Sunday 14 February 2021

medan Kidd - aerodrome - from Ipoh with love episod 2


so, aku pun ikutlah Nazri menumpang sementara kat rumah keluarga kakak kepada kakak ipar dia tu. aku memang rasa janggal nak tumpang sebab aku tak kenal pun mereka tu. tapi Nazri cakap sementara dapat rumah sewa baru. dan sepanjang bulan puasa je. lepas raya kitorang pindah rumah baru. aku pun ikut ajelah sebab aku rasa rancangan Nazri okey. tapi tak sangka sejak itu semuanya mengubah hidup aku. 

sebelum tu jugak mak aku bagi tahu aku dapat offer letter dari Proton Shah Alam. offer interview....so aku macam berbel;ah bahagi. aku tak tahu nak buat apa. niat asal aku nak ambik SPM dan repair result supaya aku dapat further study kat Politeknik Ipoh tu. tapi sepanjang aku duduk Ipoh lain yang aku buat. study entah ke mana...kerja pun entah ke mana...sedangkan aku asyik mintak duit belanja dari keluarga aku je sebab selalu sesak. 

so aku fikir dalam dalam...memang tak sesuai aku ikut rentak Nazri...aku kena fikir keluarga aku kat kampung jugak. cita cita tu biarlah aku hold dulu. so, aku pun jumpa dengan kawan aku Aris dan Miza. aku ceritalah problem aku samada nak kerja atau study tapi menjadi beban pulak pada family aku. Aris cakap jangan ikut rentak Nazri dia anak orang berada sebab abang dia support dia study sedangkan aku hanya mengharapkan mak bapak je. Aris suruh aku berpijak di bumi yang nyata. Miza pulak suruh aku hidup berdikari dan tak payah sama dengan Nazri sebab Miza tahu kisah Nazri dan Puti yang mengkhianati aku.aku ada jugak cerita dengan Nazri pasal ni dan dia kata kalau aku pergi interview Proton tu dia kata aku dah gagal. aku tak sangka dia nak cakap macam tu kat aku.

sebelum kitorang pindah tu pun aku sempat lah jumpa Miza . memang Miza sedih nak berjauhan dengan aku.dia takut aku lupakan dia. dia ajak aku datang sambutan birthday dia memang hari aku kena pergi interview tu. so, aku tak dapat lah pergi birthday dia .aku pun cari hadiah ala kadar aje untuk sambutan birthday dia. aku bukannya kerja masa tu dan aku bajet hadiah dalam rm10 je...aku ingat nak beli kad hari jadi dan beli coklat aje.

dalam kelam kabut sebab sebelah petangnya aku kena balik kampung naik bas selepas Jumaat. pagi tu aku ke bandar Ipoh dan beli kad serta beli coklat. aku main ambik aje kad tu dan bila aku balik rumah aku tengok rupanya kad tu kad Valentine. sebab hari birthday dia pun 14 Februari. aiseyyy...memang taklah aku nak bagi kad tu pada dia. nanti dia ingat aku cinta kat dia pulak. so aku terpaksa bagi coklat aje kat dia...nasib baik dah bungkus elok elok.aku terfikir apa aku nak buat dengan kad tu. Nazri mintak tapi aku tak bagi...aku simpan aje...

so, petang tu aku bergegaslah jumpa Miza dan bagi hadiah coklat. masa nak balik tu Miza macam nangis je sebab dia tahu aku nak pindah dengan Nazri. aku cakap doalah aku dapat kerja Proton tu. dia pun angguk sedih. Miza ni okey...dia cantik manis...muda solid bergetah...cuma aku tak ada perasaan kat dia entah kenapa. ..aku anggap dia macam adik aku aje.

so, aku pun balik kampung sementara nak ke KL atau ke Proton Shah Alam untuk interview. so hari minggu aku kat kampunglah. pagi sabtu macam biasa je aku ambik tiket hari Ahad. sebab interview hari Isnin dan aku kena bermalam kat rumah mak saudara aku di Petaling Jaya. aku tak ingat apa pun aku hanya ingat nak kerja aje dan pasal SPM aku tak fikir sangat dah. 

tiba tiba peristiwa pagi Sabtu tu pun mengubah hidup aku selamanya. aku bersarapan kat dapur dan ada orang bagi salam. aku jawap salam. rupanya yang bagi salam tu Maznah adik Yati. rupanya dia belajar mengaji quran setiap sabtu dan ahad pagi pagi dengan mak aku. dia pun nak masuk dan senyum kat aku. aduhaiiii bergetar rasa jiwa aku tengok dia. betapa selama ni yang aku nanti nantikan ada di depan mata rupanya. rupa rupanya dialah gadis idaman aku selama ni. senyuman manis dan suara menegur aku.

ohhh...abang Mat ada...abang Mat cuti ka? Maznah menegurku yang hanya memandang dia tanpa jawapan sepatah kata dari mulut aku. aku sangat terpikat dan jatuh hati pada dia. memang dialah gadis idamanku selama ni. dia yang sudah berumur 16 tahun dan dia sudah pun lepas SRP dan belum lagi nak ambik SPM. masa masa macam ni aku tengok dia dah muda remaja. seorang gadis yang sangat menarik dan membelah jiwa teruna aku. aku jadi kasmaran...aku rasa inilah masa yang paling tepat untuk aku lahirkan perasaan aku yang selama ini aku pendamkan. aku tak tahu caranya sebab aku bukan playboy. aku takut dia tak terima aku. aku takut kecewa. tapi lebih baik kecewa dari aku tak bagi tahu dia perasaan aku. tapi bagaimana caranya. 

aku teringat pada kad Valentine yang aku silap beli tempoh hari. rupa rupanya Allah dah susun cantik cantik detik indah semua ni untuk aku dan Maznah.so, aku pun masuk bilik cari kad Valentine tu. aku sempat tulis nama dia dan tulis nama aku sahaja tanpa bait bait kata lain...memang ikhlas. dari aku untuk dia. lepas dia habis mengaji aku panggil dia dengan berdebar debar dan rasa malu aku bagi dia kad tu bukti cinta aku kat dia. dia macam tak terkejut dan ambik sambil senyum. 

apa ni abang Mat? tanyanya sambil senyum . itu kad Valentine. kad Kekasih. aku senyum malu. bila aku sebut kekasih aje dia malu dan tunduk dari tengok aku. aku pulak tengok dia macam orang gila pagi tu. so dia pun mintak diri nak balik. kami balik dulu abang Mat . terimakasih kad ye. dia pun melangkah keluar dan terus jalan. aku pun angguk aje...dia jalan terus sebab rumah dia depan rumah aku aje. kitorang berjiran depan rumah. aku teringatlah ada movie dan drama selalu buat scene . kalau cerita cinta bila seseorang mengaku dia cinta kat awek tu. bila awek tu beredar. awek tu mesti pandang belakang balik tanda tak bertepuk sebelah tangan. aku pun tunggulah dia pandang belakang. lama aku tunggu dia pandang belakang. macam takde pandang belakang je. tak toleh kat aku pun. so, aku rasa takpelah. cerita kat movie tipu aje rupanya...nasib...

so, disaat aku dah ak masuk dalam rumah tu aku pandang dia...nahhhhh...dia toleh kat aku dan habdiahkan senyjman paling manis buat aku. cinta ku bersambut gaisss...aku tak bertepuk sebelah tangan. dia pun  suka kat aku rupanya...syukur gaissss.....

bestke citer ni...nampak gaya kena sambung lagi gaissss....okey bersambung ke part seterusnya...



 

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)