Thursday 25 February 2021

retro - Ina - gerimis mengundang

sekadar gambar hiasan

Ina - cinta kedua aku...gerimis mengundang...masa aku kenal Ina aku suka lepak kat restoran mamak depan central Market tu. so lagu lagu yang keluar semua lagu lagu dari KLFM . lagunya lagu nostalgia je semuanya...saah satu lagunya lagu kumpulan Bread samada lagu IF atau lagu EVERYTHING I OWN ..dia tak dengar pn semua lagu nostalgia ni..dia dengar  lagu macam lagu Yanni atau Kitaro. 

kisah cinta ke 2 ni start bila Jannah dah habis SPM tahun 1993 dan dia balik kampung dia kat Kedah. tinggal aku sorang sorang lagi kat kampung. cinta aku kat Jannah sudah melaluli macam macam fasa dan pada tahun 1994 tu dah melalui fasa ke 2.  aku dah rasa musim bercinta dan musim kecewa dengan Jannah. dan tahun 1994 tu aku melalui musim berpisah dengan Jannah. walau pun terpisah aku masih menyintai Jannah. aku hanya berserah pada takdirnya agar aku dan Jannah ditemukan semula.

so, aku pun mengadu nasib diri merantau untuk kesekian kalinya ke kota.   masa masa begini jiwaku sepi kerana Jannah sudah hilang dari radar..aku tak tahu ke mana Jannah...ada jugak aku bertanya pada maksu dan cheq..adalah diorang bagi alamat Jannah tapi tiada balasan. aku pun ambik keputusan. aku nak kumpul duit dan kalau da cukup duit belanja aku akan persiterikan Jannah jadi isteri aku. terpulanglah pada takdir jika ada jodoh aku dengan Jannah adalah. kalau takde aku terimalah..itu tekad dan cita citaku.

so masa sepi kat KL bohonglah kalau aku tak mengorat awek. aku ngorat san aku ngorat sini. lastnya aku kenal Ina. dengan Ina aku beum nak bagi tahu apa apa lagi sebab aku sendiri tahu awek kat KL ni pun sama je kesepian macam aku. diorang bukan nak cari yang permanent punya bf. maksudnya bf sementara atau part time lover je...aku pun tak mahu terlalu serius akan hubungan aku dengan Ina sama macam hubungan aku dengan awwek awek lain hahaha...

tapi dengan Ina aku rasa terlalu tenang. setenang cara percakapan dia...cara dia pandang aku...everything aku rasa aman damai bila aku dengan Ina. perkenalan bermula masa aku try call satu number yang kawan aku bagi. aku nak cakap dengan sorang tu tapi dia boleh pass kat orang lain dan ngaku takde rumah. ku boleh dengar dari telefon tu. fuhh dahsyat tu ramai peminat lah tu sampai boleh tipu tipu orang tak kisah. so, aku pun cakap kat orang tukang jawap tu. aku dengar semua tu dan aku offer nak kenal dengan ukang jawap tu aje. so yang tkang jawap tu Ina. Ina pun tak sombong dan layan aku. sebulan aku call dan aku ajak Ina date kat KL. 

Ina orang  Kuala Krai kelate. bayak typical pasal orang Kelate yang aku dengar tapi itu semua tak buat aku kisah pn. manusia bermacam ragam kan...rambut sama hitam hati lain lain...Ina ni kerja kat Kontena Nasional kat SUngai WAy.dia kerja bahagian HR atau Personnel Dept sama macam aku masa tu aku dah tukar kerja dari kerja Proton ke pada kerja the Star Publications. masa ku kenal Ina aku dah masuk tahun ke 2 aku kerja kat the Star.Ina memang baik tapi tiba tiba Ina cakap dia nak minta putuskan hubungan. dia cakap selamba aje "Az lepas ni kita tak payahlah jumpa lagi...terkejut aku Ina yang selam ni timang timang  perasaan aku lastnya dia hempaskan perasaan dan hati aku...jhancur berkecai,,,masa tu dia pun mengaku dia minta maaf...ak memang dah menjangka dia macam tu... kebaikan dia hanya pura pura aje..dia kata dia tak dapat lagi berkawan sebab dia dah nak bertunang. dia anggap aku kuat sebenarnya aku tak kuat..aku kecundang...

aku kecundang  dengan perasaan aku sendiri. aku memang ada perasaan kat Ina sungguhpun aku masih menyayangi Jannah yang entah apa kesudahannya dengan Jannah. aku pun dah cerita pasal cinta pertama aku dengan jannah kat Ina. Ina pun persoalkan apa kesudahan aku dan Jannah ni. Apa kesudahannya? sedangkan Ina minta putus dengan aku macam lagu Slam - gerimis mengundang.

dan kisah seterusnya? aku masa tu dah cukup duit dan belanja semua...aku cuma nak piang  Jannah aje masa tu. takpelah Ina hampakan perasaan aku kat dia. aku masih ada Jannah cita cita aku walaupun aku tak tahu apa kesudahannya. so bila dah ada duit kat tangan cukup dah belanja nak kahwin semua ni.kerja tetap pun ada...so, aku pun mintak mak aku merisik Jannah kat kakak dia maksu Minah. aku harap semua okey...

mak aku pun jumpalah maksu Minah merisik Jannah yang ada kat kampung. Jannah kerja kilang kat Penang. aku berserah aje masa tu sebab aku dah berusaha untuk memperisterikan Jannah. maka mak aku pun call aku bagi tahu keputusannya malam tu jugak. SAD BUT TRUE...Aku takde jodoh dengan Jannah. mak ak cakap masa dia tanya kakak Jannah tu...dia cakap keluarga sudah pun mengaturkan perkahwinan Jannah. maksudnya aku terlambat...orang dah kebas dan potong jalan...yang meminang dia saudara dia jugak. hemmmm...

so habis kat situ ajelah cinta pertama dan cinta kedua aku...dalam satu masa yang sama...Jannah dah ditunangkan dan Ina pulak nak bertunang...so aku pun kecewa jiwa melara hidup menderita...sampai setahun aku jiwa merana...tahun 1996 aku memang hidup menderita dah berhenti kerja the Star dan balik kampung cari ketenangan abadi.tahun 1997 aku datang balik merantau dengan sisa semangat yang ada terima hakikat Jannah dan Ina sudah jadi milik orang. aku asyik tukar kerja aje sepanjang tahun 1997 tu. memang perit aku nak tanggung luka cinta aku tu terluka di hati sampai dua kali...daam pada nak lupa pada cinta pertama cnta kedua pun menghampakan hidupku. namun entah macam mana aku terus aje hadap semua tu dan anggap semua tu dugaan hidup aku Allah bagi. aku bertekad akan hadap aje semua dugaan...macam puisi Usman Awang...- patah sayap bertongkat paruh...patah paruh betongkat siku...patah siku bertongkat dagu...

dan akhirnya hujung tahun aku dapat kerja kat UMES - Utusan Media Sales kat PJ...so aku masa tu kena demam denggi dan masuk hospital seminggu. lepas aku discharge aku kehilangan bapak aku pulak meninggal dunia sebab sakit jantung. so bermula dari itu aku bangkit semula untuk menghadapi cabaran hidup aku. aku lupakan pasal Jannah dan Ina yang dah bahagia dan aku nak cari kebahagiaan hidup aku pula. okeyhabis lah cerita pasal 3 orang yang pernah jadi impian hidup aku. oikuan, Jannah dan Ina...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)