Tuesday 23 February 2021

retro - BIG ME


river of dream - billy joel -
kadang kadang kita nak macam tu tapi dapat macam ni itulah takdir namanya...macam hidup aku masa masa aku punya angan angan masa aku kerja lansurvey dulu aku plan nak kerja govt atau kerja bank sekitar daerah Bidor, Tapah Sungkai....aku ingat macam tu lah perancangan aku nak jaga family kat kampung. aku dah hadiri interview kat pejabat kerajaan slim river dah hadiri interview kat bank pertanian Tapah...dan kalau aku tunggu lama sikit mungkin ada rezeki aku...tapi entah macam mana satu peristiwa mengubah hala tuju aku. peristiwa pada pagi raya puasa. ada geruh pulak pagi pagi tu. masalah krisis tanah pusaka keluarga sebelah bapak aku...sampai bapak sepupu aku serang rumah aku pagi raya...potong stim betul...sejak itu aku dan sepupu aku yang dulunya kawan kamceng sehati sejiwa masa remaja tu dah renggang dah...aku bawak hal aku dan dia bawak hal dia...

dan aku menukar plan bila dapat kerja kat KL ..aku memang tak nak kerja KL tapi sebab nak tolong anak saudara yang tak tahu erti KL so aku pun temankan dia. sudahnya dia hanyut dengan KL dan bagi masalah pada aku sampai aku berhenti kerja Proton yang sam sama kitorang apply.so aku tergelincir jatuh dari perjalanan aku nak membina nasib baru tu...aku dah berhenti kerja Proton. dan aku dah takde kerja masa tu . aku terfikir aku takkan mengalah dengan takdir masa tu sebab takkan ak nak balik kampung lagi...aku kena stay dan fight walau anak saudara yang buat taik kat aku dengan masalah dia. 

the STAR - simply red - so dari kerja kilang aku beralih arah ke kerja ofis...aku try apply mana mana yang ada walk in. aku masuk sana sini dengan pertolongan Maisham anak saudara abang ipar aku. Anak saudra sendiri pinggirkan kita bia dia dah ramai kawan dan bapak saudara dia ajak duduk serumah . masa dia tak kerja atau setakat kerja kuli dulu takde siapa pun pandang. dah ada kerja ok baru orang nak kawan dan ngaku sedara.  yang tak okey nya akulah...dengan masalah jiwang karatnya aku memang cepat patah semangat tapi nasib baik dapat jugak kerja kat suratkhabar omputeh kauuu...the STAR Publications...ko hado? aku start kerja tu tahun 1994 bulan July dan habis contract bulan Sept.

aku tahu kerja kat situ tak sebest atau seglamer Proton yang banyak OT dan senang senang aje awek suka kat kita. so aku boleh lupakan pasal Proton. aku pun hanya kerja contarct basis je masa tu sebab arrange annual event PJ HALF marathon. aku kena cari kerja lah lepas habis event tu. aku try kat AIROD satu kompeni buat helikopter dan kapal terbang. aku dapat kerja AIROD tapi lastnya the STAR offer aku kerja permanent kat HR dept. orang yang interview aku kat AIROD tu pun cakap kat the STAR masa depan cerah. ada maam macam benefit...salah satu benefitnya ialah bonus tahunan dan lot saham company. sebab tu aku terima offer kerja kat the STAR dan aku rasa memang rezeki aku. dapat lot saham hujung tahun 1995...nak apa lagi duit dah ada dalam tangan truskanlah cita cita nak memperisterikan gadis idaman aku...

august and everything after - aku selalu balik kampung untuk aku intai kalau kalau gadis idaman aku ada balik kampung kat rumah kakaknya. harapan aku memang tipis sebab itu hanya rumah kakaknya. sedangkan kampungnya dekat utara dan tempat dia kerja kat Penang. so apa hal dia nak balik kampung aku rumah kakak dia? macam takde harapan aje kan... aku sabar...aku try tanya anak kakak dia pasal gadis idaman aku tu. macam susah sangat aje nak bagi alamat atau tempat kerja dia. aku hanya usaha aje..selebihnya aku berdoa supaya dia kembali padaku. aku pun try

rupa rupanya aku hanya ada rezeki dapat kerja dan duit aje tapi jodoh aku takde dengan gadis idaman aku tu...sudahnyanya aku frust giler dan takde semangat kerja...tak lama lepas gadis idaman kahwin dengan orang lain. aku pun berhenti kerja the STAR...itulah kisahnya...

 

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)