumah aku dan famili aku. dia halau opah aku ke ruma aku dan bising bising kat rumah aku. aku terkejut...aku tak sangka bapak saudara aku boleh serang pagi raya macam tu.

lepas tu ayah aku tumbang dan pengsan sebab ayah aku bukan sihat sangat. aku kena panggil doktor pagi pagi raya tu. aku tengok nazri senym aje? wahhh..maca takde apa apa...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)