Sunday 7 February 2021

retro - neighbourhood kampung


kadang kadang kalau kita terdengar lagu lagu lama masa kita kecik kecik dulu...persekitaran tu sendiri menggambarkan apa yang kita lalui. macam aku lah...aku dulu kat kampung kira jiran atau kejiranan memang suka pasang lagu atau radio diorang. begitu aku mengenali akan diorang punya personaliti atau keluarga diorang.

kalau kat rumah aku sendiri - lagu yang aku first dengar Sudirman rasanya...lagu Kasih tu...aku siap joget macam style Sudirman...semua gadget radio ada kat rumah aku sebab bapak aku minat dengar muzik. ada radiogram lama. ada pemain piring hitam ada katrij dan kaset pun ada.

family Ita ...jiran dekat rumah ...adik beradik dia ada 5 orang. masa tu aku baru je darjah 1. Ita darjah 2 tua setahun dari aku. adik beradik Ita ...kakak sulung Zu dia ni series sikit, kakak nombor 2 Yan dia ni pulak kelakar dan lastnya bertudung berpurdah dia..Ita anak ke 3 stylo sikit dan Jai adik lelaki pertama dan adik lelaki ke 2 Nomei. keluarga Ita ramai jugak dan pekerjaan ayah Ita mungkin security masa tu aku pun tak sure. tapi di rumahnya masa tu mempunyai telefon. sedangkan kejiranan lain takde kecuali diorang. rumah Ita kecik aje masa tu. nak makan tengahari pun diorang punya lauk ikan cermin yang digoreng bersama tepung.bila kat rumah diorang selalu mainkan lagu lagu Alleycats...antara lagu Alleycats yang selalu diorang pasang ialah lagu album Kuching 4 ...lagu Hingga Akhir Nanti dan lagu Seribu Bintang.

family Ana - family Ana ni sebab Ana tinggal dengan opah dia. opah dia mengalami sakit dimentia atau nyanyuk. suka melatah tapi itu bukan kekurangan pada Ana. Ana macam biasa aje. Ana dan Ita mempunyani hubungan kekeluargaan. rumah pun sebelah menyebelah aje. masa tu sebelum Ita buat rumah kat depan main road. memang susah nak dengar lagu apa yang Ana selalu pasang. Ana pun pendiam aje sebab dia punya parents berpisah pasal tu dia duduk dengan opah dia. yang aku. seingat aku dia pernah nyanyi lagu Jamal Abdillah -lagu Derita Cinta.

family Chang @ Ahmad Nasarudin..dia ni kira kawan baiik aku masa tu lah...dia ni budak cerdik dan adik beradik dia pun cerdik. adik beradik dia Mai, Jan dan Yus ..mak dia pure orang Perak daerah Kuala atau Bota...memang cakap Perak ajelah mak dia. keluarga dia terpaksa menjalalani tempoh hard times bila bapak dia diberhentikan kerja sebab masalah tataterbib dituduh menerima rasuah. kerja govt tapi aku tak tahu dept apa. dengan Chang aku berpeluang dengar lagu Kembara ...aku hairan sebab Chang ni masa sebelum sekolah menengah bukan main kamceng dengan aku tapi bila dah naiik tingkatan 1 dia dah tak pedulikan aku...ada ye macam tu?

family Chek atau maksu Minah - masa ni dia suka pasang lagu Sohaimi Mior Hassan tu...Chek pun selalu nyanyi lagu tu..epilog cinta dari Bromley... Cheq anak first dan lambat dapat adik. umur dah 12 tahun baru ada adik nama dia Heri. mungkin mak bapak dia plan ...tapi mewah jugak Chek ni sebab aku kalau nak main kereta mainan besi tu pergi rumah dia lah... aku pun masih kecik lagi..beza umur aku dengan Chek 4 tahun. mak su Minah ni ramai adik beradik. so mungkin sebab dia dan paksu din suami dia macam orang senang sebab paksu din kerja assistant DO kat Slim River. ..aku pernah lah mintak tolong paksu mintak rekemen dari tuan DO sebab aku nak further study form Six kat Tanjung Malim tapi paksu Din tak tolong pun. sebab aku punya result SPM walau pass Gred  2 tapi tak cukup grouping tu aku drop tak dapat sekolah kerajaan tapi kalau nak masuk sekolah bayar boleh je...tapi family aku mana ada duit... . so aku kena merayu. tapi tu lah takde paksu din nak tolong rekemen dah. dia suruh aku pergi jumpa tuan DO sendiri. so maksu Minah sara persekolahan adik beradik dia dari kampung di Kedah. yang hairannya adik beradik maksu tak pernah sunyi dari ada affair dengan anak anak jiran. termasuklah dengan aku sendiri hahaha...aku punya affair dengan adik maksu Minah yang nama Maznah...sekejap aje aku bercinta dengan Maznah sebab aku difitnah masa tu aku merantau kat Ipoh. aku terpaksa menyepikan diri dan terpaksa meleraikan kan segala kekusutan.

family Oly - aku panggil kak Oly sebab dia tua dari aku...suka pasang lagu Carefree...siap nyanyi lagu rakam kat dalam kaset lagi Oly ni...lagu Belaian Jiwa tu. dia pun style macam ala ala tomboy...tapi muka cun...adik beradik boleh kata ramai jugak dan dia anak bongsu. mulanya dia menyewa belakang rumah Sham...lepas tu sewa kat rumah Juliana ...sewa kat rumah opah Linda dan last  sekali sewa kat  taman Kandiah. Oly ni yang aku tahu ada affair dengan adik maksu Minah atau sepupu maksu Minah nama dia Sham jugak namanya... ni Sham lain bukan Sham member aku. tempat dating diorang kat depan rumah opah Linda depan jalan tu. malam malam ada je dorang kat situ berdua...

family Linda depan rumah aku. Linda ni pun sama macam Ana tinggal dengan Opah dia. dulu kakak aku punya kawanlah Linda, Oly dan Zu sebab umur dekat dekat sebaya. kalau kat rumah Linda ni aku tak berapa ingat dengar lagu apa...mungkin lagu The Unwanted atau lagu Revolvers...lagu kawan setia sebab masa tu aku menangkap ikan kat longkang  belakang rumah dia. dan selalu jugak aku ikut kakak aku dan Linda jogging pagi pagi...rumah opah Linda ni keras jugak kalau sekali lalu malam malam kat rumah tu. hahah serammmm...

family terakhir dalam kejiranan adalah family Sham. dulu bapak dia berniaga buah buahan kira macam mewah jugak family Sham ni sebab apa sahaja yang budak budak nak...semuanya dia ada macam basikal BMX...peralatan sukan macam badminton dan bola. kasut bola semua Sham ada. adik beradik dia 3 orang je Sham Shimah dan adik.lagu masa tu dia suka pasang entah aku dah lupa hahahah...mungkin masa tu popular lagu Kenny Remy & Martin - Ku Petik Bintang Bintang...

alamak aku terlupa satu family lagi kat sebelah rumah Sham. ni kira orang ado ado jugak sebab rumah dua tingkat..so yang tinggal ialah family Mona...Mona ni sama macam Linda dan Ana. dia tinggal kat rumah opah dia. adik beradik dia berdua aje dengan cik Jah... nama macam perempuan tapi lelaki. kat rumah Mona ni aku selalu beli aiskrim dan ada satu aci duduk kat belakang rumah Mona ni jual kacang putih.Mona sama macam Chang budak cerdik. dia kurang join dengan kitorang sebab tak sama sekolah. walau satu kampung. aku punya sepupu pun duduk kat area depan sekali memang tak campur sebab sekolah lain.kitorang sekolah Melayu diorang sekolah Inggeris.

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)