Monday 1 February 2021

retro - delusional - solo ride ke Penang

Betul ke nak pegi solo ni ?
Aaah...takpe
aku ada keja lah Met..
takpe Arul...

So jadi ke you nak pinjam moto tu
Jadi Gee...
Jadi solo ride?
Arul ada kerja lah
takpe
solo lagi best


Tak sangka reporter Newsdesk ni baik pulak dengan aku dan bagi aku pinjam Harley dia. kalau setakat moto kapchai aku tak berani de pegi Penang. solo pulak tu.nama reporter tu Geraldine Jeremiah. muka macam Melayu tapi Serani. dia kawan baik Arul bahagian Newsdesk. Arul pun photografer. dan diorang kamceng. Aku pun terkamceng sama dengan Gee.panggil Gee aje...

ok Emmett...

Penang tu kampung aku. 

apa apa hal kau contact aku. kawan aku ramai sana.

aku cuma terbayangkan pompuan Portugis je bila aku tengok muka Gee ni.
cantik tapi kasar macam lelaki.
kalau tak kasar aku terpikat jugak.
ada sikit sikit macam muka heroin Melayu lama.
Roseyatimah
hehehe...

Roseyatimah tu lembut lah ngok

Kau nak buat apa gi Penang Met?
ada urusan Gee
urusan marka la tu
lebih kurang lah...
apasal jauh sangat marka kau Met?
oh sebenanrnya dia balik kampung dia
abis ekolah dia kerja kilang sana
bila?
tahun lepas...

elok sangat kau pergi persue dia
kalau tak nanti melepas Met...
aku taulah aku orang sana
kawan ghamai
kawan meghata

tapi pasai kawen
mak pak yang atoq

heheh geli pulak aku dengar kau speaking Utara Gee

kawan meghata tak pa no
jangan kencin meghata...

hahahaha...
Tq pinjam aku Harley kau...

bukan main main punya pinjam tu Glide wooo
kalah Awie filem Sembilu hahaha

aku gi Penang ni selain urusan peribadi
ada jugak boss suruh singgah kat regional office .
boss suruh jupa Dato Kamal
urusan aku transfer Penang kalau dapat.

Oh
jadi jugak kau mintak transfer Penang ye Met
ye lah...
kan itu plann aku Arul?

adoi kesian aku
dok KL sekoq takdak kawan dah...
Gee ada...
Gee kasaq...
dia kasaq hang kena jadi Nordin Ahmad
tentu dia cayaq sat gi
hahaha

peeeerahhhh
cakap Utara pun tak betui
dah bunyi cakap Siam
hahahaha...

elok jugak hang pi Penang jumpa Dato Kamal
kat sana photografer Newsdesk takdaq orang lagi
kalau hang nak aku boleh rekemen Editor sini

Ye ke Gee...
hang ni baguih lah...

kalau aku jadi marka hang Met
aku pun terharu dengan kesungguhan hang..
mai dari KL semata mata nak jumpa

takpa aku tak kisah janji aku boleh sara
tanggung makan pakai anak orang sudah...

memang boleh tanggung pun...
tengok claim outstation buat bayaq Glide ni aja Met

tapi keja hang tak dok ghumah
aku jenis laki dok ghumah...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)