Saturday 13 February 2021

medan Kidd - aerodrome - from Ipoh with love episod 6


so gaisss...dengan fitnah dan tohmahan apa bisa lagikah aku bertahan kat Ipoh gaiss...maruahku tercalar gaisss oleh mereka mereka yang cemburu dengki dan iri hati dengan aku dan family aku. yang tak suka melihat akan aku bahagia. termasuklah saudara aku sendiri dan termasuklah sahabat baik aku sendiri...orang orang yang aku percaya menikam aku dari belakang gaisss...ya aku di tikam dari segala sudut gais...depan belakang kiri kanan atas bawah...

dicerca ,dihina, dikeji, dicaci, namun berbekalkan sisa sisa semangat yang masih ada. aku terus berdiri gais namun ada juga yang harus aku korbankan. aku harus korban kan segalanya. aku terpaksa korbankan perasaan aku dengan Maznah. aku tak mahu dia terseret dengan masalah aku. dan aku tak mahu mak aku jugak terseret dengan masalah aku. kerana dua orang ni yang paling penting dalam hidup aku. so, aku kena korbankan cita cita aku. aku kena korbankan perasaan aku untuk mengundur diri dari cinta dan cita cita aku. 

perkara pertama yang harus aku lakukan ialah menebus kembali harga diri aku yangh dipijak pijak oleh yeop dan mak Nazri. dengan menyelesaikan hutang aku yang rm200 tu. lepas raya aku pun duduk dengan Nazri kat Aerodrome. aku kerja kat Carsem kilang area situ. aku punya sewa rumah kongsi dengan Nazri separuh separuh. tapi satu rumah so kena bayar rm100 sorang. aku pun start kerja shift malam dan shift siang yang takde bezanya pada aku masa tu.hinggalah aku dapat first gaji aku.

aku harus selesaikan semua perhitungan aku dengan manusia sombong bernama yeop ni dulu. lepas aku dapat gaji first kerja kilang Carsem tu. aku pergi rumah yeop. masa tu pun hari raya haji. aku sampai aje rumah yeop dan aku bagi salam. aku nampak kereta mak Nazri pun ada. elok sangatlah dia jadi saksi aku settle apa apa dengan yeop.aku masuk dalam lepas beri salam aku tengok kak akila pun ada. lepas tu ada dua orang tua mungkin mak dan ayah dia. serta mak dan ayah Nazri. 

ha Mi..lama tak jumpa kamu. nampak kurus kau Mi? tegur yeop kat aku. aku salam semua orang dan aku duduk . aku keluarkan duit rm200 aku letak atas meja. ini duit yang saya hutang yeop rm200 duit tak jadi bayar duit periksa tu. aku keluarkan lagi rm100. ini duit sepanjang saya duduk kat rumah yeop selama 10 hari. aku keluarkan lagi rm100 ..ni ada duit lagi kalau tak cukup ambiklah semua yeop. maaf kalau saya susahkan yeop selama ni. aku letak rm400 kat atas meja disaksikan mak Nazri dan ayah Nazri. dan jugak mak kak Akila dan ayah kak Akila.

muka yeop mula nampak berubah...bukan macam tu Mi...sebenarnya yeop nak minta maaf sebab tuduh kamu tipu yeop. yeop salah faham hari tu dan masa tu yeop ingat kamu nak lari. tapi yeop salah..kamu orang baik Mi. memang yeop selalu jumpa orang yang menipu selama ni tapi yeop salah tuduh kamu. maafkan yeop Mi.

tak mengapalah yeop...cuma saya harap selepas ni yeop janganlah pandang rendah kat orang macam saya. memang saya takde duit atau susah tapi saya ada harga diri yeop.okey terimakasih yeop. saya nak beredar dah. kataku bila semua dah selesai aku settlekan. demi aku nak melangkah keluar aje nama aku dipanggil oleh kak Akila.

Mi...tunggulah dulu kalau iya pun minumlah Mi...sampai hati Mi ..dengan akak pun Mi marah dan benci ke...kata kak Akila bila aku mla menyarung kasut.

maafkan saya kak akila..dan aku pandang kat mak ayah kak akila. maafkan saya makcik pakcik kalau ada salah saya atau kacau kak akila ni yang saya anggap macam kakak saya aje...aku pun angkat kaki ...berambus dari rumah manusia sombong bernama yeop tu...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)