Wednesday 24 February 2021

retro - Jannah @ Amanda

sekadar gambar hiasan 

Jannah @ Maznah - cinta pertamaku - takde lagu aku nak kaitkan dengan empunya nama Jannah...sebab aku tak tahu nak kaitkan dia macam mana mungkin paling dekat lagu Amanda - Boston. sejarah perkenalan aku dengan Jannah ni masuk masa aku dah nak hampir frust dengan oikuan dalam tahun 1991. aku kenal Jannah dalam tahun 1989 juga . masa tu dia hanyalah budak perempuan hingusan umur 13 tahun...baru tingkatan satu... sekolah menengah. aku pun tak pandang dia.selekeh sangat dia masa tu...jumpa sebab aku datang rumah dia sebab nak mintak tolong Acu Din abang ipar dia sebab aku masuk form six dekat Tanjung Malim. Acu Din tu assistant DO Tanjung Malim tapi Acu Din suruh aku jumpa DO tu sendiri ..apalah punya jiran...kita orang susah takde sapa nak tolong kan...hemmmm...so ketinggalanlah aku dan keciciranlah aku untuk mengejar ilmu yang menjamin masa hadapan aku...

masuk tahun 1990 dia naik form 2..dia dah jadi anak dara pingitan dah...masa ni aku menganggur takde kerja sebab dah berenti kerja kat KL dan lepak kampung sekejap. aku jadi mat rock dengar  lagu thrash metal dan simpan rambut panjang ... orang kampung pandang orang macam aku ni kutu berahak...aku dan friends masa tu rapat dengan sepupu Nazri sebab dia pun ambik SPM return sampai 3 kali. so aku dan Nazri pun bersama mengharungi pancaroba jadi unemployed kat kampung ..penganggur terhormat kata orang...

zaman ni memang tak ingat apa dah...aku untuk cari duit poket aku kerjalah jual jambu kat gerai jambu shift malam. shift siang awek yang jual. masa tu memang femes jambu batu kat Bidor. bila dah kerja jual jambu maka kenal lah awelk jual jambu shift siang..kawan masa sekolah form 5 dulu nama Yatie . duduk pun dekat rumah aje. dan Yatie adalah kakak Jannah. aku tak rapat sangat dengan Yatie tapi aku tahu dia baik. samapisatu masa tu lepas adakenduri opah saudara dia meninggal dia datang rumah aku dengan Jannah nak bagi lauk kenduri. masa tu lah aku nampak Jannah punya cantik jadi gadis remaja . walaupun umur dia hanya 14 tahun masa tu. body dia dah dekat sama dengan Yatie. aku pun menaruh hati kat Jannah dalam diam. tapi sebab dia masih kebudak budakan. terus aku rasa macam tak perlu aku kacau dia. dia masih 14 tahun...rileklah...aku pun cool down rasa jatuh hati tu...

so tahun kemudian 1991 Yatie kahwin...aku masih kat kampung dan Nazri pulak ke KL untuk continue study form six dia.so tinggallah aku sorang sorang kat kampung. nak jadi cerita Jannah belajar mengaji al quran dengan mak aku.masa ni pun aku hanya perhatikan dia dari jauh aje...dia dah bertukar jadi gadis yang ceria.sedangkan aku hanya penganggur...yang hanya kerja kampung..hari tu dah berhenti kerja jual jambu dan aku kerja security guard. kat Yee Lee oilpalm...so aku masa tu memang koman lah..pegi kerja pun jalan kaki sebab kilang tu dekat dalam dua kilometer aje dari rumah. so kalau aku shift siang sempat lah aku gi kerja naik bas. kalau shift malam menapak ajelah. kalau balik aku selalu ikut jalan kampung. so balik malam aku lalulah jalan atau denai rumah jiran jiran aku. sebab aku balik malam tu dalm pukul 11 malam so aku kena fitnah dengan jiran mengendap rumah dia. bukan sapa sapa yang tuduh tu. kakak Jannah jugak iaitu maksu Minah. . maksu Minah bukan tak kenal siapa aku. memang aku takkan pernah nak buat kerja kerja tu. tapi mungkin ada hasutan orang lain. aku syak mak Nurul azhar tu ..kakbesah...sampai sekarang geng memfitnah ni sampailah ke anak mereka suka memfitnah aku atau pandang rendah kat aku. geng mefitnah ni macam kakbesah, wah linda, makcik bi, kakmeera ,makcikba...yang aku tahu diorang ni jeles sebab mak aku mengajar mengaji dan mereka baik dengan ustazah bini imam surau kampung. malas nak cerita...tapi akhirnya Allah balas balik tuduhan maksu Minah bila anak dia Cheq kena tangkap mengintai makcik kawan aku Rohana Ishak. pak Ishak pulak tuduh aku dan friends kutu berahak. sampai aku pernah konflik dengan bapak aku. 

panjang betul mukadimmah nya kan...sebab Jannah ni cinta pertama aku..sebab itulah ceritanya panjang lebar...so masuklah tahun seterusnya. Nazri pulak ajak aku tinggal bersama dia sebab dia nak pindah Ipoh. aku tak tahu apasal Nazri nak pindah Ipoh ...gayanya macam dia dah rosakkan anak dara orang je. itu aku tak tahulah....sebab sepanjang 1991 aku tinggal ampung. aku sedih sebab aksu Minah sanggup tuduh aku mengendap rumah dia. so bertiti tolak dari situlah aku bercita cita nak baiki hidup aku dengan ambik SPM seali lagi dan aku bercita cita nak belajar  kat Politeknik Ungku Omar  kalau aku punya SPM bagus. aku pnya SPM okey dapat Gred2 ..cuma tak cukup gruping nak masuk lower six. so aku rasa kalau aku fokus lulus maths tentu aku boeh masuk Politeknik Ipoh.masa ni aku hanya fikir cita cita aje...so aku follow Nazri dduk Ipoh dan aku ambik part time study dan kerja sebelah siang.

tapi entah macam mana aku terperangkap dengan perasaan aku sendiri. masa kat Ipoh aku dan nazri baik dengan satu awek ni kawan Rozi. dialah yang tolong kitorang cari rmah kat IPoh dan tolng aku cari kelas malam SPM. Nazri dengan study STPM dia.so, Nazri dan Puti ada affair tanpa pengetahuan aku. aku pulak tengok Puti cantik macam Kuza so aku pun minatlah...so aku bagi tahu dia aku suka dia.dia cakap dia dah anggap aku ni abang dia. so aku frust membawa diri. aku tak bertegur dengan Nazri selama seminggu dan tidur bilik lain. kita menyewa rumah kedai tiga tingkat.kat Meadn Kidd.

lastnya aku terima hakikat yang Nazri dan Puti sudah jadi couple. aku pun bawak diri stud pun entah apa apa dah. dalam masa tu aku dapat offer letter dari Proton Shah Alam. aku kena pegi interview dan aku bagi tau Nazri. Nazri cakap kalau aku pergi interview aku dah gagal masa depan aku....perghhhh...siapa dia nak cakap macam tu dia sendiri pun tak tahu nasib dia macam mana kan. kasar betul perumpamaan dia. aku cuma nak fikir masa depan yang berpijak di alam nyata. bukan angan angan. so aku pergi jugak interview Shah ALam tu.

masa aku balik kampung untuk ke Shah ALam tu aku lepak sehari jap kat rumah hari tu hari sabtu tapi orang celeberate Valentine Day. aku pulak boleh terbeli kad Valentine tu masa nak beli kad birthday satu awek gerai yang baik dengan aku sebab dia ajak aku majlis harijadi dia. aku tak dapat hadir sebab aku kena pergi interview Shah ALam. so, aku silap beli aku pun simpan kad tu dan bagi hadiah coklat kat dia. so kad Valentine tu aku simpan.

pagi tu macam pagi biasa cuma redup tenang masa aku sarapan kat dapur. aku tengah rileks tiba tib aorang bagi salam.aku jawap salam rupanya itu Jannah...datang nak mengaji. mak aku dari dapur jawap salam dan suruh dia masuk. demi dia masuk aje melangkah masuk aku pun bertentang mata dengan dia. hai aku berdegup kencang. 

Ya Allah cantiknya Jannah...selama ni aku tercari cari gadis idaman rupanya dia ada didepan mata. Ya Allah aku tak sanggup dia direbut sesiapa. aku tak rela orang lain mendekati dia. so aku kumpulkan segala kekuatan aku dan aku mesti bagi tahu dia hasrat hati aku yang sudah jatuh cinta kat dia sekian lama. selama ni aku tolak jauh jauh perasaan aku kat dia. tapi kini aku tak mampu nak menolak lagi...hasrat hati aku. soal dia terima atau tidak itu terserahlah pada dia. an penting aku mesti bagi tahu dia aku dah jatuh cinta pada dia. macam mana ye?

aku pun teringat aku ada kad Valentine yang tersilap beli. rupa nya ada hikmah aku tersilap beli tu. semua Allah dah aturkan...sudah ditakdirkan aku meamar cinta Jannah hari tu dengan kad Valentine itu. aku pun masuk bilik dan aku cari kad tu aku tulis dan dengan perasaan berani bercampur malu aku bagi kad tu kat Jannah. Jannah hanya senyum dan ucap terimakasih. lepas tu dia mintadiri nak balik rumah dari mak aku. dia turun dan jalan. aku pun teringat kisah dalam TV atau filem...kalau dia pandang belakang kat kita masa dia jalan tu maknanya kita tak bertepuk sebelah tangan. so aku pun tunggu kat luar dan tunggu dia menoleh kat aku. punya lama aku tunggu dia tak menoleh. so aku pun rasa takde luck so demi aku nak pusing aje tu ..nahhhh dia menoleh kat belakang tengok aku...Tu diaaaa....dia pun ada menaruh perasaan akt aku rupanya...

so, itulah kisah awal aku dan Jannah jadi pasangan kekasih..kisah seterusnya sangat mengharukan dan aku rasa kalau aku tulis memang tak cukup satu entry, so, biarlah detik detik kenangan manis aje aku tulis ye...itulah Jannah @ Maznah yang jadi sejarah dalam hidup aku. cinta aku yang pertama...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)