Monday 15 February 2021

retro - Sour Grape - Part Two - 1992


Sedih sayu namun lega perasaanku di kala itu...tak dapat digambarkan...Setelah semuanya Hancur musnah namun Aku Masih punya harga Diri. Tak Mengapa jika Ini Yang ditakdirkan buat Aku. Aku terpaksa meleraikan segala kekusutan.aku terpaksa Lupakan tentang cita citaku...Aku terpaksa Lupakan orang Yang Aku sayangi. Dan Aku terpaksa mwlangkah Pergi kerana disini bukan lagi tempatku. Kulangkahlan kakiku ke mana saja...

Namun Aku Harus melaksanakan tanggungjawap Aku sebagai ahli keluarga supaya urusan Majlis perkawinan itu selesai. Selepas itu Aku terpaksa melangkah Pergi. Kerana Aku Telah diusir keluar Dari rumahku sendiri.

Lewat Majlis perkawinan tersebut Aku pun menguruskan barang kenduri untuk dipulangkan. Salah satu barang tersebut ialah periuk belanja Serta tungku dapur.

"Assalamualaikum"

Dengan Hanya berseluar pendek kerana baru sahaja selesai membasuh periuk itu semalam Aku memberi Dalam pada tuan rumah itu Yang berada Di Dalam. Dalam fikiran Ku sudah tidak Ada APA APA lagi kerana Aku Sedar. Waktu Telah memisahkan Aku Dan Dia. Aku Yang selama Inienjauhkan Diri Dan menyepikan Diri mengundur Dari perasaan hati Ku padanya. Aku terpaksa kerana Aku Rasa itu Yang terbaik Dari mengheret dia bersama masalah Ku.

Terdengarku derap kaki berlari kecil didalam rumah itu menghampiri pintu. Pintu diselak Dan terbuka. Dia menjawap salamku.

Walaikumsalam...

Wajahnya tersenyum. Aku kaget. Aku Tak pernah mengharapkan Dan tak menyangka dia Masih sudi menghadiahkan Aku senyuman. Walaupun Setelah APA Yang Aku perbuat padanya. Aku agak kejam kerana hilang begitu sahaja. Menghilangkan Diri Dan menjauhkan Diri Dari dirinya selama Ini.membiarkan dia keseorangan...Yang Aku tahu selepas peristiwa itu dia tidak lagi datang ke rumahku. Dia tidak lagi menjadi murid ibuku belajar mengaji. Mungkin dia tahu antara sebab sebab Aku difitnah juga termasuk sebab hubungan Aku Dan Dia. Dan ibuku Pernah memberitahuku Yang dia mengalirkan airmatanya. Bila dia memberitahu mahu berhenti mengaji tanpa Ada Alaskan. Ibuku faham Akan keadaan tersebut. Dan Dia Hanya Menangis tanpa berkata APA APA.

Kini Hanya Aku Dan Dia nertentang Mata Setelah lama tidak Bertemu begitu. Aku Tak tahu apakah dia Masih Ada lagi ruang untuk Aku dihatinya. Kerana Aku Kini Insan Malang tanpa haluan hidupku. Jika angin meniupku ke barat kebaratlah tujuanku. Aku Insan Yang Tak punya APA APA lagi ketika itu. APA Masih layakkah Aku dihatinya?

"Saya nak pulang barang ni...nak letak mana ye..."

Tanya Ku memecah sepi. Aku Rasa Aku Elok cakap Dan buat apa Yang Perlu sahaja. Aku dah buang perasaan Aku Jauh Jauh .

"Mana abang ambik kat situ lah abang letak balik"

Jawapnya. Sungguh DEEP sekali jawapnya itu. Sungguh bermakna sekali. Ye sebenarnya dulu Aku dah ambik hati dia...Dan Kini Aku ingin pulangkan kembali....tapi Aku Masih Ragu Ragu.

'Paksu
Periuk ni kat mana nak letak?"

Tiba tiba anak saudara Aku Pula datang Membawa periuk Yang Dah dibasuh.

Ahhhh...kau ni Along...letak lah mana mana...
Kacau daun betul.Hahaha...

Dia pun Berundur ke belakang Dan menutup satu daun pintu. Dan berdiri Di belakang daun pintu Yang satu lagi. Aku faham dia malu.

Takpelah...terimakasih kerana Masih buka satu pintu lagi untuk saya. Ada lagi satu periuk besar. Takpe kitorang susun kat bawah rumah Tu. Terimakasih bagi pinjam ye.

Dia pun tersenyum Dan masuk ke Dalam membiarkanaku Dan anak saudara Aku menyusun barang kenduri .periuk Dan tungku dapur.

Sebelah malamnya ibuku Dan kakak Aku Dan abang Ipar baru Aku betkunjung kerumah kakak sulung Yang Aku Menumpang Sementara.

Met..
Jannah kirim salam
Dia Minta maaf sebab dia malu kat Along katanya

Aku hairan...dia Masih Lagi menjaga Hatiku walau Aku sudah buang dia Jauh Dari fikiranku.

Ada peluang lagi ke mak?
Ada...Ada jodoh tak ke mana Met

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)