Sunday 14 February 2021

medan Kidd - aerodrome - from Ipoh with love episod 1


zaman aku lepak Ipoh tahun 1992 aku memang best ...itulah pertama kalinya aku merasa dicintai dan mencintai...yang selama ini aku syok sendiri aje...first aku follow sepupu aku Nazri ke Ipoh sebab dia dah tak duduk KL dah dia nak cuba duduk Ipoh pulak....so aku pun ikut Nazri atas sebab nak ambik SPM sekali lagi untuk repair result aku. dan hasrat aku ni disokong oleh keluarga aku. mungkin diorang kesian tengok aku kerja tak tetap dan mungkin bapak aku ada rezeki sikit nak sponsor aku ambik kelas malam dan bagi duit belanja tapi aku janji aku cari kerja part time untuk belanja aku kat Ipoh. 

first aku dan Nazri contact sorang awek kenalan Rozi yang duduk kat Ipoh. nama dia Puti Norasikin. tapi kitorang paggil Puti. Nazri yang contact Puti dan settle semua dari rumah sewa ke tempat kelas malam aku. heran jugak aku apasal la Puti ni baik sangat. nak tolong orang macam kitorang ni. tapi mengenangkan Rozi tu memang seorang pemuda yang baik so aku rasa sebab itulah dia percaya kat kitorang berdua.

so, aku dan Nazri menyewa sebuah bilik kat rumah kedai 3 tingkat di tengah pekan Ipoh. Puti pun selalu dengan kitorang. macam dia dah takde kawan lain pulak kan...aku Nazri dan Puti jadi rapat. dan aku mula menaruh hati kat Puti bila Puti layan aku dengan baik . dah dia pun cantik macam Kuza. aku pun try lah nak bagi tahu kat Puti yang aku dah jatuh hati kat dia. lastnya Puti terus terang kat aku kata dia dah anggap aku ni macam abang dia. dan Puti bagi tahu dia dan Nazri dah ada affair diluar pengetahuan aku. aku masa tu frust jugak. cinta dan perasaan aku dia reject macam sampah. 

aku pun bawak diri bila tahu aku terperangkap dalam cinta 3 segi. aku keluar dari bilik Nazri dan aku menumpang kat bilik member lain. Nazri tak kata apa. aku pun tak sangka kitorang boleh jadi macam tu. aku terpaksa buat macam tu sebab aku ada harga diri bukan sebab aku ego ke apa. tapi dalam seminggu macam tu Nazri pun jumpa aku dan minta maaf kat aku. Nazri cakap Puti pun minta maaf dan Nazri cakap masa diorang jumpa Puti asyik nangis aje sebab sedih dah lukakan hati aku.

dan aku tak tahu nak react macam mana. memang aku sedih tapi aku rasa macam bodoh aje kalau aku sedih . sebab Puti sebenarnya tak layak dapat cinta aku ni sebab tak pernah aku beri hati aku kat sesiapa sebelum ni dan dia reject.dia memang layak dapat cinta Nazri yang playboy. so, Puti dah sia siakan sekeping hati aku yang pure dan suci yang tak pernah disentuh oleh cinta mana mana gadis ini. aku berterimakasih pada Puti sebab reject cinta aku. akan aku berikan cinta aku ni pada seorang yang hatinya pure jugak macam aku...

so, lepas tu Puti start nak rekemenkan aku dengan adiknya dan kawan kawannya. aku layan aje sebab aku tahu aku dah takde perasaan lagi kat apa yang dia nak buat kat aku. pada aku semua yang dia buat semuanya fake dan plastic. sebab dia baik dengan aku aku pun layan dia baik baik. tapi aku dah menganggap dia dan kawan kawan dia type perempuan yang fake.

so, aku pun dah tak belajar kat kelas malam dan aku belajar sendiri. aku kerja stesen minyak. memang bau minyak aje lah...hemmm...setakat kerja pump minyak siapa pun boleh kan...tapi takpelah aku trylah dulu kan...aku pun jarang join Nazri sebab dia dan Puti selalu pegi tea dance atau disco. kan elok sepadan diorang berdua? dua dua jantan dan betina kabaret..hahaha low class...

aku selalu singgah makan kat satu gerai ni..dengan kawan aku Aris yang kerja konduktor bas. aku follow aje Aris dan aku memang selalu mintak nasi lauk ikan goreng ,kuah dan air sirap bungkus. harganya 2 ringgit aje...sirap 50 sen aje. itulah makanan aku hari hari sejak aku bawak diri tu. kalau malam aku makan nasi ayam aje seringgit setengah dengan ais kosong. 

satu hari aku mintak bungkus dan kat bungkusan tu ada surat geng...surat nak berkenalan...hahahaha...kat gerai tu ada anak dara dua orang iaitu anak makcik gerai tu. sorang kurus dan sorang chubby. yang kurus tu kakak dan yang chubby tu adik. kakak dia gf Aris member aku tu. aku rasa tentu Aris yang bagi tahu kat awek dia yang aku ni dah frust sebab awek ..hahaha...nama awek chubby tu Miza. dia macam rupa penyanyi Azura Aziz tu. dia lagi besar dan tinggi dari aku. aku pulak yang kurus cekeding..hahahaha... 

well, dalam surat tui dia kata nak jadikan aku abang angkat dia. aku jumpa dia dan cakap kat dia terus terang setakat abang angkat no problem. tapi lebih lebih aku tak mahu. so, aku pun jadi abang angkat dia. apa fungsinya abang angkat aku tanya Aris? abang angkat ni macam selalu take care adik angkat dia lah kata Aris. oh macam tu ke. so aku take care lah Miza ni. macam aku selalu ambik berat dia sakit ke demam ke macam tu. dan kalau dia nak ajak jumpa aku jumpa walau pun dah lewat malam. Miza dan kakaknya tinggal kat gerai diorang. so nak jumpa ke dating ke no problem lah.jangan buat hal sudah huhuhu...

satu malam tu Miza ajak aku dating kat KTM atau stesen keretapi Ipoh malam malam pukul 11. aku terpaksa keluar juga sebab dia nak sangat jumpa. rupanya dia nak luahkan perasaan hati dia kat aku. aku masa tu kesian pulak nak tolak hasrat dia. dia kata nak jadikan aku special....ahhh sudah...aku cakap pintu hati aku belum terbuka lagi lepas frust tu. aku harap dia faham apa maksud aku. aku tak janji dan aku cakap biarlah masa menentukan. so dia tahu lah aku tak terima dan aku tak reject camtu. 

tapi walau aku tak terima hasrat hati dia masa tu dia makin layan aku lagi special. macam dah pakwe makwe pulak style dia. nak jumpa hari hari . aku pun cakap kat dia hari hari memang aku rasa tak perlulah...aku perlu masa untuk diri aku dan dia faham dan dia kata jumpa seminggu sekali pun okey padahal ada aje aku pergi makan gerai dia hari hari...

aku cukup berhati hati tak nak bagi harapan apa apa kat dia. walaupun dia semakin sayang kat aku dan kemuncak perhubungan aku dan dia dia ajak aku datang birthday dia kat rumah dia. masa tu Nazri cakap kitorang terpaksa pindah rumah sebab area atau tempat sewa kitorang tu nak kena rush. so Nazri kata kena pindah secepat mungkin. aku hairan jugak tiba tiba aje Nazri nak pindah. aku tengok kawan lain rileks aje. dan ada yang nak masuk bilik kitorang tu tak takut kena rush ke. aku rasa Nazri sembunyikan sesuatu dari aku. tapi aku malas nak ambik pot sangat. 

Miza dapat tahu dan Miza kata tak payah ikut Nazri dan Miza suruh aku tinggal sendiri tanpa Nazri. memanglah Miza ta nak berjauhan dengan aku. aku tahu itu. kawan lain pun suruh aku tinggal sorang tanpa Nazri. diorang tak tahu aku dan Nazri rapat sebelum kenal Puti lagi. aku dan Nazri sejak sekolah lagi rapat. so aku ikut Nazri jugak pindah. Nazri kata buat sementara kitorang kena menumpang rumah kakak sulung kepada kakak ipar dia. 

so, bila aku kena pindah aku kena berhenti kerja stesen minyak tu lah sebab rumah tu jauh dari bandar Ipoh kat Aerodrome lapangan kapalterbang atau kat area Pasir Pinji.memang Miza sedih dengar cerita aku terpaksa pindah. hemmmm....

bersambung part two lagi gaisss...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)