Wednesday 17 February 2021

retro - manifestasi frustrasi - part one


bulan Nov 1995
- selepas hasrat hati aku untuk melamar gadis pojaanku ditolak mentah mentah...aku jadi down sangat...aku macam tak boleh terima hakikat...aku jadi depression dan dilanda kemurungan. aku sendiri tak tahu apa aku buat masa tu....yang aku tahu aku banyak menghabiskan masa dengan kawan aku Ismail staff bahagian store dan jugak seorang kawan dia. duit aku yang ada tu aku enjoy setiap hari minggu dengan Ismail. aku dah lupa diri dah...aku tak ingat dah ...aku nak lupakan yang cita cita aku dah hancur berkecai dengan cara brsukaria. aku ingat aku try ngorat awek UIA kerja library masa balik kat gate...kena reject haha.. ya aku mula start smoking...hemmmm...

bulan Dec 1996 - aku kumpulkan semangat...aku cuba terima apa yang ditakdirkan..sebab masa ni aku ada banyak duit so tak terkesan sangatlah...duit share 1 lot saham ada 2 ribu. duit bonus pun ada lagi untuk tahun depan 5 bulan. so, duit ada...jodoh takde. so suruh mak cari jodoh lah...hahaha..masa ni terpikat kat anak murid mak nama Jee tapi dia kecik sangat baru SPM.. nak tunggu? entahlah...nama Jannah aku pelan pelan lupakan... awek petik jari je masa ni...tapi dapatkah mereka menjadi pengganti Jannah? tidak sama sekalai. aku hanya menyiram cuka pada hiris luka yang pedih ...

bulan Jan 1996 - aku masa ni dah rasa takde special lagi pun dalam hidup aku...aku ada try tackle sorang staff  library nama Mai tapi dia macam tak ska kat aku dan dia kata aku palyboy. yang kata aku playboy tu sebab aku tak layan dia staff circ. nama Rohana. pelik dia kata aku bagi dia bunga ...pelik sungguh perempuan ni. dan lepas dia hebahkan satu library aku dapat tahu yang kaki gossip tu kawan aku juga nama dia Latiff. Latiff ni macam ada personal issue dengan aku. tapi dia masih baik dengna aku. mungkin dia nak kenakan aku.   

bulan Feb 1996 - aku sempat hubungi Noriza seorang kenalan surat pen pal aku masa sekolah dulu yang sekarang ni dia student UM . aku sempat jumpa dia. orangnya kecik molek aje.  aku jumpa kawan Aiza sungai Way yang kerja KUBB kat State.

bulan Mac 1996 - aku dapat tahu lepas raya ex gf aku kahwin masa cuti sekolah. apa aku buat ? entah..aku teringat aku beli kaset Sepultura ni ..album Sepultura ni memang lain sangat dengan Thrash Metal. dia macam MANIFESTASI frustrated aku lah selain albun KREATOR dan aku ambik poster tu aku tambah words   

JANGAN GANGGU GUA TENGAH FRUST  

sampai abang ipar aku nampak poster kat bilik aku tu. lepas tu aku sempat ambik gambar kat balkoni. dan lepas tu aku kena pindah ke Kinrara. Puchong.aku ambik cuti balik kampung masa raya tu dengan Norma awek satu dept. masa ni Norma macam nak close dengan aku.aku dah pun tender resignation masa ni.maksudnya aku memang betul betul nak berhenti dari the Star sebab aku di diskriminasikan.Norma cakap tunggu dapat bonus dan ex gratia dulu baru berhenti. aku ikut cakap Norma. so aku plann berhenti bulan Julai macam tu. Norma nasihatkan aku ambik kursus kat ITM atau IKM ke.

bulan April 1996 - aku dapat berita sedih yang anak saudara aku meninggal dunia sebab lemas kat lombong tinggal. dan amsa aku balik kampung kenduri tu. aku terjumpa Ina anak jiran kakak aku. Ina masa tu pun single. dia lah yang kakak aku rekemenkan untuk ganti Jannah. memang cukup sifat segala galanya Ina ni. tapi masa tu aku masih sedih lagi walaupun aku suka kat Ina dan semua orang termasuk family Ina sendiri bagi greenlight. aku masih teringatkan Jannah walau aku tahu dia sudah pun menikah walau belum bersanding.

bulan Mei 1996 - masa ni aku dah tak tahu apa nak fikir. aku tak tahu nak buat apa. lastnya kawan aku LAiff ajak aku bercuti ke Pangkor kampung dia. aku pun ikut sama dengan Frankie staff dept Newsdesk. dan aku tahu masa ni Jannah dah bersanding dan membina mahligai bahagia dia. aku rasa nak terjun laut je masa ni hahaha...takdelah...aku masih waras lagi walau sedih tu tak dapat nak ucap dah. aku sedih...ku keciwa. 

bulan June 1996 - aku mula mengarang surat berhenti kerja. aku memang dah tak boleh buat kerja. ada aje masalah aku kat tempat kerja. ada aje kerja aku yang salah masa ni. dan satu satunya awek yang masa ni aku selalu call ialah Maslina awek akmpung yang kerja kat Penang jugak. aku masih layan Mas...walau aku takde hati kat dia. setakat call aje dan sembang.  aku masih keluar  dengan mana mana awek pun...hahahah..palyboy? mana ada....

bulan July 1996 - aku bagi surat berhenti dan bermula dari hari aku bagi surat tu tinggal sebulan aje lagi aku kerja kat the Star. ak tak dapat kerja mana mana lagi. ku memang nekad berhenti sebab aku dah takde hati nak kerja the Star dah. bonus pun dah clear dah. takde bonus dah selepas 5 bulan dapat extra gratia. duit aku pun dah makin kurang. perfect! lepas ni takde kerja dan takde duit....

bulan August 1996 - aku resmi tak kerja the Star dah...aku keluar cari kerja dan memang susah nak dapat kerja... aku jadi penganggur terhormat sekarang. padan muka aku...sengaja cari pasal ...hanya sebab seorang perempuan aku patah semangat nak hidup.



 

 


No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)