Wednesday 17 February 2021

retro - manifestasi frustasi - part two


bulan Sept 1996 - masuk bulan ni aku dah takde kerja dan takde duit. aku punya life memang teruk masa ni. aku pun ambik keputusan duduk kampung dulu sebab takde kerja...mungkin aku boleh cari ketenangan kat kampung. aku pun duduk kampung...aku apply kerja pun tak dapat masa ni ..memang nasib sudah jatuh ditimpa tangga masa ni...

bulan Oct 1996 - dah dekat sebulan aku duduk kampung macam tu...aku macam apa entah...manusia yang takde tujuan hidup dah...sedangkan aku tahu Jannah dah bahagia. kampung aku dilanda banjir . aku pun kena banjir. cepat aje air naik. aku terpaksa keluar  dan bawak mak dan ayah aku ke tempat tinggi kat sekolah .masa ni aku pun lari dari orang ramai dan ada seorang pakcik ut nama Li achong yang tegur aku. dia kata dia kenal aku siapa. aku pun takde nak peduli orang kenal ke aku atau tak kenal aku masa tu. yang aku tahu aku dah tak boleh duduk kampung lagi dah aku kena bangkit atas kekecewaan hidup aku. biarlah kenangan hidup aku dengan Jannah dibawa air hanyut banjir ni...

bulan November 1996 - complete setahun aku frust sebab hajat aku terkubur. tahun 1995 lepas masa ni kakak Jannah reject lamaran aku. so, tahun ni aku kembali semula ke KL aku mengumpulkan sisa sisa semangat yang ada. duit aku pun takde dah masa ni. aku pun bermula dari bawah. aku cari kerja kilang aje. aku dapat kerja kat Kilang cat  Camel Pint jalan tandang. aku takde duit masa ni. aku sanggup kalan kaki dari Kinrarar  ke Jalan Tandang PJ...dekat area PJ State. punya teruk hidup aku masa ni...Allah aje yang tahu...

bulan Dec 1996 - bila aku dah ada duit sikit aku pun rasa elok aku berdikari aje dari menmpang rumah kaka aku. sebab takkan aku nak duduk free aje kan. nak bayar   takcukup duit lagi. so aku ambik keputusan berhijrah ke rumah mak saudara aku kat Kelana Jaya dan aku pun diorang cakap ada kerja kosong kat satu syariat kurier. dapat kerja kerani biasa pun dah okey. aku interview dan dapat kerja Personal Assistant. HR. hahaha...tak lari dari erja asal aku kat the Star. pun buat kerja yang sama. so, aku terima aje offer tu walau aku dah bosan buat kerja HR. aku menyewa bilik kat rumah panjang milik mak saudara aku. aku pegi kerja jalan kaki je awalnya dan bila dah sebulan aku beli motor kapcai buruk untuk aku senang pegi kerja. jauh nya tempat kerja ke rumah tu ada dalam 2 klometer. 

bulan Jan 1997 - dah masuk tahun baru ..aku try cari kerja kat tempat lain sebab kawan kawan aku kat situ pun ramai cakap kompeni kurier ni ada problem dengan Socso. staff komplen tak dapat keaidlan dalam tuntutan gaji diorang dan elaun desptch diorang. tapi ompeni takde Union so management buat tak reti aje dengan tuntutan pekerja. so, aku pun apply kerja kat satu syarikat kajiselidik media namanya Survey Research Malaysai. kat PJ State. aku dapat kerja tu. dan aku masuk lepas raya puasa.  

bulan Feb 1997 - aku kerja kat dept Coding iaitu kerjanya cuci data. camne nak expalin ye kerja aku. ala kalau ada macam orang susah nak key ed in dia bagilah aku dan dept aku kasi boleh keyed in balik. so dept aku under Data Entry punya Unit lah. kadag kadang takde kerja boss dia suruh aku keyed in data. tu bukan kerja aku tapi boss dia cina suruh jugak aku keyed in. aku dah teringat kat kompeni lama aku cina ciabi pnya pasal aku kena report kat menagement itulah ini lah...so macam sama je nasib aku kat kompeni baru ni. tapi yang bestnya HR dia baik sangat kat aku. 

bulan Mac 1997 - dah bulan Mac kan? aku sesekali balik kampung jenguk mak ayah aku...dan khabar terbaru mak aku cakap Jannah ex aku dah melahirkan anak pertamanya...adoiii yaiiii bagai duri tertusuk di hati..aku jadi down balik setelah aku susah payah nak bangun. so, korang tahulah aku bila down semangat kerja takde. first time down masa lost contact dengan Jannah masa kerja kat Proton dulu aku ponteng...second time down masa kerja kat the Star dulu aku baut tak tahu aje pasal kerja sampai aku punya kerja miserable. dan sekarang ni aku kerja tetap kat SRM pun aku down lagi buat sekian kalinya pasal Jannah...

 

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)