Sunday 14 February 2021

medan Kidd - aerodrome - from Ipoh with love episod 3

 

sorri gaisss...hahahaha...

so ceritanya bersambunglah macam biasa aku nak exegerated kan...kisahnya aku mengaku aku jatuh hati kat Maznah dan declare aku cinta kat dia dengan kad Valentine tu. malam tu aku terus dibuai mimpi indah yang Maznah sudah jadi awek aku. dan aku jadi pakwe Maznah. termeteri ikatan yang takde siapa nampak dan takde siapa tahu. hanya aku dan Maznah aje yang tahu. 

keesokkan harinya aku gerak awal sebelum pukul 10 sebab aku ada urusan penting. mungkin Allah dah susun untuk aku. aku frust dengan Puti. aku punya study ke laut. dan akhirnya aku dan Maznah jadi couple. dan kalau ada rezeki aku kerja Proton.so, bye bye lah study...jumpa lagi di masa hadapan. aku dah tetapkan nak kerja aje lepas ni. 

lepas habis interview aku balik kampung dan jumpa Maznah lagi. aku memang takde kerja masa tu sebab tu aku takde problem stay kat kampung lama sikit. so, aku nak uruskan semua pasal kat Ipoh nanti. aku jumpa Maznah buat kali kedua lepas aku declare hasrat hati aku kat dia. dia datang mengaji macam biasa bila hari minggu sabtu dan ahad. kali ni dia datang terus ajak aku ambikkan buah kelapa untuk dia. dia dah tak segan dah dengan aku. sekarang sejak dah jadi couple ni asyik main suruh suruh aje kat aku. sebab apa? sebab dia tahu aku sayang dia dan dia pun sayang aku. mak aku pun suka kat dia dan mak aku cukup sporting biarkan aku brgurau dan bermesra asalkan tak melebihi adat dan tahu menjaga harga diri masing masing. 

aku sangat bersyukur kerana sudah diketemukan dengan gadis idaman dan masing masing menyintai antara satu sama lain. aku kena jaga nama baik mak aku dan juga nama baik Maznah serta nama baik keluarganya. aku takkan ajak Maznah berdating ke apa ke. cukuplah kalau aku nak jumpa dia aku balik dan jumpa dia masa dia datang belajar mengaji rumah aku. cukuplah jumpa sekejap sekejap. takde surat takde telefon. hanya bertemu seminggu sekali cam tu. Maznah pun dah selalu datang rumah aku walau aku takde kat kampung. dia bukan setakat nak berccinta dengan aku tapi nak jalinkan hubungan baik dengan keluarga aku. itulah cinta style aku dan Maznah. aku berdoa dan berharap agar hubungan suci kami ni akan sampai kematlamat yang kami hajatkan iaitu .....haha kahwin? why not...kalau ada jodoh...

aku tak sanggup nak lepaskan atau kehilangan Maznah kat sesiapa...aku tak nak sesiapa pun yang menyentuh hatinya selain aku. biarlah segala cinta yang ada dalam hati aku aku berikan padanya. dialah segala galanya bagi aku. takkan ada insan lain yang boleh menyentuh hati aku. dialah permaisuri hati aku. tapi itulah kalau kita fikir macam angan angan memang best. hakikatnya? aku masih takde kerja dan hidup aku masih terumbang ambing. so, macam mana tu? takpe bila sudah ada penyeri hati aku akan hadapi segala galanya dengan cekal di hati. 

hidup aku bahagia sebahagia bahagianya masa tu. memang Nazri pun hairan...dia pun tanya kenapa. aku buat tak tahu aje. lastnya dia tahu juga sebab kisah aku bagi kad Valentine dah heboh jadi buah mulut kakak Maznah, nmak Nazri dan jugak geng persatuan Wanita Umno kat kampung aku. so glamerlah aku sebab bagi kad kat awek...tu Nazri cakap nama aku jadi bualan mak mak yang sibuk takde cerita lain..melainkan nak mengumpat. aku cakap kat Nazri. aku peduli apa bukannya ku kacau hidup sesiapa. Nazri nampak bengang bila aku cakap macam tu sebab yang sibuk bercerita tu mak dia jugak. aku heran jugak apasal lah yang mak dia dengki ke cemburu ke...anak dia jadi playboy takde pulak mak dia nak cerita...

sebenarnya gaisss...mak dia dan geng dia ada plot nak burukkan nama aku dan malukan mak aku. adalah cerita dia...sebab mak aku mengajar mengaji al quran dan ada jugak yang terkesan sebab amk aku mengajar tak mintak upah mahal. cukup seikhlasnya dan ada saingan seorang ustazah isteri imam madrasah tu. tapi semua budak budak kampung semua nak belajar dengan mak aku. sebab mak aku tak berkira asal ikhlas dan mak aku tetap ajar walau tak bayar berbulan. 

sedangkan geng mak Nazri tu baik dengan ustazah tu dan selalu dengan geng kat masjid konon ustazah tu establish gitu...so mungkin ustazah tu kurang masyuk sebab dia charge mahal sebab dia ustazah gitu...tapi dah orang tak nak hantar anak belajar dengan dia...nak salahkan siapa? so berjalanlah agenda demi agenda untuk menjatuhkan nama aku dan memalukan nama mak aku. 

sedangkan ceritanya baru bermula. kisah aku dan Maznah kat kampung. dan bermulalah pulak kisah aku kat Ipoh yang aku belum ceritakan lagi sejak aku dan Nazri menumpang kat rumah keluarga kakak ipar Nazri. aku dan Maznah makin lama makin mesra dan mak Nazri dan Nazri sendiri rasa macam cacing kepanasan. hahahaha....mesra sampai bapak aku yang selama ni tak ambik pot pun pasal aku tapi dia boleh cakap kat mak aku dia berkenan kat Maznah nak buat menantu bila Maznah pun selalu lepak rumah aku dan tolong mak aku memasak kalau dia free. 

so gaisss...bersambung lagi ke episod seterusnya....

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)