Sunday 14 February 2021

medan Kidd - aerodrome - from Ipoh with love episod 4


betapa mak Nazri, Nazri dan geng mak Nazri kepanasan bila hubungan aku dan Maznah semakin mesra. aku tak tahu apa ada dalam kepala mak Nazri bila geng dia yang nama makcik ba boleh menyibuk tanya mak aku kat mesyuarat dewan ..boleh busy body tanya pasal aku bagi kad Valentine kat Maznah. busy body betul....apa salah dan dosa kitorang kat diorang ni...aku pun heranlah...aku buat tak peduli ajelah..asalkan aku tak langgar atau buat apa yang salah dengan Maznah. aku tak peduli pun apa orang nak kata. 

so, perkembangan aku kat Ipoh...aku dah duduk menumpang sekali dengan Nazri kat rumah Yeop namanya kioorang panggil. dia memang nampak baiklah. aku pun jagalah perangai aku kat rumah orang kan. dahlah tak kerja nak menumpang rumah orang. so aku terfikir nak cari kerja buat sementara. aku pun apply kerja bas ekspress kawan Aris yang bagi tahu ada kerja sebagai penjua tiket bas ekspress. jadilah asal ada kerja. 

oh ye...kerja Proton tu aku tak dapat sebab ada kawan sudah kencing aku. adalah ceritanya...maksud aku kawan aku tu sekali dengan aku apply dan interview di hari yang sama. dan dia punya mak pun geng mak Nazri jugak. so entah macam mana aku percaya pada cakap dia dan masa interview aku gagal sebab aku demand gaji lebih sebab SPM aku gred 2. ala nak demand apa kan setakat kerja operator aje? so aku sudah kena klepet lah dengan kawan aku ni. takde rezekilah tu.

so aku tinggal dengan Nazri dan aku berulang ke bandar Ipoh dari pagi sampai petang. so, ada peluang aku makanlah sekali sekala kat gerai Miza. Miza macam biasa aje dan aku pun macam biasa. satu hari selepas sahur yeop tanya pasal aku punya kerja macam mana dan study macam mana. aku cakap aku kerja dan study tu aku rasa macam tak dapat nak teruskan. yeop tanya kenapa. aku tak tahu nak jawap. sebab kalau aku jawap dia tentu ingat aku main main. dia mana tahu pasal keluarga aku sangat. entah apa lah yang Nazri dan mak Nazri cerita pasal aku kat Yeop. sampai Yeop kata nak sponsor aku  duit yuran SPM sebanyak rm200. pagi tu yeop bagi duit kat aku dan suruh aku bayar kat pejabat pendidikan Ipoh. aku mulanya cakap tak perlu. tapi yeop suruh jugak aku bayar hari tu. aku serba salah. aku boleha je tolak duit yeop tu sebab memang aku punya study dah tak kemana dah . pasal Proton tu pun Yeop tahu. so mak Nazri dan Nazri memang cerita macam macam pasal aku kat Yeop. pada Yeop aku ni macam orang susah yang takde duit nak sambung belajar. macam tu. sedangkan aku dah memang tak nak teruskan SPM lagi masa tu. 

so hari tu aku bawak duit yeop dan nak bayar seperti apa yang dia suruh. sampai kat pejabat pendidikan. kerani tu cakap masa nak bayar dah tutup. kalau nak bayar jugak kena pergi KL bayar kat sana. so, memang takde rezeki aku nak ambik SPM tahun tu. aku pun rileks...so bila aku bagi tahu Nazri aku tak dapat ambik SPM tahun tu Nazri pun cakap nak pinjam duit seratus kat aku. aku anggap takde masalah kot sebab Nazri baik dengan yeop. aku pun bagi Nazri duit seratus dan berbaki lagi seratus. aku balik petang tu aku jumpa Yeop dan nak pulangkan seratus tu kat dia dan cakap dah terlewat nak bayar sebab tarikh pembayaran di tutup. aku cakapmacam t kat dia.

tiba tiba aje yeop macam marah dan cakap kat aku dia tak nak terima duit tu. dia nak jmlah rm200 jugak. dia tak peduli siapa yang pinjam. dia kata aku menipu duit dia.kat mana aku tipu pun aku tak tahu...dia kata aku main main...dia nak aku jelaskan total rm200 jugak. sombong gila betul kan...aku pun bukan nak sangat pun duit dia. dia yang bagi. aku tolak nanti kata aku tak sedar diri pulak. so, aku pun jadi macam orang salah duduk rumah yeop. nasib baik tak lama dah nak raya so aku dan Nazri balik kampung awal. 

oh ye..itu cerita pasal aku menipu duit dia..ada cerita tokoktambah lagi pasal perangai aku kat rumah dia. iaitu mengusik tunang orang. kakak ipar Nazri tu ada ramai adik beradik perempuan. satu yang jadi kakak ipar Nazri, satu yang isteri pada yeop dan seorang lagi yang selalu datang lepak rumah yeop setiap hari cuti. nama dia Norakila dia kerja kat SUK di pejabat Ipoh. umur dia tua setahun aje dari aku dan Nazri. dan nak jadi cerita dia dah pun bertunang. dia baik dengan Nazri dan entah macam mana dia baik pulak dengan aku. bukan baik biasa. tapi baik macam ada makna...dahlah cun dan muka iras Maznah...nanti aku story lagi kat entry atau episod seterusnya nanti...

sabar gaisss...bersambunggg....

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)