Tuesday 16 February 2021

retro - Sour Grapes - Part Last 1996


Takde siapa boleh menolak takdir. jika itu yang di takdirkan buat kita. Well...the rest of the story is very personal and very painfull

Lama juga aku ambik masa baru aku boleh bangkit semula setelah kekecewaan yang terbesar melanda hidup aku. ibarat hidup aku dipukul ribut taufan dan aku kehilangan segala galanya.

Selepas aku berhenti kat tempat kerja lama aku rasa down sangat dan balik kampung mencari ketenangan jiwa...aku tak boleh terima hakikat masa tu yang dia akan jadi hak orang lain. apa yang mampu aku buat masa tu...termenung sana sini sampai satu masa kampung aku dilanda banjir. aku rasa persekitaran aku pun turut beredih sama macam aku. semua dah takde mana dah masa tu. aku hanya termenung menyesali diri sebab aku merajuk teruk. takde siapa boleh pujuk.

Bila keadaan dah reda sikit sikit aku cuba terima hakikat . Barang yang dah lepas tak guna aku kenang lagi. Aku kena bangkit semula dari semua kesedihan. Aku dah takde kerja. duit pun dah takde. so aku bermula dari bawah. aku pun merantau lagi mencuba nasibku. mula mula aku kerja kompeni cat kat PJ. lepas tu bila dah ada modal sikit aku minta kerja kat syarikat Kurier City Link di Kelana Jaya. Kat situlah aku bangkit dan lupakan cerita lama. Memang perit nak bangun semula. tapi apa pilihan yang aku ada.

Dia dah lupakan aku..dia sekarang dah syok asyik tunggu Malam untuk rutin bersedap sedap Persenyawaan Dan dengar lagu Aku Cinta Padamu - Siti Nurhaliza

Sedangkan aku Bagaikan Hampir hilang lenyap dari dunia ni dengar lagu Mahligaimu Dari Airmataku - Lestari...Hemmm...Biarlah dia hidup bahagia dengan pasangan hidupnya. Untuk aku aku hanya berdoa supaya masa depan aku sebahagia dia dan sebahagia orang lain.

August and everything after....apa yang aku masih ingat masa tu bila aku meminta ibu aku merisik dan tak sempat aku nak melamar sudah di tolak mentah mentah...tanpa ada perbincangan dengan tuan punya badan. kakak dia mengatakan yang keluarga di kampung sudahpun mengaturkan segala galanya dan impian aku hancur berkecai.

aku terus membawa diri dan aku tak tahu dan tak ingat apa yang aku buat masa tu. kalau korang baca semua kisah aku korang hairan kenapa aku boleh ingat semua tapi serius aku tak ingat apa djadi kat aku bila aku ditola mentah mentah macam tu. aku macam jadi gila atau hilang kewarasan sekejap kot. tak ingat lansung apa aku buat. yang aku ingat duit aku nak meminang tu aku buat ambik cntinue study part time kat UITM ambik sijil pengaturcaraan komputer.

dan yang lain lain aku dah tak ingat dah. selepas itu ibu aku selalu sangat call aku dan aku mengelak untuk manjawap panggilan ibu aku. aku memang merajuk teruk masa tu. siapa pun tak boleh pujuk aku dah. walaupun ibu aku sendiri.

dan akhirnya cerita di sampaikan kan aku leh kakak aku. dia ada balik berjumpa dengan ibu aku meminta kepastian yang aku ada merisik dia pada kakaknya.

perkahwinan dia bermasalah. aku rasa dia macam nak mengelak juga untuk meneruskan perkehwinan. mak aku menasihatkan dia supaya ikut aje apa yang keluarga dia aturkan.

kakak dia pulak macam nak bagi greenlight kat aku bila kakak dia menemui ibu aku untuk mencari jalan pada semua ni. memang kakak dia delaykan perkahwinan tu.

sedangkan luka hati aku dah tak terubat lagi...aku dah lupakan semuanya. aku dah tak nak merosakkan hubungan mereka satu keluarga sebab yang meminang tu saudara diorang jugak.

entah betul ke aku buat aku tak tahu tapi aku memang merajuk hati masa tu. mana ada orang meminang sampai dua kali...

so, aku memang silap sebab merajuk macam tu...aku biarkan aje semua tu berlalu. kalau itu boleh membahagiakan dia. biarlah aku yang menderita...

tak mengapa...aku doakan dia bahagia...aku akan cuba sedaya upaya aku untuk melupakan dia.

dan khabarterakhir aku dapat tahu dari kakak aku ialah yang dia terpaksa berubat untuk meneruskan perkahwinan tu....

Well ...sebenarnya aku menagmbil masa setahun nak struggle untuk lpakan bekas kekasih ni. dalam tahun 1996 sampai 1997 aku asyik tukar kerja aje sampailah satu masa aku masuk hospital kena denggi.

itulah dugaan hidup aku selepas dia kahwin orang lain. dan hujung tahun 1997 jugak orang tua aku meninggal dunia. so, aku rasa aku kena pikul tanggungjawap dan tak mahu sia siakan ibu aku. ibu aku perlukan aku untuk meneruskan kehidupan dan move on. itulah asalnya aku cekal kan hati MOVE ON. akhirnya aku kerja tetap kat syarikat Utusan Melayu sampailah aku temui pengganti dia.

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)