Saturday 13 February 2021

medan Kidd - aerodrome - from Ipoh with love episod 7


so aku dah settle kes pertama...aku kena settlekan lagi satu kes iaitu kes Miza...sebenarnya dengan Miza tak perlu apa apa nak settle cuma Aris ada bagi tahu aku yang Miza asyik cari aku aje sejak aku duduk kat Aerodrome tu. aku nak ambik keputusan dan bagi tahu dan berterus terang kat Miza. aku pun ikut Aris ke bandar Ipoh dan jumpa Miza kat gerai. lama jugak aku tak jumpa Miza. akurasa dalam2 bulan ada. aku pindah ke aerodrome dan aku start kerja kilang tu. memang takde masa nak awek awek ke apa ke...aku fikir nak settle duit yeop tu aje. dan jugak masa kat kampung aku banyak fikirkan apa yang jadi kat kampung tu. Miza dah banyak berubah. dari seorang yang agak chubby sekarang dah boleh pakai baju kebaya macam kakak dia. memang cantik jugak Miza ni. tak sangka umur baru 18 memang elok buat gf dah. tunggu orang nak sunting jadi gf aje Miza ni. tinggal pulak dekat area kem Tambun tempat askar tu. 

hai Miza ..apa khabar maaf lama tak jumpa Miza. dah semakin cantik Miza skarang ye. dah slim...abang sibuk uruskan hal abang. tegurku. mulanya dia senyum tapi entah macam aman dia punya muka boleh berubah. saya asyik teringat kat abang aje...tapi abang lansung tak ingatkan saya. sekarang ni abang cari saya kenapa? tak sangka aku Miza marah sangat kat aku. tapi aku mana pernah janjikan apa apa kat dia.abang suka abang datang kat saya abang bosan abang hilang...seronok sangatke sakitkan hati saya..lukakan hati saya...? suara Miza mula bergetar macam nak menangis ..airmata dia menitis.

abang tak tahu nak cakap apa Miza. luahku kesal bila aku lihat dia bersedih. tak apa bang. anggaplah Miza yang dulu yang abang kenal dah takde..dah mati...terimakasih sebab pernah hadir dalam hidup Miza.  terkejut aku..ingatkan aku aje boleh luahkan perasaan bengang kat yeop rupanya orang lain pun boleh lepaskan geram kat aku...rupanya aku pun ada buat orang sakit hati dan terluka. aku lupa...rupanya Miza sudah menetapkan tak mahu lagi ada hubungan dengan aku dah. maknanya dia sendiri yang nak putuskan sebab dia sakit hati terasa perasaannya dipermainkan oleh aku.

aku pun beredar dari situ...aku sedar sekarang kita ingat apa yang kita buat tu betul tapi ada jugak salahnya. tak mengapalah kalau Miza nak putus. so. semua dah selesai kat Ipoh ni. apa lagi aku nak tunggu kat Ipoh ni. nak tinggal dengan Nazri? cukup cukuplah apa dah dia buat kat hidup aku. dia boleh terus berpura pura baik dengan aku. entah entah dia yang dengki bila aku couple dengan Maznah. mana tahu. so aku dah tak nak bersama Nazri dah. biarlah aku bawa diri aku. mengubati luka hati dan kecewa.

tapi masa aku kerja kat kilang Carsem tu. aku ada jugak jumpa kawan baru macam Bakri dan Rostam satu line Pdip. diorang pulak bagi semangat jangan berhenti dan terus tinggal kat Ipoh. aku dah tak terdaya bertahan dengan member yang asyik tikam belakang ni fikirku. nasib dialah nak tinggal sorang ke apa ke.aku dah malas fikir pasal Nazri. so hujung bulan tu aku buat keputusan balik kampung aje. walau aku tak tahu apa yang menanti kat kampung pulak 

aku buat keputusan menyepikan diri dan mengundur diri dari cinta aku dengan Maznah. aku tahu tentu Maznah pun akan terluka. tapi jika itu semua boleh senyapkan mlut orang dari terus bercerita pasal aku dan fitnah aku itu ini. itulah jalan terbaik untuk menghuraikan segala kekusutan.  kalau pasal aku mak aku kena hina dan umpat dengan orang. kampung dan kalau pasal aku Maznah kena marah dengan kakaknya hari hari. biarlah aku menjauhkan diri dan menyepikan diri. tapi untuk berpisah atau buat kata putus dengan Maznah memang aku tak sanggup. biarlah ia hilang bersama masa. 

okey gaisss...habis dah cerita pasal aku kat Ipoh..di mana aku mengenal erti cinta dan kasih sayang sebenar walaupun hanya sekejap. Puti, Miza ,kak Noakila dan Maznah...baru aku tahu akan beza perasaan suka, sayang, kasih dan cinta...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)