Thursday 18 February 2021

retro - recovering the satellite


bulan April 1997 - so korang tahulah aku punya semangat serapuh kuih kacang tumbuk tu belum masuk mulut dah berderai masa pegang kat tangan...aku berenti kerja kat SRM masa aku balik dan tak datang kerja terus....abang ipar aku pun macam ketawakan aku je bila dia perli aku. asyik berhenti kerja je. dia mana tahu feeling feeling frust ni. duit aje boleh kelabukan mata dia. 

bulan Mei 1997 - aku try apply kerja kat store pakaian POLO..dapat lah kerja store keeper aje...bermulalah era hidup segan aku time ni..kerja sekejap berhenti..kerja sekejap berhnetti...aku kerja kat gudang baju POLO adalah dalam 2 minggu aje aku kerja...awakn kawan masa kerja okey je aku yang tak ok...asyik sedih dengan teringat ex lama yang dah ada anak...mak aku pun asyik call dan cakap kat aku kuatkan semangat. mak aku tahu aku tengah menjaani masa yang sukar dalam hidup aku sekarang.

bulan June 1997 - aku tukar kerja lagi kali ni kat syarikat aircond. . aku syok jugak follow senior staff masuk kilang repair aircond. tapi kebahagiaan tu tak lama bila aku kena ikut satu senior staff tu dia kutuk aku taktahu apa apa pasal maintanance. da memang aku tak tahu...nak buat camne. kalau aku tahu aku dah jadi pegawai dorang. sebab diorang tu staff mantanence pun bukan ada kelulusan setakat SRP aj e anney tu. aku rasa bengang dan aku bernti kerj lagi.

bulan August 1997 - aku ada jugak contact kawan kaan aku dulu..tapi kebanakannya jauhkan diri dari aku. ada sorang tu aku ingat aku tolong dia masa aku kerja kat teh STar dulu. tak sah haraplah oran nak tolong masa kita susah kan. so aku pun apply kerja kat  satu kompeni internet provider. macam entah apa aku kerja dah. kali ni buat web page pulak. macam biasa kejap aje aku kerja situ. . yang membantu aku masa aku susah ni ada 2 orang je kawan yang aku pernah kenal dulu iaitu sorang tu namanya Ahchoo tokey kedai kaset kat PJ Oldtown dan sorang lagi nama dia Bannet kawan aku masa kerja kat  the Star.

bulan September & October 1997 - aku struggle daam dua bulan ni..kerja takde...duit takde...apply kerja tak dapat...aku jumpa Thor nama dia masa aku nak jual semua yang aku ada . au jual TV dan aku jual radio aku kat dia. jadilah untuk aku buat modal sementara takde kerja. habis semua ak jual. semua jual half price.

bulan November 1997 - akhirnya berkat kesabaran aku dikutuk dan dihina dan di tinggalkan oleh kawan kawan...akhirnya aku dapat kerja kat satu kompeni surat khabar. dan kali ni kerja aku uruskan akan bukan lagi HR. aku gunaan semua yang aku tahu pasal sistem IT dan aku ditempatkan di sub unit pengiklanan radio. aku jaga akaun iklan kat radio RTM.. aku pun berjanji pada diri aku sendiri yang aku akan kerja elok elok dan tak ingat dah pasal ex yang meracuni hidup aku. aku tak nak berterusan hidup macam orang takde tujuan dan matlamat hidup. cukup cukuplah penderitaan aku seama ni hanya sebab kecewa jodoh aku orang lain ambik. 

aku pun start kerja dan aku berdoa supaya kekal kerja ni. aku baru je start kerja eminggu dan aku kena demam denggi. aku pun masuk hospital tapi kompeni tu cover. kompeni tu ialah UMES iaitu anak syarikat Utusan Melayu. aku masuk hospital dalam seminggu dan nasib aku baik aku pulih macam biasa. aku rasamacam peuang ke 2 untuk aku supaya lebih menghargai diri sendiri.. aku pun pindah ke rumah bujang kat Pantai Dalam KL. aku bertekad akan cekal apa juga rintangan pun aku akan hadapi. 

bulan Dec 1997 - aku dah rasa okey kerja tu walau aku tak tahu apa apa pasal akaun. tapi aku slow slow belajar. aku cakap pada diri aku. semuanya tu aku anggap cabaran. dan hujung bluan Dec ni..sad but true...bapak aku meninggal dunia sebab sakit lemah jantung. bapak aku banyak merokok dan jantung dia problem. dia di masukkan ke hospital dan aku menunggunya dia hospital malam tu. 

so, selepas bapak aku meninggal dunia..aku memang ada tugas berat untuk aku galas iaitu sudah tanggungjawab aku membela keluarga iaitu mak aku kat kampung. aku tak boleh sia siakan mak aku. tugas pertama aku masa tu ialah settlekan bil telefon beratus ratus. bila aku check kat telekom dia kata semua tu nombor talian 600 yang ada game atau macam tu lah. aku tak tahu siapa yang call number 600 tu. tentu budak budak masa bapak aku duduk hosptal. aku pun settle mana yang boleh. dalam 3 ratus jugak aku bayar ansur kat telekom macam tu aje. kannn...  so berakhirlah kisah aku dan cinta masa ni..aku dah tak nak ingat lagi pasal cinta...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)